wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU 553 | CTU 555 | BAB 7 & 8

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut antara cabaran memupuk integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia, KECUALI:

a)

Wujudnya prasangka, rasisme, etnosentrisme

b)

Tiada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial

c)

Keterpinggiran dalam masyarakat

d)

Wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat

2.

Apakah matlamat Rukun Negara?

a)

Memperbaiki taraf hidup masyarakat Bumiputera dari sudut ekonomi dan sosial

b)

Melahirkan rakyat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif

c)

Memajukan sektor ekonomi terutama sektor perindustrian dan perniagaan

d)

Mewujudkan negara membangun dari segi sumber manusia dan alam

3.

Berikut merupakan dasar yang dirangka bertujuan mewujudkan keharmonian dalam berpolitik dan memupuk perpaduan rakyat, KECUALI:

a)

Dasar Pendidikan Kebangsaan

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Wawasan 2020

d)

Dasar Ekonomi Baru

4.

Apakah badan yang bertanggungjawab menjaga hak asasi manusia di Malaysia?

a)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

b)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

c)

Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM)

d)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

5.

Skim Rondaan Sukarela dijalankan untuk menjaga keselamatan dalam kawasan Rukun Tetangga di samping membantu pihak polis dalam meningkatkan kadar jenayah.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Manakah antara berikut BUKAN intipati utama Laporan Rahman Talib 1960 yang mana dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1961?

a)

Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan

b)

Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional

c)

Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan

d)

Bahasa kebangsaan ialah medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan hanya di peringkat sekolah rendah tetapi tidak di peringkat menengah dan universiti

7.

Berikut merupakan pernyataan TEPAT mengenai sistem persekolahan di Malaysia, KECUALI:

a)

Penyesuaian perlaksaan kurikulum sekolah yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)

b)

Setelah tamat meduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar

boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian di peringkat diploma atau asasi di IPT.

c)

Kurikulum dan sukatan pelajaran Bahasa Kebangsaan di sekolah kebangsaan lebih mudah

d)

Sekolah wawasan ialah sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama

8.

Matlamat utama Laporan Razak 1956 ialah memartabatkan peranan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan dalam pembinaan negara bangsa. Ianya merupakan dasar pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Skim Rukun Tetangga dapat menjayakan perpaduan antara etnik dengan melaksanakan usaha berikut, KECUALI

a)

Menganjurkan amalan kunjung mengunjung terutama di musim perayaan

b)

Memperkenalkan rondaan keselamatan untuk etnik tertentu sahaja

c)

Menganjurkan pelbagai aktiviti seperti keagamaan, pendidikan, sukan, dan ekonomi

d)

Diperkenalkan pada 1975

10.

Persekolahan tidak formal bagi etnik Melayu pada zaman pemerintahan British menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan lebih menekankan hal ehwal keagamaan.

a)

Betul

b)

Salah