NEW
Font size
WorksheetsPengenalan Kepada Kimia
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Antara berikut yang manakah adalah definisi kimia?
Kajian tentang semua galian semula jadi
Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan bahan kimia
Kajian tentang komposisi, sifat dan perubahan dalam jirim
Kajian tentang penukaran bahan kimia tertentu kepada bahan kimia lain
Natrium klorida ialah bahan kimia yang selalu digunakan dalam kehidupan harian. Antara berikut yang manakah natrium klorida?
Kapur
Cuka
Garam makanan
Mononatrium glutamat
Antara bidang kajian berikut, yang manakah tidak memerlukan pengetahuan kimia?
Perikanan
Geologi
Farmasi
Pertanian
Urea adalah salah satu produk industri berasaskan kimia. Antara yang berikut, bidang manakah yang menggunakan urea?
Pembuatan ubat-ubatan
Pembuatan makanan
Pembuatan tekstil
Pembuatan baja
Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan kesan suhu ke atas keterlarutan garam dalam air. Apakah pembolehubah yang bergerak balas dalam eksperimen ini?
Suhu air
Isi padu air
Saiz garam
Jisim garam yang dilarutkan
Antara yang berikut, yang manakah tidak patut dilakukan semasa menjalankan satu penyiasatan saintifik supaya mendapat keputusan yang lebih memuaskan?
Mengubah jenis radas yang digunakan
Mengubah bahan yang digunakan
Mengubah kaedah yang dirancangkan
Mengubah keputusan yang direkodkan
Antara yang berikut, yang manakah adalah tujuan penulisan laporan selepas satu penyiasatan saintifik?
I Mendokumenkan kegagalan
II Berkomunikasi dengan ahli sains yang lain
III Membuat kesimpulan dan menamatkan kajian selanjutnya dalam topik yang sama
IV Menggalakkan perbincangan dengan penyelidik lain
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara sikap-sikap berikut, yang manakah patut diamalkan semasa menjalankan penyelidikan saintifik?
Sistematik
Tamak
Berat sebelah
Mementingkan diri sendiri
Apabila suatu campuran oksigen dan hidrogen dibakar, suatu cecair tidak berwarna terbentuk. Antara yang berikut, yang manakah merupakan inferens berdasarkan pemerhatian itu?
I Oksigen telah bertindak balas dengan hidrogen
II Air terbentuk
III Cecair itu menukarkan kertas kobalt klorida biru menjadi merah jambu
IV Cecair itu mendidih pada 100oC
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Industri berasaskan bahan kimia manakah yang menghasilkan plastik?
Industri minyak kelapa sawit
Industri petroleum
Industri getah asli
Industri bahan kimia tak organik
