WorksheetsKATA TUGAS TAHUN 4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Jimin kuat semangat ___________ kedua-dua belah kakinya lumpuh.
meskipun
semenjak
agar
jika
"_______________kah kamu tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Halim kepada Aiman.
Bagaimana
Mengapa
Siapa
Apa
______________kah pertandingan deklamasi sajak itu akan diadakan?" tanya Sarah kepada Swee Mei.
Mengapa
Siapa
Bila
Apa
Natasha tidak pernah bersikap sombong _________ dia anak hartawan yang terkenal di daerah ini.
kerana
selepas
manakala
meskipun
Minuman yang dihasilkan ________________ campuran jus laici dan epal itu sangat sedap.
dari
pada
dengan
daripada
Iswadi gemar memancing ikan ____________ kolam yang berhampiran ______________ rumahnya.
pada...kepada
di... daripada
di...dengan
pada...ke
Adik menangis _________________diusik oleh Abang Yazid.
hingga
supaya
apabila
sementara
Pihak polis mula bertindak menangkap penjenayah itu_______________ salah seorang daripada mereka mahu melarikan diri.
agar
supaya
apabila
walaupun
____________kah fungsi baharu telefon pintar ini?
Mengapa
Berapa
Siapa
Apa
Pertandingan melukis itu terbuka _____________ semua murid sekolah ini.
daripada
dengan
kepada
pada
