wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah _______________ meleleh di kakinya.

a)

cair

b)

putih

c)

pekat

d)

merah

2.

Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

3.

Buah-buahan tempatan sungguh ____________ dan berpatutan pula harganya.

a)

kelat

b)

enak

c)

manis

d)

masam

4.

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah ______________

a)

tajam

b)

kasar

c)

kesat

d)

tumpul

5.

Air sungai itu ____________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

a)

jernih

b)

hitam

c)

kotor

d)

bersih

6.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku ____________ di dalam poket bajunya.

a)

kecil

b)

tebal

c)

besar

d)

panjang

7.

Cuaca malam ini ______________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

a)

sejuk

b)

damai

c)

panas

d)

nyaman

8.

Pelajar Tingkatan 3 Kelas A sangat _____________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

a)

baik

b)

malu

c)

takut

d)

patuh

9.

Marsya berasa ____________ semasa meraikan hari jadinya.

a)

pilu

b)

mahu

c)

cemas

d)

gembira

10.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _______________ ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

11.

Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ____________

a)

tinggi

b)

besar

c)

kontot

d)

panjang

12.

Amirul berjalan dengan _____________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.

a)

tertib

b)

gopoh

c)

pantas

d)

cermat

13.

Fatimah berasa _____________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.

a)

pilu

b)

gusar

c)

geram

d)

marah

14.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ____________ pemandunya.

a)

kelajuan

b)

kelalaian

c)

keberanian

d)

kesibukan

15.

Motosikal yang dipandu laju itu _____________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

a)

jauh

b)

cepat

c)

dekat

d)

nyaris