NEW
Font size
WorksheetsKata Nama dan Kata Ganti Nama
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
orang
haiwan
makhluk
ternakan
"________________ tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat," kata Amin setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.
Kami
Saya
Beta
Hamba
Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
hati
ubat
gula
garam
Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
dalam
bawah
tengah
atas
Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan __________.
Malaysia
Korea
Jepun
China
Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
jejantas
jambatan
lapangan
bangunan
Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
ribut
hujan
angin
panas
Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.
pasar
pejabat
hospital
bengkel
__________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
Kuih
Lauk
Sayur
Barang
__________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa
Pembangunan.
Tun Abdul Razak
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dato' Abdullah Haji Ahmad Badawi
Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
pelajaran
pertanian
perubatan
pendidikan
Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
tulisan
catatan
lembaran
ringkasan
Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________ kemerdekaan tanah air.
pejuang
pembela
penjajah
penjenayah
"_________ mahu semua rakyat bersatu padu dalam membangunkan negara ini," titah Yang Dipertuan Agong.
saya
Baginda
Patik
Beta
Encik Amin sentiasa menggalakkan anak-anaknya agar menceburi bidang sukan yang digemari oleh ___________________.
dia
kita
mereka
kami
"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.
Kita
Anda
Kamu
Engkau
"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.
mereka
beta
kalian
beliau
Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.
Dia
Baginda
Kita
Beliau
Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.
Baginda
Beliau
Dia
Mereka
Sebagai Ketua Polis Negara, ______________ Abdul Hamid Bador mengarahkan anggota polis membuat sekatan jalan raya untuk mencari banduan yang lari dari penjara petang semalam.
Saudara
Tuan
Cik
Tuanku
"Mari _________ tolong budak lelaki yang jatuh basikal itu," kata Imran kepada Mei Lan.
saya
kita
dia
kamu
Ibu bapa yang peka tentang pembelajaran anak-anak akan menyediakan bahan______________semasa melalui Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) oleh pihak berkuasa.
bacaan
hiburan
telahan
mainan
Wahai Tuhanku,________berilah aku petunjuk ke jalan yang benar!
kamu
aku
anda
engkau
