WorksheetsPSV TING 2 - BAB 1 : Seni Ragam Hias Pengangkutan, Alat Perm
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah nama lain bagi Seni Ragam Hias?
Awan Larat
Ornamen
Figuratif
Kolek
Apakah yang dimaksudkan dengan seni ragam hias?
Mereka cipta sesuatu produk
Proses membuat hiasan atau menghias sesuatu produk atau seni kraf
Membuat pengubahsuaian ke atas sesuatu produk
Proses membentuk idea dan objek
Apakah nama kenderaan seperti pada gambar di atas?
Lanca
Kereta kuda
Kereta lembu
Beca
Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu?
Untuk keselamatan penumpang
Untuk menunjukkan kemahiran
Untuk menunjukkan identiti bangsa
Untuk nilai estetik dan menarik perhatian
Perahu tradisional banyak dihiasi dengan ragam hias. Jawapan di bawah merupakan komponen perahu yang biasanya dihias kecuali __________________ .
Okok dan caping pada perahu
Bangau pada perahu
Enjin perahu
Badan pada perahu
Koyan merupakan hiasan pada kepala kolek juga dikenali sebagai ______________________ .
Sekoci
Okok
Caping
Bangau
Simbol Bangau pada perahu membawa maksud _________________ .
Hiasan semata
Kekuatan dan kebijaksanaan
Kesejahteraan
Semangat dan mencari rezeki di laut
Di manakah terletaknya bahagian okok?
Bahagian kanan hadapan perahu
Bahagian kiri belakang perahu
Bahagian kanan belakang perahu
Bahagian kiri hadapan perahu
Siapakah nama tukang ulung Perahu Tradisonal?
Jaafar bin Hasni
Hasni bin Ali
Shafie bin Jusoh
Awang bin Ngah
Seni ragam hias yang sering terdapat pada wau ialah _____________________ .
Geometri
Flora dan fauna
Figuratif
Flora dan awan larat
Negeri manakah yang terkenal dengan permainan wau?
Sarawak
Johor
Kelantan
Sabah
Berikan jenis wau selain wau burung dan bulan?
Wau kucing
Wau gasing
Wau belatuk
Wau batik
Siapakah yang dilantik menjadi duta Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) dan sering dijemput membuat
demonstrasi di luar negara?
Hasni bin Ali
Sulaiman bin Razak
Shafie bin Ali
Shafie bin Jusoh
Shafie bin Jusoh ialah Adiguru Wau Tradisional di Malaysia. Apakah keunikan hasil karya beliau?
Badan wau berbentuk bulat dan seimbang.
Menggabungkan corak moden dan tradisonal.
Waunya kukuh dan tahan lasak.
Menggunakan warna panas dan sejuk sebagai identiti.
Terdapat dua jenis gasing tradisional iaitu _________________ dan _______________________ .
gasing uri dan putar
gasing putar dan pangkah
gasing silang dan leper
gasing pangkah dan uri
Namakan gasing yang mempunyai seni ragam hias?
Gasing uri
Gasing leper
Gasing pangkah
Gasing paku
Seni ragam hias pada gasing terdapat pada bahagian __________________ .
Badan gasing
Bahu gasing
Kaki gasing
Kepala gasing
Bagaimana cara kiraan pemenang dalam permainan gasing?
Gasing yang berputar ligat
Gasing yang tidak pecah
Putaran yang seimbang
Putaran yang lebih lama
Apakah jenis permainan tradisional yang amat popular dimainkan oleh golongan wanita dan kanak-kanak pada masa lapang ?
Gasing
Congkak
Sepak raga
Layang-layang
Apakah jenis motif seni ragam hias pada congkak?
Fauna
Flora
Kaligrafi
Figuratif
Apakah motif seni ragam hias yang terdapat pada rehal?
Fauna
Figuratif
Geometri
Gunungan
Antara berikut, yang manakah ragam hias biasa digunakan dalam penghasilan acuan putu?
Sulur Buyung & Awan Larat
Sulur Buyung & Daun
Awan Larat & Bunga
Bunga & Daun
Kukuran ialah sejenis alat yang mempunyai mata bergerigi. Pada pendapat anda apakah kegunaan alat ini ?
Menarik dan mencapai biji tembikai
Mengukur dan mengikis isi kelapa
Membuang tulang ikan dan ayam
Menghasilkan bunyi muzik
Apakah maksud Awan Larat?
Ukiran sekeping papan yang diletakkan dibahagian kanan hadapan
Ukiran yang coraknya berkait-kait
Motif ukiran berunsur tumbuhan seperti tunas
Keadaan rupa bumi sesuatu kawasan
Peralatan seperti sepak raga, congkak, gasing dan wau sesuai dimainkan dalam kumpulan. Apakah faedah permainan tersebut?
membuang masa
memilih pemain-pemain
mengeratkan perhubungan
kos permainan yang murah
