wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T.4 Bab 1- Langkah Keselamatan di dalam makmal.

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama memakai topeng muka semasa menjalankan eksperimen?

a)

Mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit.

b)

Mengelakkan gas toksik dan bsahan kimia berbahaya memasuki hidung dan mulut.

c)

Mengelakkan percikan bahan kimia ke kulit muka.

d)

Melindungi mata daripada percikan bahan kimia.

2.

Kenyataan manakah menyokong tindakan menyejukkan bangkai tikus selepas dibalut dengan tisu dan dimasukkan ke dalam plastik biobahaya?

a)

Mengelakkan pencemaran bau.

b)

Mengelakkan bangkai diharungi lalat.

c)

Mengelakkan haiwan pemangsa seperti ular memasuki makmal.

d)

Mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya.

3.

Apakah fungsi gogal?

a)

Melindungi muka dari percikan bahan kimia.

b)

Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya.

c)

Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia.

d)

Melindungi kerosakan pada pakaian.

4.

Harris terkena percikan sid sulfurik cair pada matanya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Harris?

a)

Membilas mata dengan pembilas mata.

b)

Mmebilas badan dengan penyiram kecemasan.

c)

Mengelap mata dengan sanitizer.

d)

Menggosok mata dengan perlahan-lahan.

5.

Alat² berikut merupakan alat perlindungan diri yang patut digunakan semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal kecuali,

a)

Kot makmal / laboratory coat

b)

Dosimeter / dosimeter

c)

Topeng muka / face mask

d)

Kasut getah / latex shoes

6.

Pernyataan yang manakah bukan kepentingan memakai sarung tangan semasa melakukan eksperimen

a)

Mengelakkan pencemaran daripada bahan biologi berbahaya

b)

Melindungi luka tangan yang belum sembuh

c)

Memastikan eksperimen dijalankan dengan cepat

d)

Mengelakkan terkena tumpahan bahan kimia atau kultur bakteria

7.

Antara larutan berikut, yang manakah boleh dibuang terus ke dalam singki?

a)

Asid nitrik, pH 5.8

b)

Asid sulfurik, pH 3.2

c)

Kloroform

d)

Natrium hidroksida, pH 9.5

8.

Mengapakah merkuri berbahaya?

a)

Merkuri boleh meresap ke dalam aliran darah

b)

Merkuri boleh meruap ke udara

c)

Merkuri mengakis

d)

Merkuri boleh meletup di udara

9.

Encik Razman telah menjalankan audit alat pemadam api di sebuah sekolah. Perkara yang manakah tidak perlu diaudit?

a)

Tarikh luput

b)

Tarikh pembelian

c)

Jenis pemadam api

d)

Lokasi pemadam api diletakkan

10.

Jenis pemadam api manakah yang patut digunakan oleh Adam jika kebakaran berpunca daripada minyak masak?

a)

Bahan kimia basah

b)

Air

c)

Selimut kebakaran

d)

Serbuk kering

11.

Antara bahan kimia berikut, yang manakah membebaskan gas sengit apabila dipanaskan?

a)

Hidrogen

b)

Klorin

c)

Oksigen

d)

Air

12.

Rajah menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Bagaimanakah alat ini berfungsi?

a)

Menghentikan bekalan oksigen

b)

Mengelap badan apabila terkena api

c)

Mengelap badan apabila terkena api

d)

Mengurangkan asap daripada kebakaran

13.

Apakah yang perlu dilakukan jika termometer di dalam makmal pecah?

a)

Laporkan kepada guru.

b)

Kutip dengan tangan.

c)

Habungi pihak hospital dengan segera.

d)

Sekat tumpahan dengan pasir.

14.

Pemadam kebakaran warna label merah digunakan untuk memadamkan kebakaran melibatkan.............

a)

Bahan pepejal

b)

Bahan pepejal serta cecair atau gas.

c)

Peralatan elektrik.

d)

Memadamkan semua jenis kebakaran.

15.

Kaedah yang betul untuk menggunakan alat pemadam kebakaran terdiri daripada berapa langkah?

a)

2

b)

5

c)

3

d)

4