WorksheetsSejarah Tempat Tinggal
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Kita boleh dapatkan alamat daripada dokumen-dokumen berikut KECUALI
2. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan ......
A. taraf hidup seseorang
B. bilangan adik beradik
C. lokasi tempat tinggal seseorang
D. saiz rumah seseorang
3. Mengapakah kita perlu menulis alamat tempat tinggal dengan lengkap?
A. Mudah untuk mengajak rakan datang ke rumah
B. Tujuan menunjuk-nunjuk mempunyai rumah besar
C. Mengharapkan pujian daripada orang lain
D. Memudahkan proses penghantaran barang atau surat
4. Apakah bentuk muka bumi yang ditunjukkan dalam gambar?
A. Pinggir laut
B. Sungai
C. Tanah tinggi
D. Tanah pamah
5. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah kampung?
A. Imam
B. Pegawai Daerah
C. Penghulu atau Ketua Kampung
D. Anggota RELA
6. Pilih cara yang betul menunjukkan kita menghargai tempat tinggal.
A. Merosakkan kemudahan awam
B. Membuang sampah di kawasan semak
C. Membuat rondaan keselamatan pada waktu malam
D. Menggalakkan remaja melepak di taman permainan
7. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal?
A. Untuk keselesaan hidup
B. Mengharapkan pujian
C. Untuk memenangi pertandingan
D. Agar menjadi tempat bersejarah
8. Rumah saya terletak di kawasan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Dimanakah agaknya rumah saya?
A. Bukit Larut
B. Gunung Kinabalu
C. Gunung Ledang
D. Bukit Kepong
9. "Seorang individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti". Siapakah yang dimaksudkan dengan pernyataan tersebut?
A. Tokoh Harapan
B. Tokoh Setempat
C. Tokoh Murid
D. Tokoh Sejarah
10. Mengapakah kita perlu menghargai jasa tokoh setempat?
A. Menjadi teladan untuk kesejahteraan dan kemajuan negara.
B. Menjadi warisan sejarah
C. Supaya mendapat pujian
D. Meningkatkan ekonomi masyarakat setempat
