WorksheetsCuaca dan iklim di Malaysia
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Maklumat yang manakah berkaitan dengan iklim di Malaysia?
Kejadian empat musim
Julat suhu tahunan kecil
Siang dan malam tidak sama panjang
Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa
Keadaan ombak kuat di pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan November hingga Mac adalah berkaitan dengan .............
el - Nino
peningkatan suhu
kegiatan pertanian
fenomena musim tengkujuh
Kegiatan pembandaran dan pengangkutan di bandar merupakan punca utama berlakunya......
jerebu
kemarau
pulau haba
hujan asid
Kegiatan berikut yang tidak dikawal boleh menyebabkan....
udara nyaman
suhu meningkat
pencemaran tanih
penipisan lapisan ozon
Langkah yang manakah sesuai bagi mengawal peningkatan gas rumah hijau di bandar? (Pilih 2 jawapan)
Menggunakan minyak berplumbum
Menggunakan penyaman udara
Menggunakan pengangkutan hijau
Menanam lebih banyak pokok
Apakah angin yang bertiup antara pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September?
Angin Sumatera
Angin Monsun Timur Laut
Angin Monsun Barat Daya
Angin Monsun Barat Laut
Apakah jenis iklim Malaysia?
Iklim Khatulistiwa
Iklim Mediterranean
Iklim Monsun Tropika
Iklim Gurun Panas
manakah antara berikut BUKAN merupakan faktor yang mempengaruhi iklim dan cuaca di Malaysia
kedudukan
suhu
kepulauan
angin monsun
senarai berikut merupakan faktor-faktor kesan rumah hijau, kecuali
pembakaran sisa pertanian
pelupusan sampah
pembakaran bahan api fosil
bangunan konkrit dan berturap
berikan kesan yang terjadi akibat hujan asid di Malaysia?
cat bangunan luntur
jarak penglihatan terhad
penyakit asma
suhu meningkat
berikut merupakan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim, KECUALI
pulau haba
udara panas
kesan rumah hijau
jerebu
buah-buahan seperti anggur, strawberi, teh dan sayur-sayuran terdapat banyak di Cameron dan Kundasang kerana kawasannya yang bersuhu ____________
panas dan lembap
lembap
sederhana
panas
iklim Khatulistiwa menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman. Tanaman jenis ini terdapat di _______________
Felda Jengka
Dataran Kedah - Perlis
Kundasang
Cameron Highlands
suhu yang tinggi dan hujan yang banyak menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika seperti ___________
pokok cengal
pokok kelapa
pokok rambutan
pokok tebu
Apakah jenis iklim yang dialami di Malaysia?
Iklim gurun panas
Iklim monsun tropika
Iklim khatulistiwa
Iklim steppe
Apakah faktor yg menyebabkan terbentuknya kawasan hujan?
Halaman tanah tinggi
Pengaruh garisan lintang
Proses penulawapan
Hujan lebat sepanjang tahun
Apakah yg menyebabkan gas rumah hijau penting kepada bumi?
Membekalkan udara bersih
Meningkatkan kadar penyejatan
Memerangkap cahaya matahari
Menyeimbangkan suhu tempatan
Apakah yg meyebabkan penglihatan tidak jelas semasa berlakunya jerebu?
Hujan lebat
Suhu meningkat
Iklim berubah
Pertambahan partikel di udara
Antara yang berikut yang manakah ciri iklim di malaysia?
suhu, hujan, dan angin
suhu, hujan dan laut
suhu, haba dan angin
haba, hujan dan angin
Malaysia mengalami iklim ?
iklim sejuk dan panas sepanjang tahun
iklim sederhana dan kering sepanjang tahun
iklim hujan dan lembab sepanjag tahun
iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun
