Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peperiksaan Akhir Semester Perlembagaan dan Masyarakat (ULANGAN)

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

a)

Kitab suci bagi sesebuah agama

b)

Buku laporan kewangan negara

c)

Himpunan undang-undang dasar atau prinsip-prinsip asas

d)

Tatacara pergerakan rakyat

2.

Berikut merupakan antara faktor perlembagaan negara dianggap undang-undang tertinggi KECUALI ____________.

a)

Boleh dipinda sesuka hati

b)

Sukar untuk dipinda

c)

Memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan rakyat

d)

Menghalang penyalahgunaan kuasa

3.

Ciri-ciri perlembagaan mestilah merangkumi ciri-ciri berikut ____________.

a)

Prinsip-prinsip asas dan YDPA mengatasi perlembagaan negara

b)

Prinsip-prinsip asas, kedudukan tertinggi dan kukuh

c)

Boleh dipinda sesuka hati dan mengikut keperluan mendesak

d)

Boleh dirujuk dengan mahkamah dan dipersetujui oleh Hakim Negara

4.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan sejarah peristiwa pembentukan perlembagaan negara yang BETUL?

a)

Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Perlembagaan Malayan Union ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

c)

Perlembagaan Jepun ---> Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

5.

Siapakah Gabenor pertama Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Robert Fullerton

c)

Sir Edward Gent

d)

J.P Rodger

6.

Apakah peranan Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan Malayan Union 1946

b)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1963

d)

Merangka perlembagaan baru negara yang bakal merdeka

7.

Siapakah YDPA pertama negara?

a)

Sultan Ahmad Shah dari negeri Pahang

b)

Sultan Nazrin Shah dari negeri Perak

c)

Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan

d)

Tunku Abdul Rahman dari negeri Kedah

8.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai ____________ perkara dan ____________ bahagian.

a)

180, 14

b)

181, 15

c)

182, 16

d)

183, 15

9.

Prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah

a)

YDPA

b)

YDPA, Parlimen

c)

YDPA, Parlimen, Pilihanraya

d)

YDPA, Parlimen, Pilihanraya, Perlembagaan

10.

Konsep Raja Berpelembagaan bermaksud ________

a)

segala dasar, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara

b)

Raja bertindak atas nasihat Perdana Menteri

c)

Raja dilindungi oeh Perlembagaan

d)

Raja merupakan Ketua Negara

11.

Siapakah ketua bagi agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Raja/Sultan?

a)

YDPA

b)

Perdana Menteri

c)

Majlis Raja-raja

d)

Majlis Agama Islam Negeri

12.

Perlembagaan merupakan lambang bahawa Malaysia negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

a)

Malaysia sebuah Persekutuan

b)

Agama Islam agama rasmi

c)

Malaysia pernah dijajah

d)

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

13.

Punca utama pengasingan kuasa dilaksanakan dalam sistem pemerintahan adalah untuk.....

a)

memastikan pemerintahan negara berjalan dengan lancar

b)

mengelakkan pemusatan kuasa antar pihak-pihak tertentu

c)

Mengekalkan kepercayaan terhadap sistem pemerintahan negara

d)

memudahkan YDPA menjalankan kuasa pemerintahan

14.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


I - Tidak boleh dibuat pindaan

II - Asas kepada pembentukan kerajaan

III - Merupakan undang-undang tertinggi

IV - Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

16.

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara

b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

17.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan e

18.

Yang manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah kerajaan?


I - Panduan pengagihan kuasa antara institusi kerajaan

II - Rujukan kepada kerajaan dalam membuat keputusan

III - Panduan untuk kerajaan bagi mengekalkan kedudukan

IV - Jalan penyelesaian dalam menyelesaikan sesuatu isu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

Badan apakah yang berkuasa untuk membuat pindaan Perlembagaan bagi negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis?

a)

Badan Eksekutif

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Perundangan

d)

Mahkamah Rayuan

20.

Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi :


I - Semua undang-undang tertinggi negara

II - Hak-hak asasi rakyat

III - Sejarah negara

IV - Asal usul pelbagai kaum

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Antara peranan kewujudan Perlembagaan kepada sesebuah negara adalah


I. Sumber rujukan undang-undang

II. Membahagikan kuasa kepada pemerintah dan rakyat

III. Mewujudkan pemerintahan yang adil

IV. Untuk menjaga kedaulatan negara

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

22.

Susun cara pindaan perlembagaan mengikut langkah yang betul


I. Mendapat sokongan 2/3 semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja


II. Mendapat sokongan 2/3 semasa bacaan kedua dan ketiga dikedua-dua majlis dewan


III. Mendapat sokongan majoriti


IV. Mendapat sokongan 2/3 semasa bacaan kedua dan ketiga dikedua-dua majlis Parlimen serta mendapat persetujuan YDP negeri Sabah dan Sarawak (bagi pindaan berkaitan negeri-negeri tersebut)

a)

I, II, III, IV

b)

III, II, I, IV

c)

III, I, II, IV

d)

III, IV, II, I

23.

8. Berikut merupakan perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia


I - Agama Islam

II - Pemerintahan beraja

III - Kedudukan bahasa Melayu

IV - Hak istimewa orang Melayu

a)

I dan II

b)

I , II dan III

c)

I dan III

d)

Semua di atas

24.

Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal berdasarkan

a)

Perlembagaan Malayan Union

b)

Perlembagaan Tanah Melayu 1957

c)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan Suruhanjaya Reid

25.

Pengasingan kuasa melibatkan perkara berikut KECUALI

a)

parlimen

b)

persekutuan

c)

eksekutif

d)

kehakiman

26.

Tempoh jawatan bagi seorang Yang Di-Pertuan Agong sepanjang menjawat adalah selama .......... tahun dari tarikh perlantikannya.

a)

8

b)

10

c)

5

d)

6

27.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah negara?

I- Mempunyai sempadan yang diiktiraf

II - Mempunyai penduduk yang tinggal menetap

III - Mempunyai identiti sendiri

IV - Mempunyai perlembagaan sendiri

a)

I, II dan III

b)

I , II dan IV

c)

II , III dan IV

d)

semua sekali

28.

Bentuk negara yang mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum merujuk kepada bentuk negara ?

a)

Republik

b)

Autokrasi

c)

Monarki

d)

Demokrasi

29.

Badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif ialah

a)

Kabinet

b)

Jabatan

c)

Suruhanjaya

d)

Kementerian

30.

Berikut pernyataan yang BETUL mengenai Perlembagaan Malaysia?

a)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara

b)

Suruhanjaya Cobbold bertanggungjawab menubuhkan Perlembagaan

c)

Pindaan Perlembagaan hanya boleh dipinda oleh Yang DiPertuan Agong

d)

Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak terbatal

31.

Berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 kecuali ________.

a)

Kewarganegaraan

b)

Pengamalan Raja Berpelembagaan dan

Sistem Demokrasi Berparlimen

c)

Kedudukan Bahasa Melayu

d)

Pemansuhan Sistem Ahli

32.
Badan-badan utama dalam sistem pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut KECUALI
a)
Badan perundangan.
b)
Badan penyelarasan.
c)
Badan kehakiman.
d)
Badan eksekutif.
33.
Yang manakah BENAR berdasarkan gambar di atas.
I. 
Perlantikan ketua negara secara bergilir-gilir dari kalangan raja-raja Melayu.

II.  Segala keputusan dan tindak tanduk kerajaan harus selari dengan Perlembagaan.
III.  Kerajaan pusat merupakan kerajaan berperlembagaan.
IV.  Yang di-Pertuan Agung memiliki kuasa veto.
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
I, II dan III
d)
I, II, III dan IV
34.

________ memegang kuasa tertinggi di Malaysia.

a)
Majlis Raja-raja
b)
Mahkamah Agung
c)
Perlembagaan Malaysia
d)
Yang di-Pertuan Agong
35.

________________ mahkamah yang paling tinggi di Malaysia.

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Seksyen

36.

Ciri-ciri perlembagaan mestilah merangkumi ciri-ciri berikut ____________.

a)

Prinsip-prinsip asas dan YDPA mengatasi perlembagaan negara

b)

Prinsip-prinsip asas, kedudukan tertinggi dan kukuh

c)

Boleh dipinda sesuka hati dan mengikut keperluan mendesak

37.

Yang manakah ciri asas sebuah negara?

a)

Diterajui oleh parti politik tertentu

b)

Ditadbir secara demokrasi berparlimen

c)

Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat

d)

Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

38.

Berikut merupakan antara faktor perlembagaan negara dianggap undang-undang tertinggi KECUALI ____________.

a)

Boleh dipinda sesuka hati

b)

Sukar untuk dipinda

c)

Memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan rakyat

d)

Menghalang penyalahgunaan kuasa

39.

Yang manakah terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri?

a)

Tanah

b)

Biasiswa

c)

Pertahanan

d)

Perumahan

40.

Jika X seorang anak kepada warga asing dan ibunya seorang warganegara Malaysia. X mendapat kewarganegaraannya melalui kaedah

a)

kuat kuasa undang-undang

b)

kemasukan

c)

pendaftaran

d)

tidak layak

41.

Kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

a)

Agama Islam merupakan agama rasmi

b)

Parlimen berkuasa menggubal undang-undang agama Islam

c)

Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya

d)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.

42.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam Tahanan

43.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutan


l - Tidak boleh dibuat pindaan

ll - Asas kepada pembentukan kerajaan

lll - Merupakan undang-undang tertinggi

IV - Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

l dan ll

b)

l dan lV

c)

ll dan lll

d)

lll dan lV

44.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

45.

* Puan Y ialah seorang wanita Asing yang berkahwin

dengan lelaki warganegara Malaysia

* Beliau menetap di Malaysia selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

46.

Anak: Dilahirkan di Kampung Delek

Ibu : Warganegara Thailand

Ayah : Seorang pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraan.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Bukan warganegara

b)

Warganegara secara masukan

c)

Warganegara secara pendaftaran

d)

Warganegara secara kuatkuasa undang-undang

47.

Yang manakah benar tentang kebebasan diri?

I - Seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia

II - Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas wajib mengundi

III - Semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna kulit atau agama

IV - Semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam hari bekerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

Yang manakah benar tentang hak asasi mengikut perlembagaan?

I - Tangkapan oleh pihak berkuasa mestilah melalui waran tangkapan.

II - Seseorang yang ditangkap mestilah diberitahu sebab penangkapannya

III - Seseorang yang ditahan oleh pihak berkuasa mestilah dengan perintah majistret

IV - Seseorang banduan mestilah dibenarkan untuk mengundi dalam sesuatu pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan KECUALI

a)

dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu

b)

ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan mengkhianati negara


c)

dia tidak setia kepada raja dan negara

d)

dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela

50.

- Orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

- Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada Julai 1982.

Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori berikut?

a)

Kuatkuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Masukan

d)

Percantuman wilayah

51.

Menurut Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu hendaklah

I - menganut agama Islam

II - bertutur dalam bahasa ibunda

III - mengamalkan adat istiadat Melayu

IV - dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas hari Merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

52.

Yang manakah antara yang berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang persekutuan akan dibatalkan

b)

Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

53.

Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

I - Agama Islam merupakan agama Persekutuan

II - Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen

III - Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain

IV - Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan agamanya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

54.

Ciri-ciri sebuah kerajaan demokrasi ialah ________

I - pembahagian kuasa pentadbiran seperti pentadbiran, perundangan dan kehakiman

II - pilihan raya

III - pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan

IV - rakyat menentukan kerajaan

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, III dan IV

d)

semua di atas

55.

Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK BERKAITAN dengan keputusan mengadakan semula pilihan raya?

a)

Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya

b)

ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak

c)

Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon atau ejen

d)

cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihan raya diadakan

56.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang mengandungi perkara-perkara berikut KECUALI

a)

kewarganegaraan

b)

hak-hak asasi rakyat

c)

undang-undang negeri

d)

garis panduan corak pemerintahan negara

57.

________ mengetuai Kerajaan Persekutuan.

a)

Menteri Besar

b)

Ketua Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Perdana Menteri

e)

Kabinet

58.

Pengiraan undi dilakukan oleh ________

a)

Pegawai SPR

b)

Pengundi

c)

Calon yang bertanding

d)

YDPA

59.

Pernyataan yang manakah YANG BENAR tentang tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa?

I - Mengelak pemusatan kuasa

II - Menggalakkan pembahagian kuasa

III - Menggalakkan pemusatan kuasa

IV - Mengekalkan pemerintahan secara campur tangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Yang manakah menerangkan Demokrasi Berparlimen ?

I - Setiap rakyat yang layak mengundi mempunyai persamaan hak

II - Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara

III - Setiap rakyat boleh mengambil tindakan sendiri

IV - Setiap rakyat boleh memerintah sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV