NEW
Font size
WorksheetsSPM Trial Set 1 objektif
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Iman yang kurang mantap.
Terdapat tempat pemujaan.
Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya.
Perkara di atas merujuk kepada faktor perbuatan_____________.
A sihir
B syirik
C riddah
D khurafat
Kadar jenayah meningkat.
Mengganggu ketenteraman hidup.
Negara tidak stabil.
Pernyataan di atas benar mengenai kesan perbuatan _________________.
A menipu
B mencuri
C memfitnah
D mengumpat
Mengapakah Allah SWT mengenakan hukuman yang amat berat kepada orang yang merompak?
I Pengajaran kepada masyarakat
II Meruntuhkan institusi kekeluargaan
III Menghilangkan kepercayaan masyarakat
IV Pengajaran kepada orang yang melakukannya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ciri-ciri berikut adalah pegangan golongan Khawarij kecuali
A beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.
B membataskan sumber syariat hanya kepada al- Quran sahaja.
C beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran .
D mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka.
Beriktikad bahawa alam bersifat qadim
Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li
5 Pernyataan di atas merujuk kepada ciri kesesatan ajaran __________________.
A Qadiani
B Taslim
C Bahai
D Syiah
Orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil ialah pengertian _____________.
A ‘asi
B munafik
C musyrik
D fasik
Penerima dan pemberi hutang.
Barang yang diberi hutang.
Akad pemberian hutang.
Pernyataan di atas menerangkan tentang ________________.
A rukun hutang
B syarat sah hutang
C larangan dalam berhutang
D perkara yang membatalkan hutang
Menyembelih tanpa membaca basmalah adalah perkara ______________ semasa sembelihan.
A sunat
B harus
C haram
D makruh
Dam yang dibayar mengikut susunan ialah pengertian dam ______________.
A tertib
B takdil
C takdir
D takhyir
Pilih susunan wali nikah yang betul.
A bapa •••••> datuk •••••> saudara lelaki seibu sebapa•••••> saudara lelaki seibu
B bapa •••••> datuk•••••> saudara lelaki seibu sebapa •••••> saudara lelaki sebapa
C datuk •••••>bapa •••••>saudara lelaki seibu sebapa •••••> saudara lelaki sebapa
D datuk •••••> bapa •••••>saudara lelaki seibu sebapa ••••••> saudara lelaki seibu
Antara yang berikut yang manakah hikmah walimatulurus ?
A Memulia dan menigiktiraf kaum wanita.
B Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah.
C Melambangkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.
D Melahirkan keikhlasan suami isteri untuk hidup bersama.
Suami isteri tidak bolek rujuk dalam tempoh idah.
Boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru
Pernyataan di atas merujuk kepada kesan ________________.
A talak tiga
B zihar
C fasakh
D talak raj’i
Khalifah _______________telah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan
nabi palsu.
A Abu Bakar Al-Siddiq radiallahuanhu
B Umar Bin Al-Khattab radiallahuanhu
C Usman Bin Affan radiallahuanhu
D Ali Bin Abu Talib radiallahuanhu
Pilih pernyataan yang benar mengenai al-fai’.
A Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam.
B Cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam.
C Harta rampasan daripada orang kafir harbi tanpa peperangan.
D Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan.
Berikut ialah perjuangan HAMKA kecuali
A mengetuai Front Pertahanan Nasional.
B mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.
C melancarkan penentangan terhadap bidaah dan khurafat.
D melancarkan serangan menentang penjajah Inggeris di Indonesia.
Pusat sumber
Pusat penterjemahan
Pusat penyelidikan ilmiah
Pusat latihan para ilmuan
Pusat pertemuan para sarjana
Pernyataan di atas merujuk kepada kegiatan ________________ dalam bidang pendidikan.
A Kuttab
B Baitulmal
C Baitul Hikmah
D Darul Hikmah
Antara yang berikut yang manakah bukan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah ?
A Kegawatan ekonomi.
B Kelemahan pemerintah.
C Perselisihan aliran fahaman keagamaan.
D Mendapat tekanan daripada pihak kerajaan.
Tertumpu kepada aktiviti lasak.
Melibatkan ketahanan fizikal dan mental
Pernyataan di atas merujuk kepada rekreasi jenis __________________.
A aktif
B pasif
C rohani
D jasmani
Pilih pernyataan yang menunjukkan makruh bermusafir.
A Menziarahi orang sakit.
B Bersiar-siar tanpa tujuan.
C Menunaikan umrah di Mekah.
D Membeli belah bersama keluarga.
Antara yang berikut yang manakah adab bernegara ?
A Menjaga nama baik negara.
B Memenuhi kehendak peribadi.
C Mewujudkan hubungan silaturrahim.
D Memberi maklumat penting kepada negara lain
