Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kata adjektif?

a)

Kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat sesuatu kata nama.

b)

Kata yang digunakan untuk membuat satu pernyataan.

c)

Kata yang digunakan untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kata.

d)

Kata yang digunakan untuk menyatakan nama orang, haiwan, benda, tempat atau konsep.

2.
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
a)
tajam
b)
kasar
c)
kesat
d)
tumpul
3.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

kecil

b)

besar

c)

tebal

d)

panjang

4.
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
a)
tinggi
b)
besar
c)
kontot
d)
panjang
5.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
6.
Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
a)
geli
b)
haru
c)
kelam
d)
gundah
7.
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
a)
busuk...tengik
b)
hanyir...wangi
c)
hapak...harum
d)
hancing...busuk
8.
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
a)
terkilan
b)
runsing
c)
murung
d)
sengsara
9.

Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.

a)

sangsi

b)

hairan

c)

kagum

d)

kaget

10.

Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.

a)

laju

b)

deras

c)

kencang

d)

pantas

11.

Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.

a)

cermat

b)

baik

c)

bijak

d)

teliti

12.

Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.

a)

keras

b)

liat

c)

empuk

d)

lembut

13.

Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.

a)

rapi

b)

segak

c)

anggun

d)

unggul

14.
Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
a)
pedas
b)
lebam
c)
pedih
d)
panas
15.

Berikut merupakan perkara yang benar mengenai kata adjektif kecuali

a)

Dikenali sebagai kata sifat

b)

Terdapat 9 jenis kata adjektif

c)

Kata adjektif tidak boleh didahului atau diikuti kata penguat

d)

Kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata atau frasa nama.

16.

Berikut merupakan jenis kata adjektif kecuali

a)

Warna, ukuran

b)

Bentuk, waktu

c)

Jarak, cara

d)

Pancaindera, pancaragam

17.

Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali

a)

K.A Sifatan - Baik, Takut

b)

K.A Warna - Merah, Hijau

c)

K.A Ukuran - Panjang, Kecil

d)

K.A bentuk - Pendek, Besar

18.

Pelajar lelaki berkeras tidak mahu duduk rapat dengan pelajar perempuan semasa orientasi kerana ingin menjaga batas-batas pergaulan.

a)

K.A Pancaindera

b)

K.A Cara

c)

K.A Jarak

d)

K.A Ukuran

19.

Pilih penggunaan kata adjektif (diikuti kata penguat) yang betul.

a)

Pemain bola itu bermain bola sepak dengan tersangat lincah sekali.

b)

Setelah tamat belajar, para pelajar berasa sangat rindu akan kenangan-kenangan zaman persekolahan mereka.

c)

Pelajar 5 Newton mendapat markah bahasa Melayu tertinggi sekali dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

d)

Pelajar yang mendapat markah paling tinggi sekali akan diberikan baucar makan di Mc Donald.

20.

Apabila terdengar sahaja suara azan, semua pelajar asrama akan berjalan ke surau dengan cepat kerana ingin mendapatkan pahala saf pertama.

a)

K.A Jarak

b)

K.A Waktu

c)

K.A Perasaan

d)

K.A Cara