wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tingkatan 4 - Kata Terbitan

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kata terbitan?

a)

Bentuk kata yang terbit dari mata turun ke hati.

b)

Bentuk kata yang mengalami proses penggandaan

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan

d)

Bentuk kata yang mesti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2.

Proses pengimbuhan merangkumi kata terbitan kecuali

a)

Awalan

b)

Akhiran

c)

Apitan

d)

Genggaman

3.

Pilih contoh perkataan kata terbitan berapitan kata nama.

a)

kehujanan, kepanasa

b)

kecinaan, keinggerisan

c)

menggunakan, menghiraukan

d)

kedukaan, kelebihan

4.

Pilih contoh perkataan kata terbitan bersisipan yang salah.

a)

jelajah, selerak

b)

telunjuk, seruling

c)

sinambung, sambung

d)

gemilang, gelembung

5.

Berikan contoh sisipan yang betul kecuali

a)

-el- = telunjuk

b)

-in- = linangan

c)

-em- = gemilang

d)

-er- = seruling

6.

Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.

a)

Khairul menghadiahkan ibunya sebentuk cincin.

b)

Alia rajin mensapu sampah di lantai.

c)

Harith sedang mempasang lampu di rumahnya.

d)

Erin rajin membaca buku di perpustakaan.

7.

Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.

a)

Cikgu Shahir tidak pernah mengenepikan anak muridnya.

b)

Program itu banyak mengenengahkan bakat para pelajar.

c)

Para pelajar diminta mengemaskan kelas pada waktu pagi.

d)

Pihak berkuasa telah menghadkan tahap kelajuan kenderaan di lebuh raya.

8.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk _________ produk kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan ke luar negara.

a)

menggerakkan

b)

menguruskan

c)

menambahkan

d)

memasarkan

9.

Duit syiling di dalam tabung itu _________ di atas lantai selepas tabung itu jatuh dan pecah.

a)

bertaburan

b)

bertebaran

c)

berserakan

d)

berlimpahan

10.

Kereta yang dipandu oleh Encik Kumar terbabas lalu ________ ke dalam parit.

a)

tercampak

b)

terhumban

c)

tersasar

d)

terpelanting

11.

Penduduk kampung sedang bergotong-royong ___________ mengacau dodol sempena hari Keluarga.

a)

memasak

b)

menggoreng

c)

mengacau

d)

merebus

12.

Nasihat daripada ibu_______________dapat menjadi panduan kepada abang yang akan memulakan hidup baharu di bandar.

a)

seelok-eloknya

b)

sepatut-patutnya

c)

seboleh-bolehnya

d)

sekurang-kurangnya

13.

Kaki Pak Man ______________ duri semasa dia melalui kawasan ladang kelapa sawit.

a)

tersangkut

b)

tersengat

c)

tertikam

d)

tertusuk

14.

Ayah sedang ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran dengan rumah nenek.

a)

memasang

b)

menebar

c)

melontar

d)

melambung

15.

Penjenayah itu masih ___________ walaupun semua orang tahu dia yang meragut beg tag tangan perempuan itu.

a)

bertanya-tanya

b)

bertapi-tapi

c)

berbisik-bisik

d)

berlengah-lengah

16.

Puan Teoh _____________ tiga periuk nasi kerana rakan-rakannya akan makan tengah hari di rumahnya.

a)

memasak

b)

menanak

c)

merebus

d)

menjerang

17.

Seorang sukarelawan Pasukan Bulan Sabit Merah ______________ seorang pemain bola yang cedera ke luar padang untuk diberikan rawatan.

a)

mengusung

b)

memimpin

c)

mendukung

d)

memapah

18.

Encik Hazwan berasa ___________ ketika berada di luar bilik bersalin.

a)

tercungap-cungap

b)

tertanya-tanya

c)

berdebar-debar

d)

berkobar-kobar

19.

_________________ wajah Aishah berjaya menarik perhatian para juri untuk menobatkan beliau sebagai Ratu Busana Muslimah sempena Minggu Fesyen Islam 2020.

a)

Kesayuan

b)

Kesucian

c)

Keindahan

d)

Keayuan

20.

Pekerja sawit itu sedang _____________ tandan kelapa sawit dengan menggunakan galah.

a)

memetik

b)

mengait

c)

memotong

d)

menarik

21.

Dalam semua latihan ini, terdapat kesalahan tatabahasa. Pilih jawaban pada ruangan yang disediakan.


Aspek sosial juga mempengaruhkan murid merokok. Alasan utama ialah tekanan oleh rakan sebaya.

a)

mempengaruhi

b)

mempengaruh

c)

pengaruh

d)

dipengaruhi

22.

Kebanyakan daripada mereka mencabar oleh rakan untuk merokok.

a)

tercabar

b)

dicabari

c)

dicabarkan

d)

dicabar

23.

Murid yang dilibat biasanya terdorong untuk merokok sebagai syarat wajib sebelum diterima dalam sesuatu kumpulan.

a)

dilibatkan

b)

terlibat

c)

melibatkan

d)

libat

24.

Antara faktor sosial yang lain termasuklah murid mencontoh ibu bapa, penjaga dan saudara-mara yang merokok.

a)

mencontohi

b)

tercontoh

c)

dicontohi

d)

contoh

25.

Penyertaan pelajar itu telah mendapat tentangan daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah melebihi had.

a)

Terlebih

b)

Penentangan

c)

Peserta

d)

Disertakan

26.

Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.

a)

Binaan

b)

Bina

c)

Tergendala

d)

Beberapa

27.

Perompak yang sangat merbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.

a)

Berbahaya

b)

Berdasar

c)

Ditemu

d)

Berkas

28.

Beraneka jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga

a)

Terletak

b)

Terjual

c)

Ditawari

d)

Berpatut

29.

Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.

a)

Kesuntukan

b)

Kesuntukkan

c)

Suntuk

d)

Pelumba

30.

Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.

a)

Petinju

b)

Menumbang

c)

Tumbang

d)

Menumbangkan