WorksheetsCTU553| CTU555 | BAB 3 & 4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Yang manakah BUKAN prinsip islam dan nilai kemanusiaan?
Al-'adalah (keadilan)
Al-huriyyah (kebebasan)
Al-musawah (kesamarataan)
Al-mahabbah (berkasih-sayang)
Berikut merupakan asas hubungan etnik menurut Islam, KECUALI:
Al-Ta'aruf
Al-Tafahum
Al-'Ilm
Al-Tadhamun
Kenyataan berikut berkenaan konsep wasatiyyah , KECUALI:
Keuntungan yang dimiliki haruslah dibayar zakat mengikut
kadarnya dan diberi kepada yang memerlukan
Menolak ekstremisme
Boleh menerima rasuah asalkan berlaku adil
Cenderung ke arah jalan tengah dan pandangan yang mempertimbangan pendapat orang lain
Al-mahabbah ialah sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.
Betul
Salah
Antara prinsip dan nilai kemanusiaan dalam Islam ialah al-musawah (kesamarataaan). Berikut kenyataan yang tepat berkenaan prinsip tersebut, KECUALI:
Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf
Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak menjejaskan taraf kemanusiaan
Nilai ketakwaan membezakan manusia dari pandangan Allah
Allah menganugerahkan kepada manusia dengan akal
dan ilmu yang membolehkan mereka melaksanakan tugas
dan tanggungjawab pengimarahan bumi sebagai Khalifah.
Dasar pecah dan perintah menyebabkan orang Melayu terpisah daripada ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional.
Betul
Salah
Berikut merupakan pernyataan yang TEPAT berkenaan Dasar Ekonomi Baru, KECUALI:
Bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Menyasarkan pemilikan modal saham bagi kaum Bumiputera sebanyak 30%
Bertujuan membuat penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi
Diteruskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama setelah berakhir pada tahun 1990
Sistem perbankan Islam yang menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengharamkan unsur riba dalam operasinya.
Betul
Salah
Kejayaan ekonomi Malaysia secara langsungnya dapat dilihat melalui tiga perspektif, KECUALI:
Kualiti hidup yang meningkat
Pengurangan kadar kemiskinan
Pengurangan kadar jenayah
Pertumbuhan ekonomi yang pesat
Salah satu prinsip asas ekonomi Islam ialah konsep cipta dan hak milik. Berikut merupakan pernyataan TEPAT berkenaan konsep ini, KECUALI:
Manusia diberi amanah untuk mengurus dan mengambil manfaat daripadanya
Terdapat hak milik umum dan hak milik khas
Manusia boleh menggunakan harta yang dimilikinya secara mutlak
Islam mengiktiraf hak dan fitrah manusia untuk memiliki harta dan diperoleh menerusi perwarisan, jual beli dan sebagainya.
