Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 - Kemahiran Saintifik Oleh Cikgu Zizan

Total questions: 12

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

a)

Memerhati

b)

Mengelas

c)

Membuat Inferens

2.

Akif, Irfan dan Aariz ditugaskan untuk mengumpulkan bahan berasid, beralkali dan neutral. Apakah kemahiran yang mereka gunakan berdasarkan carta di atas?

a)

Memerhati

b)

Mengelas

c)

Membuat inferens

3.

Yang manakah kedudukan mata yang betul untuk Adam mengukur panjang pensel?

a)

A

b)

B

c)

C

4.

Dhiya dan Alya menjalankan penyiasatan seperti di atas, poko dibiarkan di luar, selepas 3 hari pokok didapati mati, berikan inferens anda ....

a)

Kerana pokok tidak mendapat air

b)

Kerana pokok tidak mendapat udara

c)

Kerana pokok tidak mendapat cahaya Matahari

5.

Rajah 2 menunjukkan seekor arnab yang diberikan daging dan lobak merah. Antara ramalan berikut, yang manakah benar?

a)

Arnab akan makan daging

b)

Arnab akan makan lobak merah

c)

Arnab akan makan kedua-dua daging dan lobak merah

6.

Arnaini membina carta palang hasil penyiasatan Luqman dan Alief, apakah kemahiran mempersembahkan maklumat yang ditunjuk Arnaini?

a)

Berkomunikasi

b)

Mentafsir data

c)

Mengawal pembolehubah

7.

Fasihah dan Anis mengkaji tentang kemahiran menggunakan ruang dan masa ke atas ais, apakah dapatan mereka?

a)

Apabila masa bertambah, warna ais bertukar

b)

Apabila masa bertambah, bentuk ais menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil

8.

Berdasarkan data yang ditunjukkan di carta palang. Apakah pola bilangan kes keracunan makanan dari tahun 2010 - 2014? ( mentafsir data )

a)

Bertambah

b)

Berkurang

c)

Tidak berubah

9.

Jasmine membantu Taufiq menjalankan ujikaji berkaitan kekuatan magnet. Apakah definisi secara operasi tentang kekuatan magnet?

a)

Kekuatan magnet ialah jenis magnet yang digunakan

b)

Kekuatan magnet ialah bilangan paku yang ditarik oleh magnet

10.

Berdasarkan jadual di atas, bantu Nurrish untuk mengenalpasti pemboleh ubah bergerak balas ( diperhatikan )?

a)

Bilangan hari

b)

Bilangan daun pokok keembung

c)

Jenis pokok keembung

11.

Adlina dan Ain menjalankan penyiasatan tentang pemanjangan spring. Apakah hipotesis yang boleh dinyatakan mereka?

a)

Jika panjang spring bertambah, bilangan beban bertambah

b)

Jika jisim beban bertambah, maka panjang spring bertambah

12.

Setelah Hazzim menjalankan eksperimen dan membuat kesimpulan, apakah aktiviti yang terakhir dalam mengeksperimen?

a)

Menyatakan persoalan bagi suatu masalah

b)

Menentukan kaedah dan alat radas

c)

Membuat pelaporan