Font size
WorksheetsKEMAHIRAN MENULIS: KUIZ (10 MARKAH)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Siapakah Muhammad Haji Salleh?
Tokoh Cerpenis
Pemantun Kelantan
Sasterawan Negeri
Sasterawan Negara
Unsur intrinsik yang berikut menambah kekuatan kepada cerpen yang dihasilkan, KECUALI
latar
tema
nilai
watak
Apakah yang perlu saya titik beratkan sekiranya saya mahu penulisan saya diterbitkan?
Menulis dengan format yang betul untuk menarik perhatian editor
Menghasilkan karya tepat mengikut ketetapan masa yang saya jadualkan
Meniru ulang karya orang lain dengan mengaku ia adalah hasil karya saya
Membayar pihak penerbitan dengan bayaran mahal untuk mewajibkan mereka menerbitkan karya saya
Pilih satu penerangan yang paling tepat tentang penjiwaan dalam penulisan.
Menangis ketika menulis kisah yang sedih dan ketawa ketika menulis kisah yang gembira
Menyalurkan kisah yang lahir dari jiwa untuk menjamah jiwa pembaca selari dengan emosi yang ada dalam kisah itu
Membiarkan diri mengelamun jauh sebelum menulis tanpa menetapkan sebarang tema, tajuk dan latar kisah
Menetapkan kisah yang sedih mempunyai gambaran sedih sahaja dari awal sehingga akhir kisah yang ditulis
"Satu-satu kenyataan
yang saya dustakan
hanya dapat saya nyatakan
kepada tuan
yang enggan merasakan"
Contoh sajak di atas adalah dalam kategori salah satu sajak terikat iaitu
distikon
septima
quint
terset
Kesemua tersebut ialah ciri-ciri sebuah ode KECUALI
bernada anggun
membahasa sesuatu yang mulia
menyanjung baik peribadi tertentu
lagu pujian menghormati dewa/ pahlawan
Yang manakah BUKAN perbezaan nyata di antara sajak dan pantun?
rima
bilangan baris
makna setiap baris
jumlah suku kata
"Bunyi huruf vokal yang sama diulang dalam hampir seluruh baris" merupakan ciri jenis sajak
asonansi
lompang
pangkal
rangka
Gaya bahasa sinkof ialah
pembalikan susunan kata-kata dalam ayat
mengumpamakan benda tidak bernyawa dengan sifat bernyawa
perbandingan maksud yang lain daripada makna biasa yang sebenar
pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan huruf/ suku kata dari tengah kata-kata itu
"Seguruh rindu" merupakan contoh gaya bahasa
metafora
personifikasi
inversi
anafora
"Keselarasan bunyi pada perkataan atau pada suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap" misalnya pantun, dikenali sebagai
ritma
irama
rima
ridem
Pantun tidak berkait juga mempunyai baris pembayang dan baris maksud, seperti pantun berkait.
YA
TIDAK
Shahir yang merasa tidak puas hati terhadap pentadbiran negaranya telah menulis sebuah sajak _____________.
ode
satira
hymne
elegi
Setiap baris dalam sajak adalah sebuah gatra. 'Gatra' di sini bermaksud
kesatuan dalam ayat
bentuk yang rapi
menggunakan pola simetri
merupakan puisi empat seuntai
Yang manakah adalah paling TEPAT menjadi rangkap pantun berkait tersebut:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Tuai padi antara masak,
Dalam bekas memutih warna;
Intai kami antara nampak,
Usah balas rindu mengena.
Jika padi sudah masak,
Jangan harap menjadi layu;
Jika intai antara nampak,
Jangan senyap tidak merindu.
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan;
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan.
Esok jangan layu-layuan,
Simpan dalam bekas jerami;
Esok jangan rindu-rinduan,
Kirim salam kepada kami.
"Duduk di pantai tanah yang permai
tempat gelombang pecah berderai
berbuih pantai di pasir terderai
tampaklah pulau di lautan hijau
gunung-gunung bagus rupanya
dilingkari air mulia tampaknya
tumpah darahku Indonesia namanya"
- M. Yamin-
Berikut adalah contoh sajak ______________.
oktaf
septima
sextet
quint
"Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belangan,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga digetu orang."
Berikut adalah contoh sebuah ______________________
sajak oktaf
gurindam
seloka
pantun lapan kerat
Kereta kuda pedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala,
Tuan sutera saya belacu,
Manakan boleh berganding sama.
“Pandang-pandang Jeling-jelling”, Tan Sri S.M.Salim dan Dato’ Siti Nurhaliza
Pantun ini menggunakan _________________ bagi tujuan penulisannya baris yang bergaris.
hiperbola
personifikasi
simile
metafora
Serindit putih di dahan manggis,
Ke mana pergi burung kenari,
Langit merintih awan menangis,
Lukanya hati tanggung sendiri.
“Awallah Dondang”, Noraniza Idris
Pantun ini menggunakan _______________ bagi tujuan penulisan baris yang bergaris.
simile
personifikasi
metafora
hiperbola
Berikut merupakan makna perkataan 'shloka' iaitu asal perkataan seloka daripada bahasa sanskrit, KECUALI
berseloroh
menyindir
bercerita
berjenaka
