wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Qisas

Total questions: 26

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian qisas (قصاص) dari segi bahasa

a)

Mengikut

b)

Batasan atau pencegahan

c)

Menghalang atau memulihkan

2.

Pengertian qisas (قصاص) dari segi istilah syarak ialah

a)

Hukuman yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W dalam bentuk hukuman yang sama mengikut kesalahan jinayah yang dilakukan.

b)

Hukuman yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang tidak boleh ditukar ganti atau dipinda hukumannya sama ada dengan ditambahkan atau dikurangkan kadar hukumannya.

3.

Berikut adalah hikmah pelaksanaan hukuman qisas (قصاص) kecuali

a)

Dapat memberi pembalasan yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah.

b)

Keluarga mangsa boleh mendapatkan hak keadilannya, membela keluarga mangsa dan meredakan perasaan marah mereka.

c)

Dapat mendidik manusia agar dapat membendung kejahatan dengan kebaikan, sabar, kasih sayang dan memaafkan.

d)

Tidak memberikan hak kepada keluarga mangsa jinayah untuk menuntut bela atau ganti rugi daripada penjenayah.

4.

Berikut adalah TIGA kesalahan yang membawa kepada hukuman qisas (قصاص) iaitu

a)

Kesalahan membunuh

b)

Kesalahan jinayah selain nyawa

c)

Kesalahan mengugurkan kandungan.

d)

Kesalahan menerima rasuah.

5.

"Perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang meragut nyawa manusia (yang membawa kepada kematian orang yang dibunuh)" adalah maksud bagi

a)

Kesalahan membunuh

b)

Kesalahan jinayah selain nyawa

c)

Kesalahan mengugurkan kandungan

6.

"Perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain yang tidak membawa kepada kematian, sama ada dengan melukakan atau mencederakan, memukul atau memotong mana-mana bahagian anggota mangsa tersebut" adalah maksud bagi

a)

Kesalahan membunuh

b)

Kesalahan jinayah selain nyawa

c)

Kesalahan mengugurkan kandungan

7.

"Perbuatan sengaja mengugurkan anak yang dalam kandungan ibu yang hamil tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syarak" adalah maksud bagi

a)

Kesalahan membunuh

b)

Kesalahan jinayah selain nyawa

c)

Kesalahan mengugurkan kandungan

8.

Berikut adalah jenis-jenis pembunuhan iaitu

a)

Membunuh dengan sengaja.

b)

Membunuh yang menyerupai sengaja.

c)

Membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata.

9.

"Perbuatan yang dilakukan dengan sengaja dan dengan niat untuk membunuh, seperti membunuh dengan parang, senjata api atau benda keras" adalah maksud bagi

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

10.

"Perbuatan yang dilakukan dengan sengaja kepada mangsa dan bukan dengan niat hendak membunuhnya, tetapi hasil perbuatannya telah menyebabkan kematian mangsa seperti menolak seseorang yang diketahui pandai berenang ke dalam sungai tetapi tiba-tiba mangsa mati lemas lalu mati" adalah maksud bagi

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

11.

"Perbuatan dilakukan adalah sengaja tetapi bukan ditujukan kepada mangsa (orang yang terbunuh) seperti hendak menembak pelanduk tetapi tembakannya terkena orang (tersalah membunuh)" adalah berkaitan dengan kesalahan

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

12.

"Perbuatan dilakukan dengan sengaja dan ditujukan kepada mangsa dengan anggapan perbuatannya itu betul (tersalah niat) seperti hendak menembak beruang sebagai sasaran tetapi sebenarnya adalah manusia". Pernyataan ini berkaitan dengan kesalahan

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

13.

"Perbuatan yang berlaku dengan sebab kecuaian, seperti seorang dewasa sedang berjalan membawa barang yang berat tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke atas bayi yang kecil dan menyebabkan kematian bayi tersebut" adalah berkaitan dengan kesalahan

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

14.

"Perbuatan yang menyebabkan kematian, seperti pemandu kereta yang berundur tanpa melihat ke belakang lalu terlanggar budak yang sedang bermain dan menyebabkan budak itu mati" adalah berkaitan dengan kesalahan

a)

القتل العمد (membunuh dengan sengaja)

b)

القتل شبه العمد (membunuh yang menyerupai sengaja)

c)

القتل الخطاء (membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata)

15.

Berikut adalah bahagian hukuman kesalahan membunuh iaitu

a)

العقوبة الأصلية (hukuman asal)

b)

العقوبة البدلية (hukuman gantian)

c)

العقوبة التبعية (hukuman berbangkit)

16.

Hukuman asal bagi kesalahan membunuh dengan sengaja iaitu

a)

Qisas (hukuman balasan yang sama), iaitu penjenayah dikenakan hukuman balas bunuh.

b)

Membayar diyat mughallazoh (دية مغلظة) iaitu ganti rugi berat dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

c)

Membayar diyat mukhaffafah (دية مخففة) iaitu ganti rugi ringan dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

17.

Hukuman asal bagi kesalahan membunuh yang menyerupai sengaja iaitu

a)

Qisas (hukuman balasan yang sama), iaitu penjenayah dikenakan hukuman balas bunuh.

b)

Membayar diyat mughallazoh (دية مغلظة) iaitu ganti rugi berat dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

c)

Membayar diyat mukhaffafah (دية مخففة) iaitu ganti rugi ringan dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

18.

Hukuman asal bagi kesalahan membunuh dengan tidak sengaja atau tersalah semata-mata iaitu

a)

Qisas (hukuman balasan yang sama), iaitu penjenayah dikenakan hukuman balas bunuh.

b)

Membayar diyat mughallazoh (دية مغلظة) iaitu ganti rugi berat dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

c)

Membayar diyat mukhaffafah (دية مخففة) iaitu ganti rugi ringan dalam bentuk harta kepada keluarga orang yang dibunuh beserta kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

19.

Berikut adalah sebab-sebab hukuman gantian (العقوبة البدلية) dilaksanakan kecuali

a)

Waris orang yang dibunuh telah memaafkan pembunuhnya dan waris itu bersetuju untuk menerima diyat (دية).

b)

Pesalah tidak mampu melaksanakan hukuman kaffarah (كفارة) iaitu memerdekakan seorang hamba mukmin.

c)

Waris orang yang dibunuh tidak memaafkan pembunuhnya dan waris itu tidak bersetuju untuk menerima diyat (دية).

20.

Sesiapa sahaja yang bersalah membunuh (walau apa jua jenis pembunuhan) adalah haram menerima harta pusaka orang yang dibunuh, tetapi tidak haram menerima harta yang telah diwasiatkan untuknya.

a)

Betul

b)

Salah

21.

"Semua jinayah meliputi terputus tangan, kaki, jari, hidung, zakar, telinga، bibir, buta mata, terpotong kelopak mata, tercabut atau patah giginya" adalah jenis kesalahan

a)

Memutuskan mana-mana anggota badan.

b)

Menghilangkan keupayaan mana-mana anggota badan.

c)

Melukakan muka atau kepala.

22.

"Semua jinayah yang menyebabkan hilang akal, perasaan, daya pendengaran, daya penglihatan, daya bau, daya rasa, daya bertutur, daya bersetubuh, daya melahirkan anak dan sebagainya termasuk juga mengubah mana-mana sifat pada anggota badan" adalah jenis kesalahan

a)

Memutuskan mana-mana anggota badan.

b)

Menghilangkan keupayaan mana-mana anggota badan.

c)

Melukakan muka atau kepala.

23.

"Semua jinayah yang menyebabkan kecederaan pada muka dan kepala seperti calar, calar berdarah tidak mengalir, luka darah mengalir, luka sampai ke daging, luka sampai ke tulang tempurung dan luka sampai ke selaput otak" adalah jenis kesalahan

a)

Memutuskan mana-mana anggota badan.

b)

Menghilangkan keupayaan mana-mana anggota badan.

c)

Melukakan muka atau kepala.

24.

Hukuman bagi kesalahan sengaja mengugurkan kandungan berdasarkan keadaan kandungan yang digugurkan itu mati (kematian janin) adalah

a)

Diyat janin (دية جانين) dengan memerdekakan seorang hamba (lelaki atau perempuan atau jika ia tiada dengan lima ekor unta atau nilai yang sebanding dengannya.

b)

Menunaikan kaffarah (كفارة) iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut.

c)

Diyat (دية) sempurna (100 ekor unta atau nilai yang sebanding dengannya.

d)

Takzir yang di tetapkan oleh hakim.

25.

Hukuman bagi kesalahan sengaja mengugurkan kandungan berdasarkan keadaan kandungan yang digugurkan itu hidup adalah

a)

Diyat janin (دية جانين) dengan memerdekakan seorang hamba (lelaki atau perempuan atau jika ia tiada dengan lima ekor unta atau nilai yang sebanding dengannya.

b)

Menunaikan kaffarah (كفارة) iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut.

c)

Diyat (دية) sempurna (100 ekor unta atau nilai yang sebanding dengannya.

d)

Takzir yang di tetapkan oleh hakim.

26.

Hukuman bagi kesalahan sengaja mengugurkan kandungan berdasarkan keadaan kandungan yang digugurkan itu hidup kemudian mati adalah