wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 4 BAB 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nombor talian kecemasan di Malaysia?

a)

991

b)

999

c)

191

d)

111

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?

a)

Cardiopulmunary resuscitation

b)

Cardiopulmunary rescue

c)

Cardiopulmunaryt respond

d)

Cardiopulmunary recharged

3.

CPR melibatkan gabungan teknik...

a)

hembusan ke dalam hidung

b)

tekanan di bahagian dada

c)

hembusan ke dalam mulut

d)

menepuk bahu

4.

Situasi manakah yang memerlukan CPR?

a)

Jika seseorang individu tidak bernafas

b)

Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi

c)

Jika seseorang tercekik semasa makan

d)

Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan

5.

Apakah kepentingan hembusan mulut ke mulut?

a)

Menghasilkan peredaran darah secara buatan dalam badan mangsa.

b)

Mangsa dapat menerima udara beroksigen ke dalam peparunya.

c)

Oksigen dapat diangkut ke seluruh badan mangsa.

d)

Dapat mengelakkan kerosakan otak mangsa.

6.

Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...

a)

lemas

b)

terkena renjatan elektrik

c)

pengsan

d)

tercekik

7.

Apakah ciri-ciri individu yang memerlukan bantuan dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

Memegang leher dengan kedua-dua tangan

b)

Tidak boleh bercakap atau batuk

c)

Sukar bernafas

d)

Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman

8.

Apakah kepentingan Heimlich Manoeuvre?

a)

Membenarkan oksigen disedut masuk ke dalam peparu.

b)

Membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

c)

Menyebabkan mangsa memuntahkan semua makanan.

d)

Menyebabkan seseorang merasa kenyang.

9.

I: Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan.

II: Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam.

III: Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat.

IV: Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan.


Yang manakah merupakan urutan yang betul semasa melakukan bantuan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, IV, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, I, II, III

10.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda berseorangan semasa tercekik?

a)

Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.

b)

Menepuk atau memukul dada dengan kuat.

c)

Membongkokkan badan.

d)

Membongkok dan menolak badan kepada objek separas pinggang.