wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI GERAKAN LINEAR & JATUH BEBAS

Total questions: 18

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Situasi manakah merujuk kepada gerakan linear?

a)

Sebuah kereta bergerak mengelilingi bulatan di jalan.

b)

Memutarkan skru

c)

Seorang peserta sedang berlari bagi acara 100 m dalam suatu garis lurus.

d)

Ali berlari lintang pukang apabila dikejar anjing.

2.

Pernyataan berikut menunjukkan maksud bagi suatu istilah kuantiti fizik.

Apakah kuantiti fizik yang terlibat ?

a)

halaju

b)

pecutan

c)

momentum

d)

laju

3.

Rajah berikut menunjukkan sebuah kereta bergerak dari bandar O ke bandar Q.

Hitungkan sesaran kereta tersebut.

a)

40 km

b)

45 km

c)

50 km

d)

60 km

4.

Rajah berikut menunjukkan empat graf gerakan, P, Q, R dan S.

Graf manakah menunjukkan gerakan dengan halaju seragam ?

a)

P dan R

b)

Q dan R

c)

Q dan S

d)

P dan S

5.

Kedudukan manakah pada graf sesaran-masa berikut menunjukkan objek berada dalam keadaan pegun?

a)

P-Q

b)

Q-R

c)

R-S

d)

P-S

6.

Graf halaju-masa berikut menunjukkan pergerakan sebuah kereta dari kedudukan R ke T.

Manakah pernyataan yang betul tentang gerakan kereta tersebut ?

a)

Kereta mengalami pertambahan halaju sepanjang perjalanan

b)

Kereta bergerak dengan pecutan seragam sepanjang perjalanan

c)

Kereta bergerak dengan halaju seragam dan kemudian mengalami pecutan seragam

d)

Kereta bergerak dengan pecutan seragam dan kemudian mengalami nyahpecutan seragam

7.

Rajah berikut menunjukkan satu graf sesaran – masa bagi seorang pelajar yang berjalan pada satu garis lurus.

Pernyataan manakah menjelaskan tentang gerakan pelajar tersebut dari A ke B.

a)

Pelajar bergerak ke hadapan dengan halaju seragam

b)

Pelajar bergerak ke belakang dengan halaju seragam

c)

Pelajar pegun pada suatu kedudukan

d)

Pelajar bergerak ke hadapan dengan halaju bertambah

8.

Rajah berikut menunjukkan satu graf sesaran – masa bagi seorang pelajar yang berjalan pada satu garis lurus.

Pernyataan manakah menjelaskan tentang gerakan pelajar tersebut dari C ke D ?

a)

Pelajar bergerak ke hadapan dengan halaju seragam

b)

Pelajar bergerak ke belakang dengan halaju seragam

c)

Pelajar pegun pada suatu kedudukan

d)

Pelajar bergerak ke hadapan dengan halaju bertambah

9.

Rajah berikut menunjukkan satu graf sesaran – masa bagi seorang pelajar yang berjalan pada satu garis lurus.

Apakah sesaran pelajar tersebut pada masa, t = 2.0 s ?

(a)  

10.

Rajah berikut menunjukkan satu graf sesaran – masa bagi seorang pelajar yang berjalan pada satu garis lurus.

Berapakah halaju pelajar tersebut pada masa 4 - 6 s ?

(a)  

11.

Pilih pernyataan yang tepat berkenaan jatuh bebas.

a)

Objek jatuh dengan sedikit rintangan

b)

Objek jatuh dengan pecutan yang semakin meningkat

c)

Semua objek jatuh dengan halaju malar

d)

Semua jasad jatuh secara bebas disebabkan daya tarikan graviti sahaja

12.

Apakah yang berlaku kepada gerakan dua biji bola yang berlainan saiz yang jatuh bebas secara serentak dari ketinggian yang sama ?

a)

Bola jatuh dengan pecutan malar

b)

Bola jatuh dengan halaju malar

c)

Bola mengalami halaju berkurang

d)

Bola mengalami pecutan berkurang

13.

Seketul batu di jatuhkan dari tingkat atas suatu bangunan tinggi mengambil masa selama 5 saat sebelum menghempap ke tanah. Berapakah ketinggian bangunan itu? ( Diberi pecutan graviti, g = 9.8 ms-2).

a)

110.5 m

b)

112.0 m

c)

122.5 m

d)

132.0 m

14.

Rajah berikut menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu ayam dalam ruangan satu silinder vakum di makmal sains.

Ramalkan keadaan gerakan kedua-dua duit syiling dan bulu ayam tersebut selepas ia dijatuhkan secara serentak.

a)

Bulu ayam sampai ke dasar silinder lebih awal

b)

Duit syiling sampai ke dasar silinder lebih awal

c)

Duit syiling dan bulu ayam terapung di dalam silinder

d)

Duit syiling dan bulu ayam sampai ke dasar silinder secara serentak

15.

Rajah berikut menunjukkan situasi di mana sebiji bola dilontar ke atas daripada tanah dengan halaju awal 10 ms-1 dan mencapai ketinggian yang sama dengan ketinggian sebatang pokok.

Jelaskan gerakan bola tersebut semasa dilontarkan ke atas.

a)

Bola bergerak ke atas dengan halaju seragam

b)

Bola bergerak ke atas dengan pertambahan halaju

c)

Bola bergerak ke atas dengan nyahpecutan tetap

d)

Bola bergerak ke atas dengan pecutan tetap

16.

Rajah berikut menunjukkan situasi di mana sebiji bola dilontar ke atas daripada tanah dengan halaju awal 10 ms-1 dan mencapai ketinggian yang sama dengan ketinggian sebatang pokok.

Berapakah halaju bola semasa mencapai ketinggian maksimum ?

(a)  

17.

Rajah berikut menunjukkan situasi di mana sebiji bola dilontar ke atas daripada tanah dengan halaju awal 10 ms-1 dan mencapai ketinggian yang sama dengan ketinggian sebatang pokok.

Huraikan gerakan bola tersebut semasa jatuh .

a)

Bola jatuh dengan halaju seragam

b)

Bola jatuh dengan pecutan bertambah

c)

Bola jatuh dengan nyahpecutan tetap

d)

Bola jatuh dengan pecutan tetap

18.

Rajah berikut menunjukkan situasi di mana sebiji bola dilontar ke atas daripada tanah dengan halaju awal 10 ms-1 dan mencapai ketinggian yang sama dengan ketinggian sebatang pokok.

Berapakah ketinggian pokok tersebut ?

Diberi pecutan graviti, g = 9.8 ms-2

* Sila tulis jawapan berserta unit dengan 1 tempat perpuluhan.

(a)