NEW
Font size
WorksheetsKEMAHIRAN SAINTIFIK
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Apakah definisi Kemahiran Saintifik?
Kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan penyiasatan
Kemahiran yang diamalkan semasa dalam kelas
Kemahiran menulis dan membaca dalam kelas
Kemahiran yang diperolehi semasa belajar
Nyatakan jenis-jenis kemahiran saintifik
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Mengira
Berapakah jumlah kemahiran proses sains?
9
10
11
12
Berapakah jumlah kemahiran manipulatif
7
6
5
4
Apakah yang dimaksudkan dengan memerhati?
Mengumpulkan data dalam jadual
Mengumpulkan maklumat menggunakan deria
Merekod maklumat
Mengumpul dan merekod maklumat
Antara berikut, yang manakah bukan organ deria yang digunakan untuk memerhati?
Tangan
Lidah
Hidung
Mata
Apakah kemahiran saintifik yang digunakan dalam situasi pada rajah?
Mengelas
Memerhati
Membuat inferens
Berkomunikasi
Berapakah panjang pensel dalam rajah?
8 cm
7 cm
6 cm
5 cm
Ibu ingin menjahit baju sekolah Ani. Apakah alat yang sesuai digunakan oleh ibu Ani untuk mengukur saiz pinggang Ani?
Pembaris
Pita pengukur
Benang
Klip kertas
Apakah unit pengukuran piawai bagi jisim?
Sentimeter
Gram
Sentimeter padu
Mililiter
Rajah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh seorang murid. Apakah kemahiran proses sains yang terlibat dalam aktiviti di atas?
Berkomunikasi
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mengawal pemboleh ubah
Rajah menunjukkan suatu pengelasan tumbuhan. Apakah ciri yang digunakan untuk mengelaskan tumbuhan-tumbuhan di atas?
M - Batang berkayu , N - Batang tidak berkayu
M - Berdaun , N - Tidak berdaun
M. Tidak berbunga , N - Berbunga
M. Berakar serabut , N - Berakar Tunjang
Rajah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Ramalkan keadaan ikan-ikan selepas beberapa jam.
Ikan-ikan akan mati
Ikan-ikan masih hidup
Ikan-ikan semakin membesar
Bilangan ikan semakin bertambah
Rajah menunjukkan suatu penyiasatan. Apakah pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
Saiz lilin
Saiz balang
Jenis balang
Masa untuk lilin terpadam
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitaran hidup katak. Susun kitaran hidup katak dengan betul mengikut perubahan rupa yang berlaku mengikut masa.
R → P → S → Q
Q → P → R → S
S → R → P → Q
P → R → Q → S
Jadual menunjukkan keputusan bagi suatu penyiasatan. Apakah pola perubahan saiz gelang getah dalam penyiasatan ini?
Bertambah
Berkurang
Tiada perubahan saiz
Berkurang dan bertambah
Rajah menunjukkan satu penyiasatan untuk mengukur kekuatan magnet. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian di atas?
Magnet Q lebih kuat daripada magnet P
Magnet P lebih kuat daripada magnet Q
Magnet P lebih besar daripada magnet Q
Magnet P dan magnet Q boleh menarik jenis semua objek
Ali dan kawan-kawannya diberi tugas untuk memerhati ciri-ciri yang terdapat pada seekor belalang. Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka selepas penyiasatan?
Cabut kaki belalang agar dia tidak boleh melompat
Cabut sayap agar dia tidak boleh terbang
Lepaskan belalang agar dia boleh hidup selamat
Kurung belalang di dalam bekas tertutup
Antara berikut, yang manakah bukan definisi secara operasi bagi pertumbuhan pokok dalam rajah?
Pertambahan saiz pasu
Pertambahan ketinggian pokok
Pertambahan bilangan daun
Pertambahan ukur lilit batang
Maklumat di bawah menunjukkan langkah-langkah mengekperimen.
W - Merancang eksperimen
X - Menjalankan eksperimen dan mengumpul data
Y - Mentafsir data
Z - ...................................................................
Apakah langkah Z?
Membuat kesimpulan
Membuat hipotesis
Membuat inferens
Membuat pelaporan
