Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS F5 KSSM PEL 7 Melakukan Tranformasi dalam Kehidupan

Total questions: 7

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian Malaikat ialah

a)

Makhluk yang diciptakan daripada cahaya, dapat dicapai oleh pancaindera manusia, dan mampu menyerupai makhluk yang lain.

b)

Makhluk yang diciptakan daripada cahaya, tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia, dan mampu menyerupai makhluk yang lain daripada rupa asal mereka.

c)

Makhluk yang diciptakan daripada cahaya, tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT hingga hari akhirat.

d)

Makhluk yang diciptakan daripada tanah, tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia, dan mampu menyerupai makhluk yang lain daripada rupa asal mereka.

2.

Berikut adalah BENAR tentang tugas-tugas Malaikat, KECUALI:

a)

Bertasbih kepada Allah

b)

Memikul Arasy

c)

Patuh kepada perintah Allah

d)

Menjadi khalifah di bumi

3.

"TRANSFORMASI" bermaksud:

a)

perubahan bentuk sama dari segi sifat, rupa, keadaan dan sebagainya.

b)

penambah baikan daripada yang buruk kepada yang lebih baik.

c)

peredaran masa dari dahulu sehingga kini yang mengambil kira faktor sekeliling.

d)

perubahan yang membawa mudarat dan kesan sampingan yang negatif kepada fizikal dan rohani.

4.

Pilih konsep perubahan yang bertepatan dengan ayat di atas.

a)

Memulakan daripada kalangan ketua sesebuah masyarakat.

b)

Segera dilaksanakan tanpa bertangguh atau berlengah-lengah.

c)

Dilakukan kerana mengharapkan balasan dan ganjaran duniawi.

d)

Dilakukan hanya sekali seumur hidup.

5.

Manakah pernyataan TIDAK BENAR tentang kepentingan ikhtiyar dan usaha dalam melakukan perubahan hidup.

a)

Mewujudkan masyarakat yang saling bantu-membantu antara satu sama lain.

b)

Mengelak timbulnya sifat berputus asa dalam diri

c)

Menzahirkan rasa syukur dengan ketentuan Allah berdasarkan usaha yang dilakukan.

d)

Meruntuhkan ekonomi negara hasil perubahan taraf hidup masyarakat

6.

Manakah BENAR tentang STRATEGI dan USAHA terbaik untuk meningkatkan kualiti hidup;

a)

Meningkatkan taraf hidup manusia ke arah lebih positif.

b)

Menaiktaraf ekonomi negara hasil daripada peningkatan taraf hidup masyarakat.

c)

Melakukan perubahan yang ringan, bersesuaian dengan bakat dan kemampuan diri.

d)

Memulakan perubahan pada diri sendiri terlebih dahulu, sebelum mengajak orang lain untuk berubah.

7.

Manakah BUKAN PENGAJARAN AYAT bagi ayat 11, surah al-Ra'du;

a)

Manusia hendaklah mempercayai bahawa Allah menugaskan para malaikat untuk mengawasi manusia pada setiap masa supaya tidak mudah melakukan dosa dan larangan-Nya.

b)

Islam menuntut umatnya untuk berubah dan berusaha bersungguh-sungguh demi kebahagian di dunia dan akhirat.

c)

Kita hendaklah mengubah nasib kita sendiri dengan melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

d)

Kita hendaklah menyakini kebesaran dan keadilan Allah kerana Allah telah menjanjikan balasan baik kepada hamba-Nya yang berusaha.