wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN KATA NAMA TINGKATAN 2

Total questions: 41

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Rina mengayuh .... ke taman permainan.

a)

kereta

b)

motosikal

c)

basikal

2.

Yang manakah BUKAN kata nama am ?

a)

Siti Aisyah

b)

murid

c)

cikgu

3.

Yang manakah antara berikut adalah contoh kata nama khas?

a)

sekolah

b)

ayah

c)

Hospital Shah Alam

4.
 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
a)
Budak-budak
b)
Kanak-kanak
c)
Pelajar-pelajar
d)
Lelaki-lelaki
5.
Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
a)
poskad
b)
majalah
c)
surat khabar
d)
surat berdaftar
6.
Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
a)
arnab
b)
kucing
c)
kambing
d)
kura-kura
7.
Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
a)
jamban
b)
jejantas
c)
jejari
d)
jambatan
8.
__________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.
a)
Pemandu
b)
Guru
c)
Juruterbang
d)
Pramugari
9.
Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
a)
lompatan
b)
kegembiraan
c)
kemeriahan
d)
kesenangan
10.
_________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas
yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
a)
Jurucakap
b)
Juruhebah
c)
Juruacara
d)
Jurukamera
11.
Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia?
a)
Buku
b)
Bulu
c)
Burung
d)
Batu
12.
Acer
a)
Kata nama am
b)
Kata nama khas
13.
Selat Pulau
a)
Kata nama khas
b)
Kata nama am
14.

Kenal pasti tiga kata sendi nama.

a)

daripada

b)

kepada

c)

sambil

d)

di

e)

tetapi

15.

Kek itu dibuat ____________ pisang.

a)

dari

b)

daripada

16.

Ali menaiki basikal ____________ sekolah.

a)

ke

b)

di

17.

Ayah memberikan duit _____________ Mariam.

a)

kepada

b)

untuk

18.

Amin tidur _____________ pukul 10:00 malam hingga 6:30 pagi.

a)

daripada

b)

dari

c)

pada

19.

Ibu membeli kerang _________ pasar tani.

a)

ke

b)

di

c)

dari

20.

Ayah pergi _____ pejabat dengan menaiki kereta.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

ke

21.

Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

22.

Buku itu dibeli oleh abang ________ adik.

a)

kepada

b)

di

c)

untuk

d)

dari

23.

Hadiah itu ___________ suaminya.

a)

ke

b)

dari

c)

daripada

d)

dengan

24.

Puan Noka baru pulang _____________ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

daripada

25.

Pn. Vennila menunggu kepulangan anaknya _____________ pagi hingga ke malam.

a)

pada

b)

bagi

c)

dari

d)

tentang

26.
Antara berikut, manakah kata sendi nama?
a)
cantik
b)
indah
c)
gemuk
d)
di
27.

" Saya selalu bersarapan _______ waktu pagi " kata Vatsala.

a)

kepada

b)

pada

c)

di

d)

dari

28.

Kasut En. Murugan diperbuat __________ kulit buaya.

a)

dari

b)

daripada

29.

I Pekerja itu didakwa di mahkamah kerana membocorkan rahsia syarikat kepada pihak lain.

II Kamarul yang pendendam itu telah membocorkan tayar kereta kawannya.

III Pegawai itu dituduh membocorkan soalan kertas Pentaksiran Tingkatan 3

IV Penculik itu telah berjaya membocorkan diri daripada kepungan pihak polis.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

30.

Encik Amin sentiasa menggalakkan anak-anaknya agar menceburi bidang sukan yang digemari oleh ___________________.

a)

dia

b)

kita

c)

mereka

d)

kami

31.

"Pada pendapat __________________ , bilakah keputusan ujian itu akan diumumkan?" tanya Faizal kepada kawan-kawannya.

a)

kita

b)

kalian

c)

dia

d)

awak

32.

"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kamu

d)

Engkau

33.

"Mudah-mudahan ____________________ akan berjaya dalam peperiksaan UPSR," kata ibu kepada abang.

a)

awak

b)

kamu

c)

kita

d)

anda

34.

"____________________ datang membawa perutusan daripada kerajaan Siam," kata Hang Tuah kepada Sultan Mansur.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Beta

d)

Kami

35.

"Mengapakah tuan puteri bermuram durja? Katakanlah kepada ______________________," kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Intan.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

36.

"Silalah datang ke rumah __________________ pada petang ini," kata Rakshan kepada Palanivell.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

awak

37.

"Nama __________________ Kasturi. Siapakah nama tuan hamba?" tanya pengembara itu.

a)

patik

b)

beta

c)

hamba

d)

kita

38.

Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.

a)

Baginda

b)

Dia

c)

Beliau

39.

Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong- royong esok.

a)

hamba

b)

dia

c)

nya

40.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
41.

" __________mesti makan dengan sopan dan tertib,"kata Cikgu Nasrul kepada murid-muridnya.

a)

Kita

b)

Kalian

c)

Mereka

d)

Kamu