WorksheetsKEMAHIRAN PROSES SAINS TAHAP 2 (TAHUN 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah Kemahiran Proses Sains yang terlibat dalam aktiviti pada rajah di atas?
Memerhati
Mengelas
Membuat inferens
Meramal
"....kemahiran menggunakan semua deria untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena yang berlaku"
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran....
mengawal pemboleh ubah
memerhati
mengukur dan menggunakan nombor
mengeksperimen
Berdasarkan perbualan antara Langgi dan datuknya, nyatakan Kemahiran Proses Sains yang berkaitan.
Memerhati
Meramal
Mengelas
Mengeksperimen
"Mengukur dan menggunakan nombor ialah kemahiran membuat pemerhatian menggunakan nombor dan alat berunit piawai"
Pilih objek yang mempunyai unit piawai.
(Pilih 2 jawapan)
"....kemahiran menyatakan kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian"
Apakah Kemahiran Proses Sains yang dimaksudkan?
Membuat inferens
Mengawal pemboleh ubah
Meramal
Berkomunikasi
"Tasha meramalkan bahawa hari akan hujan berdasarkan keadaan langit yang kelihatan mendung dan juga ada kilat memancar"
Ramalan yang dibuat oleh Tasha adalah berdasarkan....
tekaan
pemerhatian
risikan
penyoalan
Apakah bentuk pindahan maklumat rajah di atas?
Carta pai
Model
Graf garis
Carta palang
Apakah Kemahiran Proses Sains yang digunakan dalam hasil penyiasatan di atas?
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Mentafsir data
Berkomunikasi
Mendefinisi secara operasi
Apakah maksud mentafsir data?
Kemahiran memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan berat mengikut urutan masa.
Kemahiran memberikan penerangan tentang tindakan, objek atau peristiwa menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model.
Kemahiran memberikan penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan
Kemahiran menyatakan kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
Pilih tafsiran data yang tepat berdasarkan pemerhatian yang telah direkodkan dalam jadual di atas.
(Pilih 2 jawapan)
Bilangan burung yang makan di tempat makan B pada hari kedua adalah yang paling banyak
Tempat makan A paling banyak didatangi burung
Tempat makan C paling sedikit didatangi burung
Bilangan burung yang datang direkodkan selama lima hari
"....kemahiran memberikan definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat dilakukan dan diperhatikan"
Nyatakan Kemahiran Proses Sains yang berkaitan berdasarkan pernyataan di atas.
Membuat hipotesis
Mengawal pemboleh ubah
Mendefinisi secara operasi
Mengeksperimen
Berdasarkan pernyataan penyiasatan yang dijalankan oleh Fariz dan Mei Lan, pilih pemboleh ubah dimanipulasi dalam eksperimen di atas.
Lokasi pokok
Kekerapan siraman air
Isipadu air
Jenis pokok
Apakah pemboleh ubah yang dinyatakan pada maklumat dalam petak kuning?
Pemboleh ubah dimanipulasi
Pembolehubah bergerak balas
Pemboleh ubah dimalarkan
Tiada pemboleh ubah
"Mei Lan dan Fariz ingin menyiasat sama ada bilangan adukan boleh mengurangkan masa untuk gula melarut dengan sempurna atau tidak"
Apakah Kemahiran Proses Sains yang digunakan?
Mentafsir data
Berkomunikasi
Mengeskperimen
Membuat hipotesis
"....kemahiran merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan mengumpul dan mentafsir data bagi membuat kesimpulan daripada penyiasatan tersebut"
Pernyataan tersebut merujuk kepada kemahiran....
Mengelas
Berkomunikasi
Mengeksperimen
Mendefinisi secara operasi
Pilih langkah-langkah mengeksperimen yang betul.
(Pilih 3 jawapan)
Menguji hipotesis
Mendefinisi secara operasi
Membuat kesimpulan
Menulis laporan
Langkah pertama semasa merancang eksperimen, murid perlulah....
menyenaraikan alatan dan bahan
mengenal pasti masalah dan membuat pernyataan masalah
merancang langkah-langkah
menguji hipotesis
Pernyataan ini akan dibuat sebelum memulakan penyiasatan iaitu....
membuat hipotesis
meramal
berkomunikasi
mentafsir data
"Berdasarkan tafsiran data yang telah dibuat, mereka akhirnya dapat menentukan sama ada hipotesis mereka diterima atau tidak diterima"
Apakah langkah mengeksperimen yang dimaksudkan?
Membuat hipotesis
Mengumpul dan mentafsir data
Membuat kesimpulan
Membuat laporan
Apakah langkah terakhir setelah semua hasil eksperimen sudah diperoleh?
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat kesimpulan
Mentafsir data
Menulis laporan
