Font size
WorksheetsKesalahan Istilah dan Kesalahan Tatabahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bukit batu kapur ____________ khazanah semula jadi yang unik rupa bentuknya.
ialah
adalah
Tumbuhan yang ada di bukit batu kapur sangat _______ berbanding dengan tumbuhan yang ada di hutan dataran rendah yang mengelilinginya _________ segi komposisi spesies tumbuhan.
pelik - daripada
berbeza - dari
pelik - dari
berbeza - daripada
Kebanyakan tumbuhan bukit batu kapur tiada nama tempatan kerana tumbuhan__________ daripada petempatan manusia __________ masa dulu.
dalam - di
di dalam - sejak
jauh - pada
jauh - di
Saya selalu bertanyakan tentang khabar ibu di kampung menggunakan telefon tangan.
Terdapat berapakah kesalahan ayat di atas?
1
2
3
Pokok pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak.
Jawapan yang sebetulnya ialah?
ditebang oleh saya
saya ditebang oleh
saya tebang
menebang oleh saya
Masnah semakin curiga apabila suaminya masih belum pulang dari menangkap ikan di laut sedangkan hujan semakin lebat dan kilat sabung-menyabung.
Senaraikan kesalahan ayat di atas.
curiga
dari
hujan semakin lebat
kilat sabung-menyabung
Kesalahan penggunaan kata atau istilah ialah?
Penggunaan ayat yang tidak betul.
Rangkai kata yang tidak sesuai.
Penggunaan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan tidak betul, kurang tepat dan tidak sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
Jawapan semua di atas.
Berdasarkan pengetahuan anda, kesalahan tatabahasa merangkumi?
Penggunaan perkataan atau rangkai kata yang kurang tepat.
Kesalahan penggunaan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga.
Kesalahan penggunaan kata bilangan.
Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan
Kesalahan penggunaan kata sendi
Sila pilih tiga ayat yang menggunakan Kata Adjektif yang betul.
Soalan inilah yang paling sukar sekali.
Asmah mendapat markah yang terbaik.
Kami benci sikapnya itu.
Kami benci akan sikapnya itu.
Baju itu sungguh cantik sekali.
Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.
Sila pilih jawapan yang menepati hukum DM (Diterang Menerang)
lain-lain hal
hal-hal lain
goreng pisang
pisang goreng
Menteri Perdana
Pilih dua ayat yang betul di bawah. Ayat tersebut menunjukkan penggunakan 'BENTUK JAMAK'.
Dua buah kereta-kereta.
Semua pelajar-pelajar
Para-para pelajar tingkatan 5 SMK Kelana Jaya.
Antara punca pencemaran alam sekitar termasuklah rakyat membuang sampah di merata-rata tempat.
Kebanyakan ibu bapa gemar menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.
Maksud pedalaman dan pendalaman ialah?
Pilih dua jawapan yang betul.
Pedalaman bermaksud kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh.
Pendalaman bermaksud usaha mendalami atau mendalamkan.
Pendalaman bermaksud kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh.
Pedalaman dan pendalaman ialah perkataan yang sama maksud.
Gaya hidup pada zaman baru yang serba-serbi pantas ini secara tidak langsung turut mengubah amalan dan gaya pemakanan masyarakt khususnya golongan-golongan remaja.
Betulkan kesalahan ayat di atas.
baru - moden
baru - canggih
golongan-golongan - antara golongan
golongan-golongan - golongan
Bila tiba di kampung semasa cuti sekolah, semua ahli keluarga berkumpul sambil berbual-bual menceritakan tentang aktiviti masing-masing.
Pilih dua jawapan yang betul.
Bila - Bilakah
Bila - Apabila
menceritakan tentang aktiviti - menceritakan aktiviti
menceritakan tentang aktiviti - berkongsi tentang aktiviti
Pekerja majlis daerah sedang memangkas rumput yang panjang di sepanjang jalan taman perumahan kami di pagi itu.
memangkas - mencabut
memangkas - memotong
di pagi itu - pada pagi itu
di pagi itu - sejak pagi itu
Setengah harta bendanya musnah dalam banjir yang melanda daerahnya di hujung tahun lalu.
Setengah - Sesetengah
di hujung tahun lalu - pada hujung tahun lalu
di hujung tahun lalu - sejak hujung tahun lalu
dalam banjir - di dalam banjir
Swee Lin tidak datang ke sekolah sebab sakit perut akibat termakan makanan yang telah dihadapi lalat.
Cari dua kesalahan .
sebab
akibat
dihadapi
Setiap hari Pak Mail melilit kerbau peliharaannya pada pangkal pokok di tepi sawah agar dapat meragut semua rumput-rumput di situ.
Pilih tiga jawapan yang betul.
melilit - mengikat
melilit - menambat
meragut- memakan
semua rumput-rumput - semua rumput
semua rumput-rumput - rumput-rumput
Pemerintah telah memperbanyak kemudahan Internet di kampung-kampung agar penduduk lebih berpengetahuan dalam berbagai bidang.
Pilih jawapan yang BETUL!
Pemerintah - Kerajaan
memperbanyak - memperbanyakkan
Internet - internet
berbagai bidang - berbagai-bagai bidang
berbagai bidang- pelbagai bidang
Semua-semua peserta kursus perkhemahan itu bergerak ke lokasi masing-masing berpandukan pada peta yang diberi oleh ketua komando kursus.
Senaraikan tiga kesalahan ayat di atas.
Semua-semua peserta
berpandukan pada peta
diberi oleh
ketua komando
kursus
