wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 1 -BAB 5 T2

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep Alam Melayu.

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu Sehingga ke selatan Thailand. Tokoh manakah yeng mengemukakan pandangan tersebut?

a)

Abdul Hadi Hassan

b)

Prof. Dr Ding Choo Ming

c)

Prof. Emeritus Tan Sri Dato Pendeta (Dr.) Ismail Hussein

d)

Prof. Emeritus Dato, Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

2.

Pada masa kini, Alam Melayu merupakan sebahagian daripada

a)

Asia Selatan

b)

Asia tImur

c)

Asia Barat

d)

Asia Tenggara

3.

Tokoh berikut memberikan pandangan mereka tentang konsep Alam Melayu dari sudut bahasa.

Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar

Sutan Takdir Alisjahbana

Apakah persamaan pandangan tokoh tersebut tentang bahasa di Alam Melayu?

I Bahasa yang serumpun

II Berasal daripada bahasa Indonesia

III Tiada perkaitan dengan bahasa etnik

IV Mempunyai persamaan bunyi sebutannya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Peta menunjukkan lokasi kerajaan awal di Alam Melayu. Kerajaan awal X bermula di Lembah Sungai Mekong. Apakah kerajaan X?

a)

Funan

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Kedah Tua

5.

Maklumat berikut berkaitan sebuah kerajaan awal di Alam Melayu.

Kerajaan ini diasaskan oleh seorang Brahmin.

Kerajaan ini juga terletak di Lembah Sungai Mekong.

Apakah kerajaan tersebut?

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Champa

d)

Srivijaya

6.

Mengapakah peranan Fan Shih Man dianggap penting kepada kerajaan Funan?

a)

Meluaskan empayar

b)

Mengasaskankan kerajaan

c)

Bekerjasama dengan Dai Viet

d)

Berperang dengan tentera Chenla

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Alam Melayu

-Berjaya mengatasi ancaman Dai Viet

-Mendapat pengiktiraan daripada Dinasti Ming(China)

Apakah kerajaan tersebut?

a)

Angkor

b)

Champa

c)

Majapahit

d)

Gangga Negara

8.

Senarai berikut menunjukkan kerajaan Alam Melayu.

-Kerajaan Funan

-Kerajaan Srivijaya

Apakah faktor kemerosotan kerajaan tersebut?

a)

Penentangan rakyat

b)

Serangan tentera luar

c)

Kelemahan pemimpin

d)

Kemelesetan ekonomi

9.

Apakah sumbangan Patih Gajah Mada terhadap kerajaan Majapahit?

a)

Mengekalkan keamanan negeri

b)

Membina sistem pengairan

c)

Memperkukuh kegiatan agama

d)

Memodenkan pentadbiran kerajaan

10.

Kerajaan Kedah Tua merupakan kerajaan Alam Melayu yang masyur. Apakah faktor kemasyuran kerajaan tersebut?

I Kepadatan penduduk

II Kegiatan keintelektualan

III Kedudukan yang strategik

IV Kemajuan kegiatan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Kerajaan Gangga Negara muncul pada abad keenaam. Apakah keunikan kerajaan tersebut?

I Kekayaan hasil bumi

II Peranan sebagai pusat ilmu

III Menerima pengiktirafan India

IV Mempertahankan kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Kerajaan Alam Melayu manakah yang sezaman dengan empayar berikut?

Empayar Rom

Empayar Parsi

Empayar Kushan

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Champa

d)

Majapahit

13.

Bagaimanakah agama Hindu disebarkan di Alam Melayu?

I Pedagang

II Rakyat biasa

III Kerabat di raja

IV Golongan Brahmin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Funan terpaksa menghadapi ancaman daripada Dai Viet. Bagaimanakah Funan menangani ancaman tersebut?

a)

Mengambil askar upahan

b)

Membina kubu pertahanan

c)

meminta bantuan dari China

d)

Menghantar utusan ke Dai Viet

15.

Pernyataann di bawah berkaitan dengan hubungan Alam Melayu dengan China.

Abad ke 12 : Angkor menghantar utusan ke China

Abad ke 7 : Kedah Tua menghantar utusan ke China

Apakah persamaan tujuan utusan tersebut?

a)

Memohon kerjasama

b)

Memperkukuhkan ekonomi

c)

Memelihara kemerdekaan

d)

Menjalin hubungan keagamaan

16.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan Angkor.

Menghantar utusan ke India pada abad ke 12.

Mengapakah kerajaan Angkor melaksanakan usaha tersebut?

a)

Mendapatkan pengiktirafan

b)

Memperkukuhkan kegiatan agama

c)

Memohon bantuan kewangan

d)

Mengeratkan hubungan persahabatan

17.

Apakah bentuk hubungan yang dijalinkan antara kerajaan awal di Alam Melayu dengan kerajaan luar seperti China dan India?

I Hubungan diplomatik

II Hubungan perdagangan

III Hubungan keagamaan

IV Hubungan kekeluargaan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan amalan kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu?

I. Animisme

II. Dinamisme

III. Buddhisme

IV. Hinduisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu.

'Kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia'

Apakah kepercayaan awal tersebut?

a)

Animisme

b)

Dinamisme

c)

Buddhisme

d)

Hinduisme

20.

Candi Buddha berikut telah dibina oleh masyaraskat kerajaan Alam Melayu.

'Candi Go Chay Ti'

Kerajaan manakah yang terlibat dalam pembinaan candi tersebut?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

21.

2.1 Sistem pemerintahan:

Sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu ialah sistem beraja. Sistem beraja pula terbahagi kepada dua, iaitu:

I. Pusat

II. Sosial

III. Ekonomi

IV. Wilayah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Kerajaan Funan dibahagikan kepada 7 wilayah. Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?

a)

Putera Raja

b)

Pembesar pusat

c)

Golongan agama

d)

Golongan tentera

23.

Maklumat berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh Raja dalam kerajaan Alam Melayu.

-Kurung Bnam

-Rajadhiraja

-Cakravatin

Kerajaan yang manakah menggunakan gelaran tersebut?

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Champa

d)

Srivijaya

24.

Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci.

a)

Dikaitkan dengan Dewa Siva

b)

Dibantu oleh golongan hamba

c)

Dilantik mengetuai pentadbiran

d)

Dianggap sebagai ketua kerajaan

25.

Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai Baray. Apakah fungsi Baray.

a)

Menyimpan air

b)

Menyimpan beras

c)

Memperkukuhkan pertahanan

d)

Memajukan sistem pengangkutan

26.

Senarai berikut menunjukkan sungai utama di Pulau Jawa.

-Sungai Brantas

-Sungai Bengawan Solo

Apakah fungsi sungai tersebut kepada kerajaan Majapahit?

a)

Mengairi sawah padi

b)

Meningkatkan kesuburan tanah

c)

Memajukan aktiviti perdagangan

d)

Meningkatkan sistem perhubungan

27.

Mengapakah tanaman padi menjadi keutamaan dalam bidang pertanian di Malaysia.

a)

Padi dijual secara komersial

b)

Makanan ruji penduduk Alam Melayu

c)

Menjadi barangan tukaran terpenting pedagang

d)

Menjana pendapatan kepada penduduk Alam Melayu.

28.

Gaharu merupakan hasil hutan yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing .Apakah kegunaan hasil hutan tersebut?

I. Bahan Bakar

II. Bahan pewarna

III. Bahan pewangi

IV. Bahan perubatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Masyarakat Kerajaan Funan dan ANgkor terkenal dengan kemahiran membuat barang perhiasan. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat barang perhiasan tersebut?

a)

Rotan

b)

Bijih besi

c)

Kapur barus

d)

Gading Gajah

30.

Pernyataan berikut menunjukkan agama di sebuah kerajaan Alam Melayu.

'Masyarakat kerajaan Gangga Negara menganut agama Buddha'

Antara berikut, apakah yang membuktikan pernyataan tersebut?

a)

Candi Po Nagar

b)

Candi Dong Duong

c)

Candi Muara Jambi

d)

Patung Avalokitesvara

31.

Agama Islam telah berkembangg pesat di Pasai pada abad ke 13. Kedatangan Agama ISlam tersebut berlaku semasa pemerintahan?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Sultan Zainal Abidin

c)

Sultan Malik al Saleh

d)

Sultan Mahmud Syah

32.

Antara berikut, apakah yang mempengaruhi penggunaan istilah 'sultan' dalam kalangan pemerintah kerajaan Alam Melayu.

a)

kedatangan Agama Islam

b)

Penyebaran agama Hindu

c)

Penyebaran agama Buddha

d)

Pengaruh kerajaan alam Melayu yang lain.

33.

Raja boleh dipilih daripada golongan tentera. Antara berikut kerajaan Alam Melayu manakah yang melakukan amalan tersebut?

I. Funan

II. Champa

III. Angkor

IV. Kedah Tua

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Gambar berikut menunjukkan kawasan tanah tinggi di Kedah.

Apakah kepentingan gunung tersebut terhadap Kerajaan Kedah Tua.

a)

Pusat pentadbiran kerajaan

b)

Pusat peleburan bijih besi

c)

Pusat perdagangan utama

d)

Petunjuk kepada pedagang

35.

Mengapakah pelabuhan entrepot penting kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Pusat pentadbiran kerajaan Alam Melayu

b)

Pusat pertemuan para pedagang dari timur dan barat

c)

Pelabuhan persinggahan yang membekalkan bahan dagangan

d)

Pusat pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan

36.

Parameswara memilih muara sungai Bertam untuk membina kerajaan.Apakah nama lain bagi Sungai Bertam?

a)

Sungai Klang

b)

Sungai Muar

c)

Sungai Linggi

d)

Sungai Melaka

37.

Rajah di bawah berkaitan dengan pemilihan lokasi untuk membentuk kerajaan oleh Parameswara.

X ----- Pusat Pentadbiran

Apakah X sebelum menjadi pusat kerajaan?

a)

Pelabuhan

b)

Kubu pertahanan

c)

Perkampungan Nelayan

d)

Pusat Pengumpulan Barang

38.

Apakah kepentingan kedudukan Melaka yang terletak di laluan perdagangan utama antara timur dan barat?

a)

Penduduk tempatan bertambah

b)

Aktiviti pertanian semakin maju

c)

Dapat mengawal laluan kapal dagang

d)

Memudahkan tentera mengatur serangan

39.

Pokok ini merupakan pelindung semula jadi terhadap pertahanan Kota Melaka. Namakan pokok ini.

(a)  

40.

Antara berikut, tumbuhan manakah yang berfungsi sebagai benteng pertahanan Kota Melaka?

I. Pokok Ru

II. Pokok Bakau

III. Pokok api-api

IV. Pokok ketapang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV