NEW
Font size
WorksheetsPengaturcaraan Komputer Tahun 6
Total questions: 13
Worksheet time: 12mins
1. Aturcara komputer merupakan ________
A. set arahan yang tidak wajib diikuti
B. jadual untuk menyelenggara computer
C. set arahan untuk mencapai suatu matlamat
D. set arahan kepada computer untuk melakukan suatu tugasan
2. ________ bermaksud satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer untuk membuat sesuatu.
A. Peranti komputer
B. Program komputer
C. Aturcara komputer
D. Perkakasan komputer
3. Aturcara komputer ditulis oleh _______
A. pereka grafik
B. pengaturcara
C. pelukis pelan
D. jurutera
4. Antara peralatan di bawah, yang manakah tidak mempunyai set arahan komputer?
A. komputer tablet
B. Telefon pintar
C. Pemain DVD
D. Basikal
5. Perkakasan di rumah yang berikut mempunyai aturcara
komputer kecuali
A. Mesin basuh automatik
B. Ketuhar gelombang mikro
C. Peti ais
D. Set pinggan mangkuk
6. Apakah yang membolehkan aturcara komputer pada perkakasan rumah berfungsi?
A. komputer tablet
B. Komputer benam
C. Komputer tangan
D. komputer peribadi
7. Aturcara komputer dalam ________ membolehkan capaian internet dan melakukan pelbagai fungsi interaktif
A. televisyen pintar
B. Pendingin hawa
C. Jam penggera digital
D. ketuhar gelombang mikro
8. Rajah menunjukkan sebuah ketuhar gelombang mikro.
Apakah jeis komputer yang terdapat dalam alat ini yang mempunyai aturcara komputer?
A. komputer benam
B. Komputer tangan
C. Komputer tablet
D. komputer atas meja
9. Apakah aturcara komputer yang terdapat pada mesin basuh elektronik?
I. Menyelaraskan suhu
II. Menentukan cara basuhan
III. Mengesan berat muatan
IV. Menentukan tempoh bilasan
A. I, II dan III
B. Semua di atas
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
10. Aktiviti harian yang manakah tidak memerlukan atur cara komputer untuk melakukannya?
A. Mengimbas kod bar
B. Mencetak dokumen
C. Membeli tiket di mesin layan diri
D. menunggang basikal ke sekolah
11. Susun aturcara komputer pada mesin minuman layan diri dengan betul.
I. Mesin menjatuhkan minuman ke ruang terima
II. Buat pilihan jenis minuman
III. Masukkan duit berdasarkan harga minuman
IV. Tekan butang minuman pilihan
A. I, II, III, IV
B. II, III, I, IV
C. III, II, IV, I
D. IV, II, I, III
12. Danial ingin menggoreng telur. Antara yang berikut, yang manakah urutan aktivi yang paling tepat.
A. Tuangkan minyak, pecahkan telur, panaskan kuali, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring
B. Panaskan kuali, tuangkan minyak, pecahkan telur, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring
C. Pecahkan telur, tuangkan minyak, panaskan kuali, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring
D. Panaskan kuali, pecahkan telur, tuangkan minyak, tunggu hingga telur masak, angkat telur ke piring
13. Bagaimanakah aturcara komputer dihasilkan?
A. menggunakan nombor dan teks
B. Menggunakan aplikasi komputer
C. Menggunakan sistem komputer benam
D. menggunakan bahasa pengaturcaraan
