WorksheetsUnit 1 Mengenali Sejarah
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
'Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu'
Adakah pernyataan di atas benar tentang maksud sejarah?
BETUL
SALAH
'Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku'
Siapakah tokoh sejarawan yang memberikan pandangan tentang maksud sejarah ini?
Herodotus
Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Ibnu Khaldun
E.H Carr
'Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah atau sudah berlaku'
Siapakah tokoh sejarawan yang memberikan pandangan tentang maksud sejarah ini?
Herodotus
Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Ibnu Khaldun
E.H Carr
Berikut ialah kepentingan sumber sejarah KECUALI ___________________________.
supaya kita memperoleh maklumat yang tepat tentang sejarah sesuatu peristiwa
supaya kita dapat maklumat tentang sesuatu peristiwa yang berlaku daripada pelbagai sumber
supaya kita dapat mengkaji sejarah sesuatu peristiwa dengan tepat
supaya kita dapat berbangga dan bermegah-megah dengan sumber yang kita peroleh
Antara berikut yang manakah BUKAN sumber primer?
fosil
manuskrip
ensiklopedia
artifak
__________________ ialah hasil ciptaan manusia seperti alat batu, senjata, tembikar dan duit syiling.
artifak
fosil
manuskrip
batu bersurat
Dokumen rasmi mengandungi _______________ tentang sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku.
video
gambar
catatan
lukisan
Sumber sekunder juga dikenali sebagai sumber __________________.
pertama
kedua
ketiga
keempat
Sumber sekunder ialah penulisan yang dihasilkan daripada sumber _____________.
buku
manuskrip
akhbar
asal
Antara berikut, yang manakah BUKAN sumber sekunder?
akhbar
buku
risalah
manuskrip
