WorksheetsKhiyar (membuat pilihan)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pengertian Khiyar dari segi bahasa ialah
Pilihan
Tempahan
Maskahwin
Jamuan makan
Pengertian Khiyar dari segi istilah syarak ialah
Pembeli dan penjual mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan akad jual beli yang telah dipersetujui atau membatalkannya.
Jual beli secara tempahan dengan bayaran tunai bagi sesuatu barang yang belum dapat dilihat semasa akad tetapi hanya disebut sifat-sifatnya sahaja.
Suatu pemberian yang wajib diberikn oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan sama ada berupa wang atau benda yang mempunyai nilai pada hukum syarak.
Majlis jamuan sempena perkahwinan pasangan suami isteri yang baru dinikahkan.
Hukum khiyar ialah
Harus
Sunat
Wajib
Sunat muakkadah
Khiyar mempunyai banyak kebaikan, antaranya ialah
Memastikan jual beli dilakukan dengan pilihan sendiri.
Memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli).
Memastikan tiada unsur-unsur negatif dalam jual beli seperti penipuan dan mutu barang yang rendah.
Mengalakkan penjual dan pembeli bersikap tidak jujur, ikhlas dan adil.
Jenis-jenis khiyar ada
Satu
Dua
Tiga
Empat
Berikut adalah jenis-jenis khiyar kecuali
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
Khiyar salam (خيار سلم)
"Kedua-dua pihak penjual dan pembeli melakukan khiyar ke atas jual beli mereka selama mereka masih berasa di majlis akad jual beli itu dan belum berpisah" adalah pengertian bagi
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
"Penjual dan pembeli atau kedua-duanya sekali membuat syarat di dalam akad jual beli bahawa mereka ada hak khiyar (memilih) sama ada meneruskan atau membatalkannya" adalah pengertian bagi
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
"Khiyar apabila terdapat kecacatan yang biasanya tidak ada pada jenis barang jualan tersebut, dengan syarat kecacatan itu telah pun wujud sebelum akad jual beli tersebut dilangsungkan tanpa diketahui oleh pembeli" adalah pengertian bagi
Khiyar majlis
Khiyar syarat
Khiyar aib
Khiyar yang dilakukan di majlis (tempat) berlakunya akad jual beli dinamakan sebagai
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
Jual beli khiyar majlis akan berlaku ketika
Ada persetujuan meneruskan jual beli yang jelas dalam akad jual beli di majlis jual beli tersebut.
Tiada persetujuan meneruskan jual beli yang jelas dalam akad jual beli di majlis jual beli tersebut.
Ukuran berpisah daripada majlis akad jual beli jika di tempat yang lapang atau kedai yang besar adalah dengan
Berpaling salah seorang daripada mereka dan berjalan sedikit sekadar tiga hasta.
Keluar salah seorang daripada mereka daripada tempat tersebut.
Ukuran berpisah daripada majlis akad jual beli jika dalam kawasan kecil atau berbilik kecil adalah dengan
Berpaling salah seorang daripada mereka dan berjalan sedikit sekadar tiga hasta.
Keluar salah seorang daripada mereka daripada tempat tersebut.
Khiyar yang dilakukan kerana orang yang berakad menetapkan syarat untuk khiyar (memilih) meneruskan atau membatalkan akad jual beli dinamakan sebagai
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
Tempoh masa khiyar syarat bagi akad jual beli hanyalah
Satu hari satu malam sahaja.
Dua hari dua malam sahaja.
Tiga hari tiga malam sahaja.
Tiga hari dua malam sahaja.
Jual beli yang ada khiyar syarat akan berlaku jika
Ada persetujuan meneruskan jual beli dengan jelas daripada pihak yang bersyarat.
Tiada persetujuan meneruskan jual beli dengan jelas daripada pihak yang bersyarat.
Jual beli yang ada khiyar syarat tidak akan berlaku jika
Ada perkataan yang jelas daripada pihak yang bersyarat untuk tidak meneruskannya.
Tiada perkataan yang jelas daripada pihak yang bersyarat untuk tidak meneruskannya.
Akad jual beli khiyar syarat akan terbatal jika dibuat dengan tempoh melebihi
Satu hari satu malam sahaja.
Dua hari dua malam sahaja.
Tiga hari tiga malam sahaja.
Tiga hari dua malam sahaja.
Hukum jual beli khiyar syarat jika dibuat untuk jual beli barang yang boleh rosak atau binasa dalam tempoh khiyar (tiga hari tiga malam)
Sah (صح)
Batal (بطل)
Khiyar yang disebabkan kecacatan yang berlaku pada barangan jual beli dinamakan sebagai
Khiyar majlis (خيار مجليس)
Khiyar syarat (خيار شرط)
Khiyar aib (خيار عيب)
Khiyar aib hendaklah dilakukan oleh pembeli dengan
Segera iaitu sebaik-baik sahaja ditemui kecacatan itu.
Tidak perlu bertindak segera dalam memulangkan barang yang terdapat kecacatan kepada penjual.
Berikut adalah cara melakukan pembatalan jual beli barangan yang ada khiyar aib kecuali
Ucapan yang jelas membatalkannya.
Pembeli memulangkan barangan kepada penjual.
Penjual memulangkan semula harga atau nilainya.
Pembeli tidak berhak langsung untuk membuat pembatalan jual beli barangan tersebut.
Panduan asas memilih barang iaitu
Jenis barang
Jenis bahan
Jenama barang
Berat barang
Berikut adalah panduan asas memilih barang kecuali
Tempahan barang
Kegunaan barang
Mutu barang
Harga barang
Berikut adalah panduan asas memilih barang kecuali
Barang pinjaman
Gaya pemakaian
Saiz barang
Rupa dan warna
