wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK F4 2.1 Gerakan Linear

Total questions: 15

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Seekor lembu mengambil masa selama 120 s untuk berjalan sepanjang lintasan melengkung dari P ke Q sejauh 240 m. Jarak lintasan terdekat yang dilalui oleh lembu adalah 70 m. Berapakah purata halajunya?

a)

0.22 m s-1

b)

0.44 m s-1

c)

0.75 m s-1

d)

1.50 m s-1

2.

Rajah menunjukkan laluan yang dilalui oleh sebuah kereta dari P ke S. Berapakah magnitud sesaran kereta tersebut?

a)

11 km

b)

7 km

c)

5 km

d)

2 km

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan halaju?

a)

Kadar perubahan sesaran

b)

Kadar perubahan jarak

c)

Perubahan lokasi terhadap sesaran

d)

Perubahan jarak terhadap masa

4.

Pecutan sesuatu objek yang bergerak secara mendatar tidak dipengaruhi oleh?

a)

graviti

b)

jisim

c)

masa

d)

perubahan halaju

5.

Sebuah kereta dikatakan mengalami pecutan berkurang apabila?

a)

halajunya tidak berubah

b)

halajunya semakin berkurang

c)

gerakannya berlawanan arah

d)

pertambahan halajunya semakin kecil

6.

Sebuah kereta bergerak pada 24 m s-1 diperlahankan apabila lampu isyarat bertukar merah. Selepas mengalami nyahpecutan selama 4 s, ia berhenti di hadapan lampu isyarat. Hitung nyahpecutannya.

a)

3 m s-2

b)

6 m s-2

c)

9 m s-2

d)

12 m s-2

7.

Berapakah tempoh masa bagi satu detik sebuah jangka masa detik yang berfrekuensi 40 Hz?

a)

0.020 s

b)

0.025 s

c)

0.030 s

d)

0.035 s

8.

Rajah menunjukkan satu keratan pita detik bagi pergerakan sebuah kereta mainan dengan pecutan seragam. Frekuensi jangkamasa detik yang digunakan ialah 50 Hz. Hitung pecutan kereta mainan tersebut.

a)

142.86 m s-2

b)

125.00 m s-2

c)

80.20 m s-2

d)

10.00 m s-2

9.

Rajah menunjukkan susunan keratan pita detik pada sekeping kertas graf. Bentuk susunan pita detik itu menunjukkan gerakan troli menuruni sebuah landasan. Apakah bentuk gerakan troli tersebut?

a)

pecutan seragam

b)

halaju seragam

c)

pecutan bertambah

d)

halaju bertambah

10.

Rajah menunjukkan dua keratan pita detik bagi gerakan dua troli P dan Q. Kenyataan yang manakah benar?

a)

kedua-dua troli mengalami halaju yang bertambah

b)

Troli Q mengalami pecutan seragam

c)

Pecutan kedua-dua troli adalah sama

d)

masa pergerakan bagi troli Q lebih lama

11.

Rajah menunjukkan carta pita detik bagi gerakan sebuah troli. Frekuensi jangka masa detik yang digunakan ialah 50 Hz. Hitung pecutan troli tersebut.

a)

25.0 m s-2

b)

12.5 m s-2

c)

10.4 m s-2

d)

6.5 m s-2

12.

Sebuah kereta bergerak dengan halaju seragam 110 km h-1 memperlahankan gerakannya apabila melalui satu selekoh. Kereta itu kemudiannya berhenti di sebuah stesyen minyak. Apakah halaju akhir kereta tersebut?

a)

0 km h-1

b)

55 km h-1

c)

110 km h-1

d)

-110 km h-1

13.

Danial memandu keretanya pada halaju malar 20 m s-1. Dia memijak brek kereta untuk mengurangkan halajunya kepada 10 m s-1 selepas bergerak 30 m. Hitung nyahpecutannya.

a)

0.6 m s-2

b)

1.8 m s-2

c)

2.5 m s-2

d)

5 m s-2

14.

Sebuah dart meninggalkan batang paip sepanjang 1.2 m dengan kelajuan 15 m s-1 apabila ditiup. Hitung masa yang diambil ketika ia bergerak di dalam batang paip tersebut.

a)

0.16 s

b)

0.61 s

c)

0.32 s

d)

1.22 s

15.

Dalam aktiviti kelas, Yung Jin berjalan 5 m ke timur. Kemudian dia patah balik sejauh 2 m. Selepas itu dia patah balik lagi sebanyak 1 m. Hitung jarak yang dilaluinya.

a)

8 m

b)

5 m

c)

3 m

d)

0 m