Font size
WorksheetsPERIBAHASA 3 SPM
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
1. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
Malas berdayung, perahu hanyut.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Biduk lalu, kiambang bertaut.
Seperti mencurah air ke daun keladi.
2. Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
3. Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
barat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Burung terbang dipipiskan lada
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
5. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
"Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin"
Seperti kera mendapat bunga.
Bagai duri dalam daging.
Bagai kumbang putus tali
Seperti abu di atas tunggul
6. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
rataBagaimana contoh begitulah gubahannya
7. Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Makin kaya (berilmu) makin sombong
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
11. Kampung Setia terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup _________________________.
isi dengan kuku
enau dalam belukar
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
12. Pak Amin dan Mak Bedah memastikan anak-anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana bagi mereka ___________________________.
tepuk dada tanya selera
bagaimana acuan begitulah kuihnya
bersatu teguh, bercerai roboh
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
13. Kehidupan Hadi sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaga dia ______________________________
bagai tikus jatuh ke beras
bagai kucing kehilangan anak
bagai intan dengan permata
bagai menatang minyak yang penuh
14. Amir ___________________________ kerana radio yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
15. Keadaan Imran_______menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
16. Faiza dan Farah______kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
17. Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya________.
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
19. Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya_______
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
20. Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkak-bengkok seperti_______.
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
22. Daniel telah pulang ke tanah air selepas merantau di luar negara selama sepuluh tahun.
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.
seperti rusa masuk kampung
seperti ikan pulang ke lubuk
bagaimana acuan begitulah kuihnya
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
23. Sikap Eizlan yang degil dan enggan menerima nasihat daripada peniaga berpengalaman menyebabkannya mengalami kerugian.
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.
orang yang mengantuk disorongkan bantal
garam jatuh di air
seperti rusa masuk kampung
mencurahkan air ke daun keladi
25. Puan Lily _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
membuang garam ke laut
makan hati berulam jantung
menangguk di air keruh
hidup segan, mati tak mahu
24. dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicencang tidak akan putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi
Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................
Menyelam sambil minum air
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Alah bisa tegal biasa
Berikan maksud peribahasa
alah bisa tegal biasa
Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.
Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.
Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.
Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu _______________
Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Jauh perjalanan luas pemandangan
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut.
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ukur baju di badan sendiri
Rambang mata
Menyelam sambil minum air
Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah __________________________
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bagai aur dengan tebing
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.
Nyatakan peribahasa yang sesuai.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Orang mengantuk disorongkan bantal
Seperti cincin dengan permata
Besar pasak dari tiang
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:
Hartawan itu bersikap seperti ______________ kerana mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat untuk mencapai hajat dan matlamatnya.
Rumah siap pahat berbunyi
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Salman menghadapi masalah apabila tinggal serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai perangai macam-macam
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Harapkan pagar, pagar makan padi
Alah membeli, menang memakai
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
