NEW
Font size
WorksheetsPENANDA WACANA TAHUN 5
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ______________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja. ______________, dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.
Oleh itu
Selepas itu
Namun begitu
Sudahlah begitu
Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi. ______________, murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
Sebaliknya
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________, jenayah ragut masih kerap berlaku.
Sebelum itu
Kalau begitu
Namun begitu
Di samping itu
Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
Padahal
Di samping itu
Namun demikian
Oleh yang demikian
Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya ._______________, beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.
Justeru
Namun begitu
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Kira-kira lima tahun yang lalu, Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________, dia takut untuk menunggang motosikal.
Sebelum itu,
Namun begitu
Semenjak itu
Bagaimanapun
Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan. _____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
Padahal
Namun begitu
Semenjak
Oleh sebab itu
Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. _________________, melancong dalam negara dapat menjimatkan belanja.
Oleh itu
Biarpun
Selain itu
Namun begitu
Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat cermat. _________________, dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
Sebaliknya
Semenjak itu
Tambahan pula
Sungguhpun begitu
Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan itu _____________ pada musim perayaan.
sebab itu
lebih-lebih lagi
oleh sebab itu
oleh yang demikian
Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu. ___________, hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
Justeru
Namun begitu
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Encik Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau telah dipecat oleh majikannya.
Lantaran itu
Selepas itu
Sebelum itu
Semenjak itu
Berita tentang perletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya. _______________, Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
Biarpun
Namun begitu
Tambahan pula
Bagaimanapun
Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia berjaga. _____________, dia terlena di atas kerusi.
Selain itu
Sebaliknya
Oleh sebab itu
Lebih-lebih lagi
