Worksheetsbab 1 Sains ting 4 [1.1:PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI]
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara peralatan yang berikut, yang manakah digunakan untuk melindungi pakaian?
sarung tangan
gogal
baju makmal
kasut bertutup
Topeng muka digunakan untuk....
melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya
melindungi kerosoakan pada pakaian
melindungi mulut dan hidung daripada bahan kimia yang berbau sengit dan mudah meruap
melindungi kaki daripada serpihan kaca
apakah fungsi penyiram kecemasan dalam makmal?
melindungi mata daripada bahan toksik
melindungi badan daripada terkena bahan kimia
melindungi hidung daripada zarah-zarah halus
membersihkan badan yang terkea tumpahan bahan kimia
apakah alat kecemasan ini?
pembilas mata
penyiram kecemasan
kabinet aliran laminar
kabinet keselamatan biologi
apakah kepentingan kebuk wasap?
membersihkan badan yang terkena tumpahan bahan kimia
mengelakkan kontaminasi bahan semasa aktiviti mikrobiologi
mengendalikan bahan meruap, beracun, mengakis dan mudah terbakar
melindungi hidung dan mulut daripada bahan kimia meruap
antara yang berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri?
kasut bertutup
baju makmal
tali leher
gogal
digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun dan mengakis.
Maklumat tersebut merujuk kepada
kabinet aliran laminar
kebuk wasap
penyiram kecemasan
pembilas mata
antara yang berikut, peralatan perlindungan diri yang mankaah salah dipadankan dengan fungsinya?
gogal: melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya
baju makmal: melindungi pakaian daripada kerosakan
kasut keselamatan: melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia
sarung tangan: kelihatan profesional
Ahmad terkena percikan bahan kimia pada matanya. Apakah tindakan yang harus Ahmad lakukan?
menjalankan eksperimen di dalam kebuk wasap
menjalankan eksperimen di dalam kabinet aliran laminar
membilas mata dengan menggunakan pembilas mata
menggunakan baju makmal
apakah kepentingan peralatan perlindungan diri ini?
mengelakkan kontaminasi bahan semasa aktiviti mikrobiologi
mengendalikan bahan meruap, beracun, mengakis dan mudah terbakar
membersihkan badan yang terkena tumpahan bahan kimia
melindungi badan
