wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Science Year 6 (All Chapter)

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud "Pemboleh ubah Bergerak balas"?

a)

Parameter yang berubah / diubah-ubah

b)

Parameter yang ditetapkan / sama

c)

Parameter yang diukur / hasil eksperimen

d)

Parameter yang boleh diabaikan

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan sebuah hipotesis?

a)

Adakah haba mempengaruhi jenis objek?

b)

Objek panas mengeluarkan haba.

c)

Semakin panas sesuatu objek, semakin bertambah suhunya.

d)

Haba ialah sejenis objek.

3.

Berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan semasa berada di dalam Bilik Sains KECUALI :

a)

Menggunakan bahan yang boleh terbakar tanpa pengawasan guru.

b)

Memastikan Bilik Sains dalam keadaan bersih dan teratur sebelum meninggalkannya.

c)

Merawat sendiri apabila terluka semasa menjalankan eskperimen.

d)

Membuang sisa bahan berbentuk pepejal ke dalam sinki.

4.

Penguin boleh hidup di kawasan yang beriklim sejuk kerana

a)

Mempunyai lapisan lemak yang tebal

b)

Mempunyai bonggol di belakang badannya

c)

Mempunyai lapisan lemak yang nipis

d)

Mempunyai saiz badan yang besar

5.

Kemandirian spesies haiwan penting untuk mengelakkan spesiesnya pupus. Bagaimanakah haiwan mengekalkan spesiesnya?

a)

Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain

b)

Tidur

c)

Beranak dan bertelur

d)

Makan

6.

Pengguna primer dalam siratan makanan merupakan

a)

Tumbuh-tumbuhan

b)

Haiwan yang makan tumbuh tumbuhan

c)

Cahaya matahari

d)

Habitat

7.

Mengapakah tumbuhan ini tidak memerlukan air yang banyak?

a)

Kerana tidak berbuah

b)

Kerana mempunyai batang yang berwarna hijau

c)

Kerana mempunyai batang yang boleh menyimpan air

d)

Mempunyai bunga yang mengeluarkan air

8.

Nyatakan agen pencaran biji benih dalam gambar

a)

melalui air

b)

melalui angin

c)

melalui mekanisma letupan

d)

melalui manusia dan haiwan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?

a)

Tenaga ialah kebolehan membuat kerja

b)

Tenaga ialah makanan yang dimakan

c)

Tenaga ialah kekuatan kita

d)

Tenaga ialah kesihatan kita

10.

Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila lampu suluh dinyalakan?

a)

Tenaga kimia ---> Tenaga elektrik ---> tenaga haba + tenaga cahaya

b)

Tenaga haba ---> tenaga cahaya ---> tenaga bunyi

c)

Tenaga elektrik ---> tenaga bunyi ---> tenaga cahaya

d)

Tenaga kimia ---> tenaga cahaya

11.

Apakah maksud tenaga yang tidak boleh dibaharui?

a)

Tenaga yang sentiasa ada

b)

Tenaga yang tidak boleh diganti

c)

Tenaga yang akan habis digunakan suatu hari nanti

d)

Tenaga yang tidak wujud

12.

Antara penyataan dibawah, yang manakah BUKAN tentang sifat cahaya?

a)

Boleh dibiaskan

b)

Bergerak lurus

c)

Boleh menyalakan api

d)

Boleh dipantulkan

13.

Pilih bagi fenomena pembiasan cahaya yang betul

Choose correct phenomenon of refraction of light

a)
b)
c)
d)
14.

Jika sebiji sel kering dalam litar ditambah lagi, ramalkan apa yang berlaku?

a)

Nyalaan mentol semakin cerah

b)

Nyalaan mentol tetap sama

c)

Nyalaan mentol semakin malap

d)

Mentol tidak menyala

15.

Unit untuk menyukat suhu ialah.....

a)

sentimeter padu (cm3)

b)

darjah celsius (oC)

c)

mililiter (ml)

d)

meter sesaat (ms-1)

16.

Apakah yang akan terjadi kepada saiz belon tersebut jika botol diletakkan ke dalam besen yang berisi air panas?

a)

mengecut

b)

mengembang

c)

tidak berubah

17.

Jirim wujud dalam 3 keadaan berikut, KECUALI

a)

Pepejal

b)

Cair dan Pekat

c)

Cecair

d)

Gas

18.

Apakah proses yang terlibat dalam situasi yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

peleburan

b)

penyejatan

c)

pembekuan

d)

pendidihan

19.

Sifat kimia bahan berasid ialah_______________

a)

rasa manis

b)

rasa masam

c)

rasa pahit

d)

rasa tawar , masin, manis

20.

Sifat kimia bahan beralkali ialah_______________

a)

rasa manis

b)

rasa masam

c)

rasa pahit

d)

rasa tawar , masin, manis