Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara (m/s4-9)

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Kestabilan dan kemakmuran negara kita terhasil daripada maklumat di bawah kecuali...

a)

Kebijaksanaan pemerintah

b)

Kaya hasil bumi dan hasil alam

c)

Kegemilangan kegiatan intelektual

d)

Kedatangan kuasa Barat ke negara kita

2.

Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Manakah peranan lambang kedaulatan bagi sesebuah kerajaan?

a)

Sultan

b)

Pembesar

c)

Penghulu

d)

Kerabat diraja

3.

Berikut merupakan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja kecuali..........

a)

Mentadbir jajahan dan daerah

b)

Menjaga keamanan

c)

Membantu mengekalkan kedaulatan negeri

d)

Dikenali sebagai Penggawa

4.

Sistem pemerintahan di Sarawak terdiri daripada ..................

a)

Sistem Adat

b)

Sistem Kesukuan

c)

Sistem Ketua Kaum

d)

Sistem Ketua Bebas

5.

Sistem pemerintahan di Sabah terdiri daripada ....................

a)

Sistem Adat

b)

Sistem Kesukuan

c)

Sistem Kesultanan

d)

Sistem Ketua Bebas

6.

Antara berikut, yang manakah termasuk dalam kategori undang-undang tidak bertulis?

a)

Undang-undang 99 Perak

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Adat Perpatih

7.

Antara berikut, peranan manakah yang dimainkan oleh Ibu Soko dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Menghafal adat dan asal usul keluarga

b)

Sebagai lambang perpaduan masyarakat

c)

Menjadi pakar rujuk berkaitan undang-undang

d)

Terlibat dalam pemilihan Buapak

8.

Berikut merupakan kepentingan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dalam aspek hubungan luar kecuali.......

a)

Dapat meluaskan pengaruh

b)

Melindungi ancaman musuh

c)

Memajukan ekonomi negeri

d)

Menggubal undang-undang negeri

9.

Antara hasil galian yang memberikan kekayaan kepada negara kita ialah...

a)

Bijih timah

b)

Emas

c)

Gangsa

d)

Getah

10.

Nyatakan dua kaedah melombong yang digunakan di negara kita terutamanya di lembah sungai.

a)

Menjaring

b)

Mengorek

c)

Mendulang

d)

Melampan

11.

Berikut merupakan hasil alam yang banyak terdapat di negara kita kecuali............

a)

Kelapa sawit dan getah

b)

Rotan dan Damar

c)

Kayu gaharu dan cendana

d)

Sirip ikan yu dan mutiara

12.

Apakah hasil daripada kegiatan menenun di Sarawak?

a)

Kain Pua

b)

Membuat perabot

c)

Membuat tikar

d)

Menyulam Selendang

13.

Terdapat pelabuhan-pelabuhan di muara sungai yang strategik yang mengumpul barangan dari timur dan barat seperti pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka.


Siapakah pembesar yang dilantik untuk menguruskan pelabuhan-pelabuhan tersebut?

a)

Sultan

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Syahbandar

14.

Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem sukatan masyarakat Melayu


Kepul

Leng

Kal


Satu kal bersamaan dengan......

a)

Satu leng

b)

Dua leng

c)

Tiga cupak

d)

lima cupak

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Barter?

a)

Mengambil barang

b)

Tukar barang

c)

Membeli barang

d)

Menempah barang

16.

Berikut merupakan matawang timah dan emas yang digunakan dalam urusan perdagangan di Negeri-negeri Melayu kecuali.............

a)

Wang emas Kedah

b)

Duit Kijang

c)

Sen Selangor

d)

Duit pitih Terengganu

17.

Berikut adalah cara mempelajari pendidikan tidak formal, kecuali....

a)

Pendidikan awal dalam institusi keluarga

b)

Pengajian di sekolah agama

c)

Pendengaran cerita lisan

d)

Pendedahan kepada kemahiran-kemahiran

18.

Pelajaran berikut dipelajari dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita.


Burung pipit burung kedidi,

Hinggap di pokok di tepi sawah,

Jika hidup tidak berbudi,

Ibarat pokok tidak berbuah


Pelajaran tersebut dikenal sebagai......

a)

Peribahasa

b)

Pantang larang

c)

Cerita teladan

d)

Pantun

19.

Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan yang diamalkan dalam kalangan negeri-negeri Melayu


Pepatah

Pantang larang

Cerita teladan


Pembelajaran tersebut dipelajari melalui......

a)

Pendidikan pondok

b)

Pendidikan madrasah

c)

Pendidikan tidak formal

d)

Pendidikan formal

20.

Berikut adalah tempat-tempat yang boleh menimba ilmu melalui pendidikan formal, kecuali..

a)

Rumah

b)

Istana

c)

Madrasah

d)

Pondok

e)

Masjid