wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Tunggal dan Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR tentang KATA TUNGGAL

a)

tidak menerima imbuhan

b)

tidak menerima penggandaan

c)

tidak menerima perangkaian

d)

tidak menerima sisipan

2.

Definisi KATA MAJMUK yang tepat ialah...

a)

proses penggandaan kata-dasar

b)

proses menambah imbuhan kepada kata dasar

c)

proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu

d)

proses perangkaian kata

3.

Sila pilih 2 KATA TUNGGAL daripada pilihan kata dibawah.

a)

pinggan

b)

badan air

c)

sukan

d)

selam skuba

4.

Sila pilih 2 KATA MAJMUK.

a)

antarabangsa

b)

campur aduk

c)

ini

d)

murid

5.

Yang mana BUKAN Kata Majmuk

a)

setiausaha

b)

kerjasama

c)

luncur air

d)

sukan

6.

Berikut ialah Kata Tunggal KECUALI...

a)

KERUSI

b)

TANGGUNGJAWAB

c)

SUKAN

d)

SIHAT

7.

Puan Badariah dan suaminya bercadang untuk memelihara _________ itu.

a)

A. anak buah

b)

B. anak emas

c)

C. anak yatim

d)

D. anak tunggal

8.

Melaka memang terkenal sebagai __________ bersejarah

a)

A. balai raya

b)

B. bandar raya

c)

C. bandar baharu

d)

D. bandar lama

9.

Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.

a)

A cahaya mata

b)

B cermin mata

c)

C mata pisau

d)

D matahari

10.

Apakah ejaan penuh bagi perkataan akronim 'halaju'?

a)

had laju

b)

hala laju

c)

hala tuju

d)

halaju

11.

Berikut merupakan jenis akronim cantuman huruf awal perkataan.

a)

UniKL

b)

ADUN

c)

Kugiran

d)

Jenama

12.

taman didikan kanak-kanak

a)

taska

b)

taman

c)

tadika

d)

tabika

13.

Yang manakah bukan Kata Tunggal Tiga Suku Kata?

a)

cahaya

b)

sukan

c)

bahaya

d)

gembira

14.

Universiti, sayembara, mahasiswa merupakan contoh Kata Tunggal Empat Suka Kata atau Lebih.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Daniel dan keluarganya menaiki __________ ketika bercuti ke Sarawak.

a)

kapal kontena

b)

kapal selam

c)

kapal terbang

d)

kapal korek

16.

Perkataan yang dieja dengan betul

a)

guruguru

b)

bersnokel

c)

oksijen

d)

demi agar

17.

taman tema air

a)

kata majmuk

b)

kata tunggal

18.

Sebelum pulang, Ramli ____________ kepada tuan rumah.

a)

minta maaf

b)

minta diri

c)

minta ampun

d)

minta nyawa

19.

Apakah contoh untuk kata majmuk istilah khusus?

a)

Makan angin

b)

Kaji Bumi

c)

Ringan Tulang

d)

Ketua Pustakawan

e)

Kaki Bangku

20.

Yang manakah contoh untuk jenis kata majmuk kiasan?

a)

anak

b)

anak-anak

c)

anak emas

d)

anak perak