wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jinayat, pengertian dan jenis-jenisnya

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian jinayah dari segi bahasa

a)

Perbuatan baik

b)

Perbuatan jahat

2.

Pengertian jinayah dari istilah syarak

a)

Perbuatan jahat yang ditegah (diharamkan) oleh syarak sama ada mengenai agama, nyawa termasuk tubuh badan, akal, keturunan, harta benda dan sebagainya.

b)

Perbuatan baik yang dibolehkan (dihalalkan) oleh syarak sama ada mengenai agama, nyawa termasuk tubuh badan, akal, keturunan, harta benda dan sebagainya.

3.

Lima perkara utama yang mesti dijaga dan dilindungi oleh setiap orang islam (الضروريات الخمسة) iaitu

a)

الدين (agama islam)

b)

النفس (nyawa termasuk juga tubuh badan)

c)

العقل (akal)

d)

النسل (keturunan termasuk juga maruah)

e)

المال (harta benda)

4.

Islam membahagikan jinayat secara umumnya kepada lima bahagian berdasarkan (الضروريات الخمسة) lima perkara utama tersebut kecuali

a)

Jinayah terhadap agama islam.

b)

Jinayah terhadap nyawa dan tubuh badan.

c)

Jinayah terhadap kesejahteraan otak.

d)

Jinayah terhadap keturunan dan kehormatan.

e)

Jinayah terhadap harta benda.

5.

Contoh jinayah terhadap agama Islam ialah

a)

Murtad

b)

Membunuh atau mencederakan

c)

Minum arak dan mengedar dadah

d)

Berzina dan menuduh zina

e)

Mencuri dan merompak

6.

Contoh jinayah terhadap nyawa dan tubuh badan ialah

a)

Murtad

b)

Membunuh atau mencederakan

c)

Minum arak atau mengedar dadah

d)

Berzina dan menuduh zina

e)

Mencuri dan merompak

7.

Contoh jinayah terhadap kesejahteraan akal ialah

a)

Murtad

b)

Membunuh atau mencederakan

c)

Minum arak dan mengambil dadah

d)

Berzina atau menuduh zina

e)

Mencuri dan merompak

8.

Contoh jinayah terhadap keturunan dan kehormatan ialah

a)

Murtad

b)

Membunuh atau mencederakan

c)

Minum arak dan mengedar dadah

d)

Berzina dan menuduh zina

e)

Mencuri dan merompak

9.

Contoh jinayah terhadap harta benda ialah

a)

Murtad

b)

Membunuh atau mencederakan

c)

Minum arak dan mengedar dadah

d)

Berzina dan menuduh zina

e)

Mencuri dan merompak

10.

Maksud kesalahan jinayah ialah

a)

Perbuatan yang melanggar hukum syarak sama ada berupa suruhan atau larangan yang boleh dijatuhi hukuman qisas, hudud dan takzir.

b)

Perbuatan yang tidak melanggar hukum syarak sama ada berupa suruhan atau larangan yang tidak boleh dijatuhi hukuman qisas, hudud dan takzir.

11.

Berikut adalah jenis-jenis kesalahan jinayah iaitu

a)

Kesalahan melakukan larangan

b)

Kesalahan meninggalkan kewajipan

c)

Kesalahan melakukan rasuah

d)

Kesalahan melakukan zina

12.

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan melakukan larangan iaitu

a)

Mencabul, memperkosa dan sumbang mahram.

b)

Rasuah dan menipu.

c)

Menggugurkan kandungan.

d)

Tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

13.

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan meninggalkan kewajipan kecuali

a)

Meninggalkan solat.

b)

Tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan tanpa sebab keuzuran.

c)

Enggan membayar zakat.

d)

Tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

e)

Menyamun dan menuduh zina terhadap orang yang baik.

14.

Maksud hukuman ialah

a)

Balasan yang ditentukan bagi menjaga kepentingan umum atas pelanggaran atau pencerobohan hukum syarak.

b)

Balasan yang ditentukan bagi menjaga kepentingan diri sendiri atas pelanggaran atau pencerobohan hukum syarak.

15.

Jenis-jenis hukuman yang telah ditentukan oleh syarak bagi kesalahan-kesalahan jinayah secara umumnya ada tiga iaitu

a)

قصاص

b)

حدود

c)

تعزير

d)

سيۏيل

16.

"Hukuman yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A W dalam bentuk hukuman balasan yang sama dengan kesalahan jinayah yang dilakukan" adalah maksud bagi hukuman

a)

قصاص

b)

حدود

c)

تعزير

17.

"Hukuman yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A W yang tidak boleh ditukar ganti atau dipinda hukumannya sama ada ditambah atau dikurangkan kadar hukumannya" adalah maksud bagi hukuman

a)

قصاص

b)

حدود

c)

تعزير

18.

"Hukuman-hukuman yang tidak ditentukan oleh syarak dan tidak termasuk dalam hudud dan qisas serta ia ditentukan oleh hakim yang dilantik oleh pemerintah" adalah maksud bagi hukuman

a)

قصاص

b)

حدود

c)

تعزير

19.

Tujuan qisas (قصاص) ialah

a)

Bagi menjaga dan melindungi hak sesama manusia.

b)

Bagi menjaga dan melindungi hak Allah Taala yang dengannya kesejahteraan dan kehormatan Islam keseluruhannya terpelihara.

c)

Untuk membendung pencabulan terhadap hak Allah Taala, pelanggaran hak masyarakat awam dan hak individu.

20.

Tujuan hudud (حدود) ialah

a)

Bagi menjaga dan melindungi hak sesama manusia.

b)

Bagi menjaga dan melindungi hak Allah Taala yang dengannya kesejahteraan dan kehormatan Islam keseluruhannya terpelihara.

c)

Untuk membendung pencabulan terhadap hak Allah Taala, pelanggaran hak masyarakat awam dan hak individu.

21.

Tujuan takzir (تعزير) ialah

a)

Bagi menjaga dan melindungi hak sesama manusia.

b)

Bagi menjaga dan melindungi hak Allah Taala yang dengannya kesejahteraan dan kehormatan Islam keseluruhannya terpelihara.

c)

Untuk membendung pencabulan terhadap hak Allah Taala, pelanggaran hak masyarakat awam dan hak individu.

22.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas (قصاص) ialah

a)

Membunuh dan membinasakan tubuh badan (sama ada menghilangkan atau mencederakan mana-mana anggota badan) orang lain.

b)

Zina (زنا), menuduh zina (قذف)، minum arak, mencuri (سرقه)، melakukan bencana kerosakan (حرابة) dan murtad (ردة).

c)

Makan riba, rasuah, pecah amanah, merosakkan harta benda awam, mencela diri orang lain, menghidu gam dan berdua-duaan dengan bukan mahram.

23.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud (حدود) ialah

a)

Membunuh dan membinasakan tubuh badan (sama ada menghilangkan atau mencederakan mana-mana anggota badan) orang lain.

b)

Zina (زنا), menuduh zina (قذف)، minum arak, mencuri (سرقه)، melakukan bencana kerosakan (حرابة) dan murtad (ردة).

c)

Makan riba, rasuah, pecah amanah, merosakkan harta benda awam, mencela diri orang lain, menghidu gam dan berdua-duaan dengan bukan mahram.

24.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir (تعزير) ialah

a)

Membunuh dan membinasakan tubuh badan (sama ada menghilangkan atau mencederakan mana-mana anggota badan) orang lain.

b)

Zina (زنا), menuduh zina (قذف)، minum arak, mencuri (سرقه)، melakukan bencana kerosakan (حرابة) dan murtad (ردة).

c)

Makan riba, rasuah, pecah amanah, merosakkan harta benda awam, mencela diri orang lain, menghidu gam dan berdua-duaan dengan bukan mahram.

25.

Berikut adalah hikmah pelaksanaan hukum bagi kesalahan jinayah iaitu

a)

Orang yang melakukan jinayah mendapat hukuman yang setimpal.

b)

Mendidik orang ramai supaya menjauhi jinayah.

c)

Orang yang melakukan jinayah akan mendapat pengajaran melalui proses pemulihan dan bimbingan.

d)

Menegakkan hukum Allah dan menjaga serta melindungi maruah Islam.

e)

Masyarakat akan hidup sengsara dan mundur.

26.

Di bawah hukum qisas (قصاص) terdapat juga hukum diyat (دية) dan hukum kaffarah (كفارة).

a)

Betul

b)

Salah

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan hukum diyat (دية) di bawah hukum qisas (قصاص) ?

a)

Hukuman ganti rugi dalam bentuk harta benda.

b)

Hukuman menebus kesalahan dengan cara memerdekakan hamba mukmin.

28.

Apakah yang dimaksudkan dengan hukum kaffarah (كفارة) di bawah hukum qisas (قصاص) ?

a)

Hukuman ganti rugi dalam bentuk harta benda.

b)

Hukuman menebus kesalahan dengan cara memerdekakan hamba mukmin.

29.

"Kesalahan yang dikenakan hukuman hudud (حدود) adalah wajib bagi hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas penjenayah walaupun mereka dimaafkan oleh mangsanya atau waris mangsanya".

a)

Betul

b)

Salah

30.

Jenis-jenis hukuman yang telah ditentukan oleh syarak bagi kesalahan -kesalahan jinayah secara umumnya ada

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat