Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi- Pengangkutan

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Foto menunjukkan teknologi komunikasi.

Apakah sumbangan alat teknologi tersebut kepada sektor ekonomi di Malaysia?

a)

Memperkembangkan sistem pendidikan

b)

Memperkembangkan teleperubatan

c)

Memperluaskan pasaran barangan

d)

Meningkatkan integrasi penduduk

2.

Mengapa jaringan pengangkutan lebih tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia?

a)

Kawasan bergunung-ganang

b)

Kawasan tanah pamah yang rata

c)

Kawasan pinggir laut yang dalam

d)

Kawasan saliran yang cetek

3.

Mengapakah jaringan pengangkutan di Malaysia sukar dibina di kawasan tanah tinggi?

a)

Memerlukan kawasan yang rata

b)

Memerlukan kawasan air dalam

c)

Melibatkan kos yang tinggi

d)

Melibatkan kos yang rendah

4.

Jaringan pengangkutan jalan raya di Semenanjung Malaysia adalah lebih padat berbanding di Sabah dan Sarawak"

Apakah faktor yang mempengaruhi pernyataan di atas?

a)

Teknologi

b)

Bentuk muka bumi

c)

Dasar kerajaan

d)

Kegiatan ekonomi

5.

Stesen kereta api yang manakah yang menjadi persimpangan antara pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia

a)

Gemas

b)

KL Sentral

c)

Tumpat

d)

Putrajaya

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan e-hailing?

a)

Proses berhubung dengan orang yang jauh

b)

Proses menempah atau memesan kereta, teksi, atau pengagkutan awam

c)

Proses penghantaran makanan

d)

Proses membeli barang keperluan

7.

Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam perkhidmatan rel bersepadu seperti dalam rajah?

a)

KL Monorel

b)

LRT

c)

MAS

d)

KTM

8.

Mengapakah kerajaan tidak meluaskan rangkaian pengangkutan awam berikut di negeri Sarawak?

a)

Penduduk yang jarang

b)

Kekurangan tenaga pakar

c)

Tahap teknologi yang masih rendah

d)

Bentuk muka bumi bergunung-ganang

9.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan rel bersepadu ?

a)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

b)

Mengurangkan pencemaran bunyi

c)

Membangunkan kawasan desa

d)

Memendekkan masa perjalanan

10.

Mengapakah jalan raya di bandar dibina seperti dalam Foto?

(SPM 2017)

a)

Menjimatkan ruang tanah

b)

Meningkatkan taraf bandar

c)

Memendekkan jarak perjalanan

d)

Mengurangkan pencemaran udara

11.

Senarai di bawah ialah tempat-tempat yang mempunyai kaitan dengan pembangunan awal pengangkutan

Padang Besar

Gemas

Kuala Sepetang

a)

Jalan raya

b)

Jalan air

c)

Jalan kereta api

d)

Jalan udara

12.

Pernyataan manakah menerangkan dengan tepat tentang kedua-dua kawasan di bawah?

Kuching

Sibu

a)

Mengendalikan eksport import

b)

Merupakan pelabuhan di tepi sungai

c)

Mempunyai stesen kereta api

d)

Terletak di tepi sungai yang sama

13.

Jadual di bawah tentang pengangkutan moden di Malaysia dan Jepun

Malaysia : Sistem Transit Aliran Ringan

Jepun : Shinkansen

a)

Mempercepatkan perjalanan

b)

Membawa kargo

c)

Meningkatkan pelancongan

d)

Mengurangkan pencemaran

14.

Apakah kepentingan jenis pengangkutan dalam Foto?

(SPM 2016)

a)

Mengangkut barangan pukal

b)

Meningkatkan mobiliti pekerja

c)

Meningkatkan migrasi ke bandar

d)

Menjadi tarikan pelancong asing

15.

Maklumat berikut adalah jenis pengangkutan awam di Malaysia.

KL Monorel

Transit Aliran Ringan (LRT)


Apakah kepentingan pengangkutan awam tersebut di Lembah Klang?

a)

Mengangkut barangan

b)

Mengurangkan kemalangan

c)

Mengurangkan pencemaran udara

d)

Meningkatkan kemasukan buruh asing

16.

Apakah kepentingan pengangkutan udara kepada pembangunan sosial negara Malaysia?

(SPM 2012)

a)

Meningkatkan nilai eksport

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Meningkatkan integrasi penduduk

d)

Memperkembangkan sektor pembuatan

17.

Foto menunjukkan pengangkutan di Sarawak.

Mengapakah pengangkutan di atas masih penting di Sarawak?

(SPM 2018)

a)

Bentuk muka bumi bergunung-ganang

b)

Pengangkutan jalan darat terhad

c)

Mengurangkan kesesakan jalan raya

d)

Aliran sungai deras

18.

Apakah kepentingan perhubungan kepada sesebuah negara?

(SPM 2009)

a)

Meningkatkan mobiliti penduduk

b)

Meluaskan kawasan petempatan

c)

Memajukan sektor perdagangan

d)

Meluaskan pasaran barangan

19.

Apakah kepentingan jaringan pengangkutan terhadap pembangunan sosial di Malaysia?

(SPM 2010)

a)

Memperluaskan e-dagang

b)

Meningkatkan pelaburan asing

c)

Meningkatkan mobiliti penduduk

d)

Memudahkan pengangkutan hasil pertanian

20.

Foto menunjukkan pengangkutan awam di Malaysia.

Apakah kesan sistem pengangkutan tersebut terhadap sesebuah bandar?

(SPM 2012)

a)

Mencantikkan landskap

b)

Meningkatkan mobiliti penduduk

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Mempercepat penghantaran maklumat

21.

Apakah jenis pengangkutan yang sesuai digunakan untuk mendapat pola perubahan pencemaran seperti dalam rajah di atas?

a)
b)
c)
d)
22.

Berikut adalah lebuh raya di Malaysia.

Lebuh Raya Timur – Barat (Perak - Kelantan)

Lebuh Raya Duta – Hulu Klang (Kuala Lumpur)


Apakah kesan sosial akibat pembinaan lebuh raya tersebut?

(SPM 2017)

a)

Berlaku tanah runtuh

b)

Peningkatan mobiti buruh

c)

Peningkatan suhu setempat

d)

Kepupusan flora dan fauna

23.

Aspek ekonomi yang manakah dipengaruhi oleh perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia?

(SPM 2008)

a)

Perluasan kawasan pertanian

b)

Menjayakan integrasi nasional

c)

Meningkatkan mobiliti penduduk

d)

Pembukaan kawasan perindustrian baru

24.

Apakah kesan perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya ke atas alam sekitar di bandar?

(SPM 2011)

a)

Banjir kilat

b)

Pencemaran udara

c)

Peningkatan kelembapan udara

d)

Perubahan arah tiupan angin

25.

Kombinasi manakah yang benar tentang pembinaan dan kesannya terhadap alam sekitar?

(SPM 2010)

a)

Pelabuhan-

Aras laut naik

b)

Lebuh raya-

Tanah runtuh

c)

Lapangan terbang-

Jerebu

d)

Terowong-

Suhu meningkat