wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah bab 2 ting 4 kssm kebangkitan nasionalisme

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Berikan definisi perkataan " Nasionalisme ".

a)

Perasaan suka dijajah oleh bangsa asing

b)

Perasaan antara sesama dua jantina yang berlainan

c)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

d)

Perasaan yang wujud meningkatkan taat setia kepada pemimpin

2.

Sebutkan Revolusi yang berlaku pada tahun 1789?

a)

Revolusi Perancis

b)

Revolusi Amerika

c)

Revolusi Keagungan di England

d)

Dahagi India

3.

Berdasarkan gambar, tokoh berikut telah melakukan perubahan dengan memodenkan negara Jepun mengikut model Barat.Siapakah beliau?

a)

Suzuki Honda

b)

General Tomoyuki Yamashita

c)

General Tojo

d)

Maharaja Mikado Meiji

4.

Siapakah tokoh nasionalisme yang menjadi penggerak kepada semangat kebangsaan di Filipina

a)

Jose Rizal

b)

Aun San

c)

Ho Chin Minh

d)

Phibulsongkram

5.

Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh ini yang menjadi penggerak Nasionalisme di Taiwan?

a)

Aun San

b)

Ho Chi Minh

c)

Sun Yat Sen

d)

Mao Zedong

6.

Apakah isu yang menjadi pencetus kebangkitan nasionalis di Burma untuk menentang Penjajah British?

a)

Isu Kekejaman British

b)

Isu Kasut

c)

Isu Terompah

d)

Isu Bendera

7.

" Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya".

Quote berikut merupakan pandangan tokoh berkaitan maksud Nasionalisme.Siapakah beliau?

a)

Profesor Wiliam R.Roff

b)

Hans Kohn

c)

Dr.R.Suntharalingam

d)

Dato' Onn Jaafar

8.

Berdasarkan gambar berikut,tokoh tersebut telah menghasilkan karya " Two Treatises of Government" yang mempopularkan prinsip raja berpelembagaan .Siapakah beliau?

a)

Jean Jacques Rousseau(Ahli Falsafah Perancis)

b)

Thomas Jefferson(Ahli Falsafah Amerika)

c)

John Locke (Ahli Falsafah Inggeris)

d)

Socrates (Ahli Falsafah Yunani)

9.

Siapakah yang telah menulis karya "The Sosial Contract" di Perancis?

a)

John Dewey

b)

John Locke

c)

Albert einstein

d)

Jean Jacques Rousseau

10.

Sasaran golongan revolusi di Perancis(1789) adalah terhadap pemerintahan autokratik raja mereka.Siapakah raja tersebut?

a)

Raja Louis XVI

b)

Henry IV

c)

Karl II

d)

Raja Louis XIV

11.

Siapakah pelopor kepada Gerakan Islah?

a)

Khalifah Umar Al Khatab

b)

AL Farabi

c)

Sayyid Jamal al -Din al-Afghani

d)

Khalifah Abdul Hamid II

12.

Berdasarkan gambar tersebut,siapakah tokoh nasionalisme di India?

a)

Bipin Chandra Pal

b)

Bal Gangadhar Tilak

c)

Chandra Murty

d)

Mahatma Gandhi

13.

Tokoh tersebut telah mengemukakan "Tiga Prinsip Rakyat', (San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan Nasionalisme di China?Siapakah beliau?

a)

Dr.Sun Yat Sen

b)

Li Zhi

c)

Mao Zedong

d)

Li Zicheng

14.

Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh yang telah menjadi penggerak perkembangan nasionalisme di Burma?

a)

Kyaw Nein

b)

Dr.Ba Maw

c)

Aun San

d)

Aun San Suu Kyi

15.

Berdasarkan gambar berikut,siapakah Perdana Menteri di Thailand yang telah meluluskan undang- undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menggalakkan pribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi?

a)

Nai Pridi Phanomyong

b)

Raja Vajiravudh

c)

Raja Chulalongkorn

d)

Plaek Phibulsongkram

16.

Nama asal Thailand ialah Siam.Pada tahun 1939,Siam ditukar kepada Thailand.Apakah yang dimaksudkan dengan " Thailand"?

a)

Tanah Bebas

b)

Tanah Suci

c)

Tanah Kami

d)

Tanah Merdeka

17.

Apakah faktor yang menyebabkan kemunculan Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Kekejaman British

b)

Taat Setia kepada raja

c)

Peranan Agama

d)

Kemodenan negara

18.

Berdasarkan gambar berikut ialah merupakan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS).Siapakah beliau?

a)

Ibrahim Haji Yaakob

b)

Zakaria Gunn

c)

Johari Anang

d)

Mohammad Eunos Abdullah

19.

PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan peulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

mengumpulkan golongan muda

d)

menuntut kemerdekaan

20.

Berdasarkan gambar berikut,Siapakah Tokoh ini yang kerap mengingatkan wanita berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan.

a)

Khatijah Sidek

b)

R.A Kartini

c)

Fatimah Haji Hassan

d)

Ibu Zain

21.

Dalam konteks melayu sebelum merdeka nasionalisme digunakan untuk merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negeri sendiri penyataan di atas merupakan pendapat tokoh

a)

Hans Kohn

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor William R. Roff

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

22.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18


1688- revolusi keagongan di England

1789 - revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi Komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

23.

Peristiwa x merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India


peristiwa x ialah

a)

Satyagraha

b)

Semangat Bushido

c)

Dahagi India 1857

d)

Gerakan Islah

24.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Satyagraha

b)

Kamikaze

c)

Al-Urwah al-Wuthqa

d)

Semangat Bushido

25.

Perkembangan nasionalisme di Burma (Myanmar) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan pendidikan barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut Untuk membangkitkan nasionalisme

a)

Isu kesihatan

b)

Isu kebajikan

c)

Isu kasut

d)

Isu baju

26.

Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosial politik dan sosial ekonomi selepas kedatangan Perancis. Gerakan nasionalisme Vietnam selepas perang dunia pertama bercorak revolusi yang didokong oleh dua ideologi iaitu:


I nasionalisme

II kapitalisme

III demokrasi

IV komunisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Berikut berkaitan dengan pemerintah Thailand.


Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

-memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand


Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa Rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

28.

Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 di Tanah Melayu

I karya asing

II sistem sosial

III peranan agama

IV sistem pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Tokoh X merupakan graduan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda bertugas sebagai pegawai kerajaan yang menuntut pihak British supaya membaiki taraf hidup orang Melayu serta memberi peluang orang Melayu bekerja dalam jabatan kerajaan.

Siapakah tokoh X?

a)

Haji Abbas Muhammad Taha

b)

Raja Chulan Raja Abdullah

c)

Syed Syeikh al-hadi

d)

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

30.

Akhbar dan majalah turut memainkan peranan dengan mengetengahkan isu hak dan masa depan penduduk Tanah Melayu. Antaranya ialah Jelutung Press.

Apakah kesan daripada penubuhannya

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

31.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.


Rumah Besar Tiang Sebatang

Cerita Awang Putat

Di sini Kita Bukannya Orang Dagang.

Apakah tema cerpen tersebut

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

32.

Pernyataan di bawah merujuk kepada sajak 'Anak Merdeka'


"Wahai anak bangsa yang lahir dari rahim perjuangan!

Bangunlah dari mimpi ngeri mu, Jejakkan dirimu kepada semangat juang pada pertiwi"


Apakah maksud rangkap puisi tersebut

a)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan tokoh terdahulu

b)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang kepala desa dan lalai daripada membela nasib bangsa nasib sendiri

c)

Memastikan anak bangsa melenyapkan semangat nasionalisme dengan membenci tanahair

d)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa berjuang supaya tunduk kepada permintaan penjajah

33.

Berikut merujuk kepada Persatuan yang ditubuhkan pada awal abad ke-20

-X menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat.


Apakah x

a)

KMS

b)

KMM

c)

PASPAM

d)

Persatuan Melayu Sarawak

34.

Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.


Apakah yang dihasratkan oleh ibu Zain dalam majalah bulan Melayu

a)

Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengemas rumah tangga

b)

Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan

c)

Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki

d)

Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita

35.

Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada kebangkitan nasionalisme

a)

Gerakan nasionalisme dapat membentuk jati diri dan mengukuhkan identiti bagi sesebuah negara dan bangsa yang merdeka

b)

Memastikan nasionalisme dicapai melalui pertumpahan darah

c)

Mengalah bila dikuasai penjajah dengan mengurut pemerintahan penjajah

d)

Bertindak melulu tanpa mengadakan perbincangan dengan rakan seperjuangan

36.

Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan

a)

Tokoh nasionalis

b)

Pengalaman sejarah

c)

Latar belakang masyarakat

d)

Negara yang menjajah

37.

Berikut ada hasil karya John lLocke selepas penggubalan Bill of Rights.


"Two Treatises of Government"


Apakah yang dipopulerkan dalam karya tersebut?

a)

Sistem republik

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Demokrasi berparlimen

d)

Prinsip raja berperlembagaan

38.

Punca revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang

a)

Golongan raja

b)

Raha Louis XVI

c)

penjajahan British

d)

Golongan Bangsawan

39.

India telah mengistiharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947.

Siapakah Perdana Menteri pertama India

a)

Mahatma Gandhi

b)

Gangadhar Tilak

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Muhammad Ali Jinnah

40.

Gerakan islah merujuk gerakan pemulihan Islam Apakah saranan gerakan tersebut

a)

Memelihara warisan tradisi

b)

Mentaati pemimpin

c)

Berpegang kepada ajaran Islam

d)

Bekerjasama dengan penjajah

41.

Maharaja mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun.

Beliau menekankan pemulihan mengikut

a)

Model barat

b)

Budaya Timur

c)

Semangat Bushido

d)

Model Amerika Syarikat

42.

Antara yang berikut yang manakah merupakan pemikiran John Lock?

I Menolak konsep raja berkuasa mutlak.

II Undang-undang yang tegas perlu digubal.

III Pemerintah perlu

dilantik melalui pilihanraya.

IV Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi hak asasi manusia.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

"Nasionalisme merupakan gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya"

Siapakah tokoh yang berkaitan dengan penyataan ini?

a)

Profesor William R. Roff

b)

Hans Kohn

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

44.

Gerakan nasionalisme di India pada tahap awal hanya memberikan perhatian kepada isu agama. Apakah pertubuhan yang penting pada masa itu?

a)

Liga Muslim

b)

Kongres Kebangsaan India

c)

Brahmo Samaj

d)

Satyagraha

45.

Prinsip dan semangat bushido telah dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

Mempunyai kuasa tentera yang kuat.

b)

Mencapai kemajuan penyelidikan.

c)

Memajukan pendidikan.

d)

Menghalang penjajahan Barat.

46.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

a)

Tribune Indige

b)

Cloche Felee

c)

Liga Filipina

d)

Kalayan

47.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada Mei 1937. Apakah perjuangan yang dibawa oleh KMM ini?

a)

Memajukan ekonomi orang Melayu.

b)

Mencetuskan revolusi yang lebih radikal.

c)

Memberikan kerjasama kepada penjajah.

d)

Menentang British dengan mewujudkan gagasan Melayu Raya.

48.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Meningkatkan semangat jihad.

b)

Mendorong semangat ingin memajukan diri.

c)

Menyindir penjajah.

d)

Mencetuskan idea revolusi.

49.

Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.


"Two Treatises of Government"


Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Sistem Republik Berperlembagaan

50.

3. Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.

Mengapakah revolusi tersebut tercetus?

I. Menegakkan kedaulatan parlimen

II. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

III. British tidak melindungi hak penduduk

IV. Mempertahankan pemerintahan autokratik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

4. Maklumat di bawah merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di India.


  • Brahmo Samaj
  • Arya Samaj


Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?

a)

Kecintaan kepada budaya tempatan

b)

Pengenalan sistem pemerintahan Islam

c)

Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat

d)

Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal

52.

Gerakan kebangkitan rakyat China di pelopori oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)


  • Nasionalisme
  • Kebajikan sosial
  • X


Apakah X?

a)

Demokrasi

b)

Kekuatan tentera

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Pemerintahan komunis

53.
  • Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani
  • Syeikh Muhammad Abdul


Berikut merupakan nama dua orang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.

Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Mengubah budaya tempatan

b)

Memperjuangkan kebajikan sosial

c)

Menggiatkan rasa cinta kepada agama

d)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

54.

Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?

I. Katipunan

II. Liga Filipina

III. Sarekat Islam

IV. Parti Komunis Filipina

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?

a)

Isu kasut

b)

Isu bangsa Burma

c)

Isu pemisahan Burma dan India

d)

Isu pengenalan pelbagai jenis cukai

56.

Tokoh di bawah mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di Indonesia.


"Raden Adjeng Kartini"


Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?

a)

Sumpah Pemuda

b)

Kerikil-kerikil Tajam

c)

Putera Gunung Tahan

d)

Hilang Gelap Terbitlah Fajar

57.

Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.

Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?

a)

Menakluk Tanah Melayu

b)

Bersahabat dengan China

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Berkerjasama dengan Jepun

58.

1. Nama berikut merupakan berkaitan tokoh nasionalisme di negara kita.


"Dato' Onn Jaafar"


Apakah tafsiran beliau berkaitan nasionalisme?

I Menzahirkan bangsa yang kuat dan tegap

II Menuntut kesetiaan ulung individu

III Kebimbangan terhadap sekularisme

IV Berdiri diatas tapak kaki sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Penyataan berikut berkaitan tafsiran nasionalisme.


Tokoh X:

"Nasionalisme telah wujud sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka"

"Kesetiaan kepada raja"


Tokoh X merujuk kepada?

a)

Onn Jaafar

b)

Khoo Kay Kim

c)

R.Sunthalinggam

d)

Zainal Abidin Abdul wahid

60.

Mengapakah idea perkembangan nasionalisme berlaku di barat?

a)

Perluasan kuasa

b)

Perebutan kuasa politik

c)

Penindasan golongan raja

d)

Perkembangan ilmu pengetahuan

61.

Mengapakah Revolusi Keagungan tercetus di England?

I Menentang kezaliman

II Menentang penjajahan

III Menegakkan kedaulatan parlimen IV Menegakkan hak asasi rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

62.

Revolusi Keagungan telah tercetus di England pada tahun 1688. Apakah kesan revolusi tersebut kepada Raja James II?

a)

Menyerah kalah

b)

Melarikan diri

c)

Terbunuh

d)

Ditawan

63.

Pernyataan berikut berkaitan revolusi di Eropah.


"Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah"


Apakah revolusi tersebut?

a)

Revolusi Perancis

b)

Revolusi Amerika

c)

Revolusi Keagungan

d)

Revolusi Belanda

64.

Apakah tujuan penggubalan Bill Of Right?

a)

Parlimen menggubal undang-undang

b)

Raja menentukan undang-undang

c)

Raja berkuasa memungut cukai

d)

Parlimen berkuasa penuh

65.

Apakah idea nasionalisme yang diperjuangkan oleh Jean Jacques Rousseau dalam The Social Conract?

a)

Persetujuan antara pemerintah dan raktyat

b)

Prinsip raja berperlembagaan

c)

Tiada cukai tanpa pewakilan

d)

Keunggulan suara rakyat

66.

Institusi beraja menjadi sasaran utama ketika tercetusnya Revolusi Perancis 1789. Siapakah raja tersebut?

a)

Mary II

b)

Raja James II

c)

Raja Louis XVI

d)

Raja William Of Orange

67.

Menjelang awal abad ke 20, nasionalis di India telah menentang British secara radikal. Apakah bentuk penentangan tersebut?

a)

Militan

b)

Sabotaj

c)

Perang saraf

d)

Mogok lapar

68.

Berikut merupakan pendapat tokoh berkaitan dengan maksud nasionalisme. (BT hal. 23)


“nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri”


Siapakah yang mengemukakan pendapat di atas?

a)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

b)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

c)

Doktor Burhanuddin al-Helmi

d)

Doktor R. Suntharalingam

69.

Berikut merupakan maksud nasionalisme menurut beberapa pandangan tokoh.(BT hal. 23)

I perasaan cinta akan negara

II Kerjasama semua rakyat yang memberi taat setia

III Hasil tolak ansur semua kaum yang ada dalam negara

IV bertujuan membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

70.

Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya? (BT hal. 31)

a)

Kekuatan tentera

b)

Perkongsian kuasa

c)

Kedudukan strategik

d)

Pemodenan pentadbiran

71.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. (BT hal. 31)

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Pemerintahan republik dilaksanakan

c)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

d)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

72.

Jadual 2 berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut? (BT hal. 31)


a)

Persaingan kuasa besar

b)

Pemantapan kuasa pemerintah

c)

Pengekalan kemerdekaan negara

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

73.

Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.

JOSE RIZAL : FILIPINA

RADEN ADJENG KARTINI : INDONESIA

Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka? (BT hal. 28 & 30)

I Pembentukan kerajaan sendiri

II Penggunaan bahasa peribumi

III Penindasan terhadap rakyat

IV Pembelaan pendidikan wanita

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

74.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. (BT hal. 35)

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

a)

Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

b)

Kemunculan ramai golongan intelek

c)

Kewujudan golongan bangsawan

d)

Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

75.

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan pada tahun 1922 berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha seperti berikut: (BT hal. 37)

Antara usaha berikut ialah


I Penubuhan Pejabat Karang Mengarang

II Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran Sejarah

III Mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu

IV Menubuhkan persatuan penulis dalam kalangan pendidik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

76.

Berikut merupakan karya kreatif yang dihasilkan oleh pejuang nasionalis negara.(BT hal. 39)

Karya kreatif yang dihasilkan adalah berkaitan dengan tema ________

a)

Novel : mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi

b)

Cerpen: semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air

c)

Sajak : keadilan ekonomi bagi masyarakat kelas bawahan

d)

Puisi : Cinta akan negara

77.

Apakah tujuan penubuhan persatuan bagi masyarakat Cina dan India sebelum Perang Dunia Kedua? (BT hal. 41)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

78.

Ibu Zain menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung. Apakah sumbangan lain yang telah diusahakan oleh Ibu Zain? (BT hal. 43)

a)

Menubuhkan persatuan kebajikan al- Jamiah al- Khairiah

b)

Menggesa kaum muda memajukan diri dalam pendidikan

c)

Menggalakkan penglibatan wanita dalam penulisan

d)

Menerbitkan majalah Bulan Melayu

79.

Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18

1688 Revolusi Keagungan di England

1789 Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan Berpelembagaan ditegakkan

80.

Apakah kesan penubuhan Jelutong Press?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

81.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua

  • Rumah Besar Tiang Sebatang
  • Cerita Awang Putat
  • Di sini Kita Bukannya Orang Dagang

Apakah Tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

82.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun

Semangat Bushido

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan Pendidikan

c)

Menghalang gerakkan anti-Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

83.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia

· Nasionalisme di India

· Nasionalisme di China

· Nasionalisme di Jepun

Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?

a)

Membentuk negara bangsa

b)

Menjadi kuasa imperialisme

c)

Menamatkan penjajahan kuasa asing

d)

A. Memulihkan kuasa golongan bangsawan

84.

Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan nasionalisme di Barat.

Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?

a)

Penentangan terhadap pemerintahan beraja

b)

Penghapuskan golongan hamba

c)

Pembentukan negara bangsa

d)

Pembentukan parlimen

85.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti politik berikut

Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang

I. Bertindak secara revolusi

II. Pertubuhan bersifat radikal

III. Bekerjasama dengan penjajah

IV. Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

86.

Tokoh berikut memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di tanah melayu pada abad ke-20

· Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

· Abdul Rahim Kajai

· Hajah Zainon

Bagaimanakah mereka berjaya menaikkan semangat nasionalisme di negara kita?

a)

Menghasilkan penulisan kreatif

b)

Menentang golongan penjajah

c)

Mengadakan ceramah umum

d)

Menubuhkan parti politik

87.

Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

88.

Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936?

Central India Association Of Malaya ( CIAM)

a)

Meningkatkan pertukaran idea

b)

Meningkatkan perpaduan kaum

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Menggalakkan Pendidikan tinggi

89.

1PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.

Apakah matlmat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda


d)

Menuntut kemerdekaan

90.

Slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan” dilaungkan oleh penduduk Amerika. Mengapakah slogan tersebut dilaungkan?

a)

British menyekat penguasaan Amerika

b)

British tidak melindungi hak penduduk

c)

British monopoli ekonomi Amerika

d)

British mencampuri pentadbiran

91.

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Anak Mat Lela Gila yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu?

a)

Mencintai tanah air

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Memelihara warisan tradisi

92.

Apakah tujuan penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal dalam perkembangan nasionalisme di Filipina?

a)

Tuntut kemerdekaan Filipina

b)

Singkir pemerintahan Sepanyol

c)

Tuntut Filipina sebahagian Sepanyol

d)

Desak perubahan di Filipina

93.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

Tan Jiak Kim

b)

San Min Chu-i

c)

Dr. Sun Yat Sen

d)

Tan Cheng Lock

94.

Maklumat berikut merujuk gerakan kesedaran semasa imperialisme Barat

Memperbaik kehidupan masyarakat

Menyeru umat Islam berpegang pada al-Quran dan Hadis

Apakah gerakan yang dapat dikaitkan dengan maklumat diatas?

a)

Gerakan Islah

b)

Gerakan Propaganda

c)

Gerakan Pan-Islamisme

d)

Gerakan Revolusi China

95.

Mengapakah idea nasionalisme tidak sama antara negara?

a)

Tafsiran berbeza

b)

Corak perjuangan bertukar

c)

Tahap perjuangan berubah

d)

Pengalaman sejarah berbeza

96.

Apakah gerakan yang dikaitkan dengan perkembangan idea Pan - Islamisme?

a)

Dahagi India

b)

Gerakan Islah

c)

Kebangkitan Tok Janggut

d)

Sumpah Pemuda Indonesia

97.

Apakah matlamat perjuangan oleh Jose Rizal?

a)

Kemerdekaan Filipina

b)

Hak dan kebebasan penduduk

c)

Pembentukan kerajaan sendiri

d)

Filipina sebahagian daripada Sepanyol

98.

º Rentap

º Mat Salleh

º Penghulu Dol Said

º Dato' Maharaja Lela


Apakah persamaan perjuangan mereka?

a)

Mengusir penjajah

Mempertahankan hak

b)

Mengusir penjajah

Mencapai kemerdekaan

c)

Mempertahankan hak

Mendaulatkan wilayah

d)

Mendaulatkan wilayah

Mencapai kemerdekaan

99.

º Al-Imam

º Neracha

º Pengasoh


Apakah peranan akhbar-akhbar di atas?

a)

Menyiarkan berita hiburan

b)

Membangkitkan nasionalisme

c)

Menyampaikan idea pembaharuan

d)

Menegur campur tangan kuasa penjajah

100.

"Fajar telah tersinsing bangunlah wahai bangsaku"


Apakah mesej yang ingin disampaikan?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Bangkit menuju kejayaan

c)

Meningkatkan taraf sosioekonomi

d)

Bangunkan negara bangsa