Worksheets31 Januari 2021 ASK T1A/ 1B
Total questions: 18
Worksheet time: 18mins
Name
Class
Date
1.
Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan _________________ sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _____________.
a)
komputer; menyelesaikan; pemikiran
b)
pemikiran; menyelesaikan; komputer
c)
pemikiran; menyelesaikan; mesin
d)
menyelesaikan; pemikiran; mesin
2.
Manakah antara yang berikut, contoh pemikiran komputasional?
a)
Merancang sendiri laluan (jalan), apabila hendak berjumpa dengan rakan
b)
Apabila hendak berjumpa dengan rakan, cari mereka disekitar sehingga berjumpa dengan mereka.
c)
Apabila hendak berjumpa rakan, bertanyakan kepada ibu bapa untuk merancang laluan (jalan) kepada kamu.
3.
Manakah antara yang berikut, BUKAN contoh pemikiran komputasional?
a)
Membiarkan rakan anda untuk membuat keputusan ke mana kamu semua perlu pergi.
b)
Mempertimbangkan pilihan yang berbeza-beza secara berhati-hati sebelum memutuskan pilihan manakah yang terbaik.
c)
Berbincang dengan rakan, masa dan wang yang diperlukan sebelum membuat pilihan daripada senarai yang telah dibuat.
4.
Untuk menghasilkan sesuatu program komputer yang berjaya, berapakah kebiasaannya teknik pemikiran komputasional yang diperlukan?
a)
Dua
b)
Empat
c)
Tiga
5.
mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional?
a)
membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah
b)
membolehkan kita memahami cara komputer menyelesaikan masalah
c)
membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian
d)
membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik
6.
Kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan pemikiran komputasional ialah kemahiran
a)
berfikir secara logik dan kritis
b)
berfikir secara logik dan membina komputasional
c)
berfikir secara logik dan membina algoritma
d)
berfikir secara logik dan membina struktur
7.
"proses menyelesaikan masalah manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya menggunakan asas sains komputer". Ini sesuai merujuk kepada
a)
pemikiran penyelesaian masalah
b)
pemikiran sains komputer
c)
pemikiran komputasional
d)
pemikiran dibantukan komputer
8.
apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?
a)
menambahkan maklumat pada setiap bahagian yang kecil supaya lebih rumit
b)
memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan
c)
menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama
d)
memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-masalah tersebut.
9.
apakah yang dimaksudkan pengecaman corak?
a)
memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil
b)
membina model dari corak
c)
melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama
d)
melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek
10.
apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan?
a)
mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam satu perkara
b)
satu proses mengenal pasti ciri-ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah
c)
satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara
d)
proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalma sesuatu masalah
11.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Leraian (Decomposition)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
12.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
13.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Peniskalaan (Abstraction)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
14.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Pengitlakan (Generalisation)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
15.
Mengutamakan perkara-perkara penting dalam sesuatu masalah dan meninggalkan perkara-perkara yang kurang penting.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Leraian
c)
Teknik Pengecaman corak
d)
Teknik Pengitlakan
16.
Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Pengecaman corak
c)
Teknik Leraian
d)
Teknik Pengitlakan
17.
Membina model berdasarkan corak-corak yang telah dikenal pasti daripada beberapa masalah yang serupa.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
18.
Persamaan-persamaan yang terdapat beberapa masalah atau dalam masalah yang sama.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman corak
c)
Teknik Pengitlakan
d)
Teknik Peniskalaan
100 %
