wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 5 - INSTITUSI RAJA Bhgn1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah institusi raja di negara kita diasaskan?

a)

Selepas Tanah Melayu Merdeka.

b)

Sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal.

c)

Sejak Zaman Kerajaan Melayu Melaka.

d)

Selepas Perang Dunia Kedua Berakhir.

2.

Di manakah terletaknya kedudukan raja dalam hierarki sistem pemerintahan sejak masa lalu?

a)

Terbawah.

b)

Kedua.

c)

Ketiga.

d)

Teratas.

3.

Siapakah raja?

a)

Pemerintah tertinggi dalam sesuatu kerajaan berdaulat.

b)

Individu yang menasihati raja dari aspek ketenteraan.

c)

Pegawai tinggi dalam sesuatu kerajaan berdaulat.

d)

Timbalan pemerintah bagi raja.

4.

Apakah faktor yang menyebabkan hampir semua raja Melayu menggunakan gelaran sultan?

a)

Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

b)

Kedatangan pedagang dari China.

c)

Pengaruh kerajaan Siam.

d)

Kedatangan agama Islam.

5.

Apakah maksud kerajaan?

a)

Sebuah parti politik yang menang dalam pilihanraya.

b)

Negeri atau negara yang ditadbir secara sah.

c)

Pertubuhan yang ditubuhkan secara sah.

d)

Sesebuah organisasi yang memerintah.

6.

Apakah peranan utama seorang raja atau sultan?

a)

Ketua negara yang memastikan keselamatan institusi beraja terjaga.

b)

Ketua pemerintah yang bertanggungjawab mengadakan pilihanraya negeri.

c)

Ketua negeri yang memastikan keamanan dan keharmonian negeri terjamin.

d)

Memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

7.

Berapakah jumlah negeri di Malaysia yang mengamalkan institusi raja?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

8.

Negeri apakah yang menggunakan gelaran 'Yang di-Pertuan Besar' untuk gelaran ketua negeri?

a)

Melaka.

b)

Selangor.

c)

Kedah.

d)

Negeri Sembilan.

9.

Apakah maksud "waadat" berdasarkan buku Sulalatus Salatin?

a)

Perjanjian yang termeterai antara raja dan rakyat.

b)

Buku mengandungi rekod jenayah pesalah undang-undang.

c)

Sejenis peralatan menghidang makanan raja.

d)

Naskah tulisan para sejarahwan pada zaman dahulu.

10.

Apakah aspek yang sangat penting dalam "waadat"?

a)

Keberanian.

b)

Baik hati.

c)

Taat setia.

d)

Bertimbang rasa.

11.

Setelah negara merdeka, dimanakah konsep waadat ini dimaktubkan?

a)

Dalam prinsip keempat Rukun Negara.

b)

Dalam lagu NegaraKu.

c)

Dalam peraturan lalu lintas.

d)

Dalam prinsip kedua Rukun Negara.

12.

Apakah maksud "fadihat"?

a)

Perbuatan memuji.

b)

Perbuatan mencelah.

c)

Perbuatan yang berani.

d)

Perbuatan taat setia.

13.

Apakah maksud panggilan "paman"?

a)

Panggilan untuk lelaki yang dihormati atau yang lebih tua.

b)

Panggilan untuk guru atau mahaguru silat yang kuat dan gagah.

c)

Panggilan untuk Ketua pemerintah atau raja yang masih muda.

d)

Panggilan untuk pegawai tinggi yang bertugas dalam istana raja.

14.

Ramalkan apa yang akan berlaku sekirannya konsep waadat ini tidak diamalkan dalam diri rakyat mahupun raja?

a)

Negara akan mampu mencapai kemajuan yang lebih hebat dan canggih lagi.

b)

Negara akan sentiasa berada dalam keadaan kacau bilau.

c)

Negara akan sentiasa dilawati oleh para pelancong dari pelbagai negara.

d)

Negara akan menjadi lebih kuat dari segi ketenteraan.

15.

Bagaimanakah anda sebagai seorang murid menunjukkan taat setia kepada raja?

a)

Menghormati kebudayaan dan kepercayaan kaum negara lain.

b)

Menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua.

c)

Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara.

d)

Menghormati adat resam kaum dan bangsa negara jiran.