wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIMASAKTI MENARI

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

NYATAKAN TEMA NOVEL INI.

a)

Hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak

b)

Kebijaksanaan dalam menangani masalah

c)

Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

2.

Peristiwa Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

Apakah persoalan berdasarkan peristiwa tersebut?

a)

Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak

b)

Persoalan ketaatan kepada ajaran agama

c)

Persoalan cinta akan alam sekitar

3.

Peristiwa Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.

Apakah persoalan berdasarkan peristiwa tersebut?

a)

Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak

b)

Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah

c)

Persoalan cinta akan alam sekitar

4.

Nurul Hafsa .................... membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

a)

bijak

b)

berani

c)

jujur

d)

bertanggungjawab

5.

Berikut merupakan latar yang terdapat dalam novel ini KECUALI

a)

Bangunan SUK Syah Alam

b)

Balai Cerap Sultan Salahuddin

c)

Pusat Sains Negara

d)

Stesen Minyak Petronas

6.

Dato' Johann teringat kembali punca permusuhannya dengan Tan Sri Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Maryam Wickham.


Teknik plot yang digunakan ialah

a)

Dialog

b)

monolog dalaman

c)

pemerian

d)

imbas kembali

7.

Budiman menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap


pengajaran bagi peristiwa tersebut ialah

a)

Kita hendaklah menjalin hubungan persahabatan dengan pelbagai latar belakang kerjaya

b)

Kita haruslah bertanggungjawab menjaga keselamatan adik sendiri

c)

Kita haruslah bersangka baik terhadap adik beradik

d)

Kita mestilah menjaga hubungan adik beradik dengan baik

8.

Latar tempat ialah latar berlakunya peristiwa dalam cerita. Semua tempat di bawah merupakan latar tempat berkaitan dengan novel Bimasakti Menari kecuali

a)

Balai Cerap Sultan Salahuddin

b)

Hotel Del Luna

c)

Otago, New Zealand

9.

Klimaks atau puncak cerita dalam novel ini ialah

a)

Muhammad Taufik telah diculik dan dan dibawa ke kawasan perladangan kelapa sawit

b)

Nurul Hafsa diculik dan Muhammad Taufik membatalkan niat untuk mengikut ibunya balik ke Otago, New Zealand

c)

Projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat tentangan daripada Dato' Johann Arlington-Majid

d)

Nurul Hafsa membuat laporan berkaitan dengan pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan melihat kelip-kelip di Pejabat Daerah

10.

Pengajaran yang dikenal juga sebagai amanat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Antara yang berikut, pengajaran manakah yang terdapat dalam novel ini?

a)

Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati oleh orang lain

b)

Kita mestilah reda dengan ketentuan Tuhan

c)

Kita perlulah memupuk perpaduan kaum bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan

11.
Nilai rasional merujuk nasihat pengemudi bot kepada penumpang iaitu tidak boleh menggunakan kamera berlampu kerana kelip-kelip
a)
 tidak gemar akan cahaya
b)
berasa silau dengan cahaya
12.
Nurul Hafsa berasa kesal dengan perubahan yang berlaku di Kuala Selangor iaitu dahulunya sebuah pusat pelancongan berasaskan alam sekitar telah bertukar menjadi......
a)
bandar cahaya yang riuh-rendah dengan bunyi-bunyian
b)
bandar pintar yang lengkap dengan prasarana
13.
Persoalan keprihatinan anak kepada ayah merujuk watak Nurul Hafsa yang berjanji akan menyelesaikan masalah ayahnya dengan .....
a)
membina bilik yang besar untuk menyimpan buku-buku agama
b)
membina stor untuk menyimpan peralatan berkebun
14.

Peristiwa Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington.

Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?

a)

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak

b)

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri

c)

Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh

15.

Peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip.

Apakah pengajaran berdasarkan peristiwa tersebut?

a)

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri

b)

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak

c)

Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup

16.

Peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad

Taufik membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli

perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Walaupun cadangan tersebut ditentang oleh John Arlington Majid kerana dia tidak dapat

meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya, namun Nurul Hafsa tetap berani mengemukakan hujah-hujah yang

bernas bagi mendapatkan sokongan bagi pelaksaan projek yang dicadangkannya.

Nyatakan latar masyarakat yang berdasarkan peristiwa tersebut.

a)

Latar masyarakat yang berani

b)

Latar masyarakat yang bertanggungjawab

c)

Llatar masyarakat yang tabah

17.

Puan Wickham sayang akan anaknya

dengan tetap mengambil berat akan Muhammad Taufik walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Puan Wickham juga mengambil berat akan projek tekno alam yang sedang dijalankan oleh Muhammad Taufik walau dia berada jauh dari Muhammad Taufik.


Nyatakan nilai yang terkandung dalam peristiwa di atas.

a)

nilai keberanian

b)

nilai kasih sayang

c)

nilai kebijaksanaan

18.

Peristiwa Nurul Hafsa yang telah mengambil langkah

bijak dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh sebuah kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin yang kecewa kerana tidak dapat melihat buruj Orion sepenuhnya. Nurul Hafsa menyatakan keadaan tersebut berlaku akibat langit di Kuala Selangor yang terlalu cerah berikutan dengan pencemaran cahaya. Nurul Hafsa juga telah berjanji akan memulihkan keadaan seperti sedia kala dengan sedaya upayanya.


Nyatakan nilai yang terkandung dalam peristiwa di atas.

a)

nilai kebijaksanaan

b)

nilai kegigihan

c)

nilai keprihatinan

19.

Peristiwa Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di AsiaTenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.


Nyatakan nilai yang terkandung dalam peristiwa di atas.

a)

nilai kegigihan

b)

nilai keprihatinan

c)

nilai kebijaksanaan

20.

Peristiwa Nurul Hafsa serta abangnya, Budiman bergegas ke tempat kemalangan sejurus selepas menerima berita kemalangan Muhammad Taufik. Nurul Hafsa dan Budiman mencari Taufik dan menemuinya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menghubungi ambulans dan Muhammad Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang untuk rawatan

lanjut.


Nyatakan perwatakan Nurul Hafsa berdasarkan peristiwa di atas.

a)

seorang yang gigigh

b)

seorang yang tabah

c)

seorang yang mempunyai semangat setiakawan

21.
BERIKAN CONTOH PERISTIWA BAGI PERSOALAN KASIH SAYANG SEORANG ANAK TERHADAP IBU BAPA.
a)
Muhammad Taufik makan bersama bapanya
b)
Nurul Hafsa menziarahi kubur ibunya
c)
Muhammad  Taufik mempelawa ibunya Maryam Wickham Abdullah tidur di rumahnya ketika ibunya datang ke Malaysia 
d)
Budiman tinggal bersama bapanya dikampung
22.
Peristiwa Budiman dan Nurul Hafsa mencari Muhammad Taufik setelah Budiman mendapat panggilan telefon daripada Muhammad Taufik yang memaklumkan bahawa dia ditimpa kemalangan. Apakah teknik plot bagi peristiwa di atas?
a)
Imbas Kembali
b)
monolog
c)
Saspens
d)
Imbas muka