wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Walimatulurus (jamuan perkahwinan)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian Walimatulurus ialah

a)

Majlis jamuan sempena perkahwinan pasangan suami isteri yang baru dinikahkan.

b)

Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan sama ada berupa wang atau benda yang mempunyai nilai pada hukum syarak.

c)

Majlis doa selamat sempena perkahwinan pasangan suami isteri yang baru dinikahkan.

d)

Majlis tahlil sempena pasangan suami isteri yang baru meninggal dunia.

2.

Berikut adalah hikmah mengadakan walimatulurus iaitu

a)

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.

b)

Meraikan pasangan yang baru sah menjadi suami isteri mengikut hukum syarak.

c)

Menjamu tetamu yang hadir dan mengeratkan silaturrahim.

d)

Memberitahu orang ramai bahawa pengantin yang telah dinikahkan merupakan pasangan suami isteri yang sah.

e)

Sebagai pernyataan rasa bangga diri bagi kehadiran anggota yang baru ke dalam sebuah keluarga.

3.

Hukum bagi mengadakan walimatulurus adalah

a)

Tidak wajib

b)

Sunat muakkadah

c)

Makruh

d)

Wajib

4.

Hukum undangan tetamu yang hadir hanya ditentukan kepada orang kaya atau ternama dan mengabaikan orang yang miskin adalah

a)

Harus

b)

Sunat muakkadah

c)

Makruh

d)

Wajib

5.

Hukum bagi orang yang menerima undangan walimatulurus jika tiada sebarang keuzuran adalah

a)

Tidak wajib menghadirinya.

b)

Sunat muakkadah menghadirinya.

c)

Makruh menghadirinya.

d)

Wajib menghadirinya.

6.

Undangan walimatulurus tersebut secara menyeluruh dan tidak dikhususkan jemputan hanya untuk dihadiri oleh orang kaya atau ternama sahaja.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

7.

Undangan walimatulurus tersebut dikhususkan jemputan hanya untuk dihadiri oleh orang kaya atau ternama sahaja.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

8.

Orang yang mengundang (tuan punya majlis walimatulurus) tersebut beragama Islam.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

9.

Orang yang mengundang (tuan punya majlis walimatulurus) tersebut bukan beragama Islam.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

10.

Walimatulurus tersebut tiada sebarang acara maksiat atau hidangan yang diharamkan memakannya.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

11.

Walimatulurus tersebut ada perkara-perkara maksiat atau hidangan yang diharamkan.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

12.

Undangan walimatulurus yang wajib dihadiri adalah pada hari pertamanya sahaja jika ia dilakukan melebihi satu hari.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Tetamu yang menghadiri walimatulurus diwajibkan makan hidangan tersebut.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Menghadiri walimatulurus pada hari kedua dan pada hari ketiga jika ia dilakukan melebihi satu hari.

a)

Wajib menerima undangan walimatulurus.

b)

Tidak wajib menghadirinya.

15.

Tetamu yang menghadiri walimatulurus dibolehkan sama ada mahu makan atau pun tidak hidangan tersebut.

a)

Betul

b)

Salah