Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SINOPSIS NOVEL LEFTENAN ADNAN

Total questions: 31

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
TEMA yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah:
a)
Kisah anak muda yang memulakan perniagaan ternakan ayam
b)
Kisah ibu yang mengharapkan kasih sayang daripada seorang anak
c)
Kisah anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya
d)
Keberanian dan keperwiraan seorang anak muda yang bernama Adnan dalam usahanya mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing
2.
Manakah berikut BUKAN Persoalan dalam novel Leftenan Adnan 
a)
Persoalan pandangan jauh seorang ketua keluarga. Pak Saidi berpandangan bahawa anak-anaknya perlu menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan sekolah tinggi.
b)
Persoalan harapan seorang ayah terhadap anaknya. Pak Saidi mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. 
c)
Persoalan sikap cemburu dan panas baran membawa penyesalan. Zahid cemburu akan isterinya, Waheeda kerana kerap berurusan dengan lelaki lain semasa bertugas.
d)
Persoalan minat dan kecenderungan seseorang sukar diubah. Sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi askar. Minat beliau dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam. 
3.
WATAK UTAMA dalam novel Leftenan Adnan ialah:
a)
Adnan Hamzah
b)
Leftenan Adnan bin Saidi
c)
Koperal Adnan bin Ali
d)
Tun Adnan bin Azizul
4.
SAMAD dalam novel Leftenan Adnan digambarkan sebagai watak:
a)
Watak Antagonis
b)
Watak Pipih
c)
Watak Bulat
d)
Watak Statik
5.
SOPHIA ialah:
a)
Kekasih Pak Saidi
b)
Ibu tunggal yang kehilangan anaknya semasa Jepun menjajah tanah air.
c)
Isteri Leftenan Adnan
d)
Kakak Leftenan Adnan
6.
Perwatakan mana di bawah yang TIDAK menggambarkan perwatakan PAK Saidi?
a)
Mempunyai tiga anak lelaki
b)
Seorang yang prihatin. Pernah menyaksikan anaknya menyertai Pertandingan Pidato sebagai tanda menyokong anaknya itu,
c)
Berkerja sebagai doktor di sebuah hospital di pinggir bandar.
d)
Suka memberikan nasihat kepada anak-anaknya agar berbakti kepada tanah air, agama dan bangsa.
7.
Berikut manakah menggambarkan LATAR MASYARAKAT dalam novel Leftenan Adnan?
a)
Masyarakat yang berpandangan jauh. Pak Saidi telah menghantar anaknya ke sekolah Inggeris demi memastikan anaknya mendapat ilmu yang tidak ada di sekolah Melayu
b)
Masyarakat yang mempunyai profesion pendidikan yang tinggi seperti pensyarah dan doktor.
c)
Masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
d)
Masyarakat yang percaya kepada kuasa bomoh dalam merawat penyakit
8.
Padanan Nilai dan Huraian yang betul dalam novel Leftenan Adnan ialah:
I. Nilai keberanian - Contohnya Leftenan Adnan mempunyai sifat keberanian yang luar biasa
II. Nilai Cinta akan Negara - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru demi menjadi askar dan bertujuan mempertahankan negara
III. Nilai Ketabahan - Adnan rajin membantu ibu bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian. 
IV. Nilai Rasional - Sophia bersikap rasional apabila taat mengikuti suaminya yang mahukan dia dan anak-anak pulang ke kampung. 
a)
Semua Jawapan di atas
b)
I, II, dan III
c)
I dan II
d)
III dan IV
9.
Padanan mana merujuk kepada LATAR TEMPAT dalam novel Leftenan Adnan?
a)
Hospital HUKM, Sekolah Menengah Alam Sari, Klinik Gigi Wong, Kedai Basikal Rama
b)
Bilik Pembedahan, Stesen Bas, Restoran KFC Seksyen 2 Shah Alam, Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam
c)
Pusat Beli Belah Aeon, Kompleks Sukan Skuasy Kuala Lumpur, Pasar Malam Taman Seri Gading
d)
Sg Ramal, Port Dickson, Bukit Candu, Pagar Ruyung, Pasir Panjang
10.

Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Buktinya ialah moyangnya ...

a)

pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.

b)

berketurunan Hang Tuah yang menyebabkan Adnan selalu bermimpi menjadi Hang Tuah.

c)

sanggup berkorban demi menentang Inggeris di negeri Perak.

11.

Pak Saidi mempunyai tiga orang anak lelaki. Siapakah nama mereka?

a)

Aznan, Ahlam, dan Amran

b)

Azam, Abdullah dan Alif

c)

Adnan, Ahmad, dan Amarullah

12.

Mengapakah orang kampung menyayangi Pak Saidi?

a)

Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan dan menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung.

b)

Pak Saidi membenarkan penduduk kampung menanam buah-buahan di tanahnya tanpa meminta sewa.

c)

Pak Saidi mendermakan semua hartanya untuk pembangunan pendidikan di kampungnya dan mengajar anak-anak kampung bersilat.

13.

Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.

a)

Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.

b)

Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.

c)

Pak Saidi menuruti syarat memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.

d)

Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.

14.

Mengapakah akhirnya Tuk Ketua, Lebai Pian menyetujui pendapat Pak Saidi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris?

a)

Anak-anaknya akan mengaji Quran bersama dengan Tuk Ketua setiap malam.

b)

Pak Saidi akan melaporkan perkembangan anak-anaknya kepada Tuk Ketua setiap bulan.

c)

Guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris akan memantau anak-anaknya.

15.

Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?

a)

Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.

b)

Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.

c)

Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.

16.
 Pengajaran yang SALAH dalam novel Leftenan Adnan ialah:
a)
Kita perlulah memiliki semangat cinta akan tanah air akan negara yang tinggi
b)
Kita perlulah berani mempertahankan negara
c)
Kita hendaklah memiliki wawasan dan berpandangan jauh
d)
Kita mestilah selalu mengingati ibu bapa yang sakit dan telah uzur
17.

Ibu Adnan, Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi kerana Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris...

a)

dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding dengan sekolah agama atau sekolah Melayu.

b)

dapat mempelajari bahasa Inggeris dan mempunyai masa depan yang cerah.

c)

dapat menjadi kakitangan kerajaan Inggeris pada masa depan.

18.

Abu membantah tindakan Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Yang berikut merupakan cadangan Abu kepada Tuk Ketua, kecuali...

a)

meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.

b)

menghalau mereka sekiranya mereka masih degil.

c)

memulau keluarga Pak Saidi dan tidak membeli buah-buahan mereka.

19.

Pak Saidi memberitahu isterinya bahawa salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari itu ialah Nordin. Mengapakah Pak Saidi berpendapat sedemikian?

a)

Nordin memiliki belati yang dibaling Adnan.

b)

Nordin sakit kaki.

c)

Nordin kehilangan diri.

20.

Tentera kamikaze Jepun telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang milik British iaitu...

a)

HMS Prince of Wales

b)

HMS Repulse

c)

HMS Queen Elizabeth

d)

IJN Awajisan Maru

21.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di ________, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh ________ dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang _____ akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.

(a)  

22.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran ________. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi ____________ di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di ___________. Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.

(a)  

23.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Konflik berlaku apabila ______ memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi _________ Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan ___________ di London. Adnan telah berkahwin dengan _______, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

(a)  

24.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi _________________ dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun

mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac ______,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua ________. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

(a)  

25.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di _______ yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya ____ buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang ____________.

(a)  

26.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di _________________ pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang _________ di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari ketiga, askar Melayu yang

sedang bertempur diarahkan _______. Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

(a)  

27.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


_____________ keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di ___________, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa _____ hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

(a)  

28.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Pada mulanya British begitu yakin akan _______ tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan _______ untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan ________. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

(a)  

29.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.


Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah _________. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan __________ dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak ______ orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga _____________ yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran

hebat. Akhirnya British terpaksa _____________ kepada Jepun.

(a)  

30.

Siapakah nama pengarang novel ini?

a)

Abdul Latif Talib

b)

Abdul Talib Latif

c)

Abdul Latib Talib

d)

Abdul Latip Talib

31.

Tema novel ini ialah

a)

Keberanian seorang lelaki mempertahankan tanah air

b)

Keberanian seorang lelaki yang mempunyai semangat patriotisme

c)

Keberanian seorang anggota tentera mempertahankan tanah air

d)

Keberanian dan kemuliaan seorang anggota tentera mempertahankan tanah air