Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peraturan Bilik Sains

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah TUJUAN peraturan Bilik Sains diwujudkan?

a)

Memudahkan guru memberi arahan.

b)

Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan Bilik Sains.

c)

Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan mudah dan pantas.

d)

Mengelakkan kecederaan atau kerosakan peralatan sains semasa melaksanakan eksperimen sains.

2.

Murid manakah yang mematuhi peraturan Bilik Sains?

a)
b)
c)
d)
3.

Yang manakah harus dilakukan oleh murid sebaik sahaja masuk ke dalam Bilik Sains?

a)

Hidupkan suis kipas

b)

Cuci peralatan sains

c)

Buka semua cermin tingkap

d)

Ambil bahan dan peralatan sains

4.

Yang manakah menerangkan gambar dengan BETUL?

a)

Masuk dengan kebenaran guru

b)

Dilarang bermain di dalam Bilik Sains

c)

Melaporkan jika berlaku kemalangan kepada guru

d)

Mendengar arahan daripada guru sebelum melaksanakan eksperimen

5.

Berikut adalah perbualan dua orang murid, Ron dan Hari semasa berada di dalam Bilik Sains.


*****************************************

Hari: Warna larutan ini sangat menarik.

Ron: Biar saya hidu dan rasa larutan ini. Tentu sedap.

a)

Melarang Ron menghidu dan merasa larutan tersebut

b)

Mengucap terima kasih kepada Ron

c)

Membiarkan Ron menghidu dan merasa larutan tersebut

d)

Menghidu dan merasa larutan tersebut

6.

Dina dan Din sedang memanaskan tabung uji di atas penunu Bunsen. Tiba-tiba pemegang tabung uji tersebut terlepas dan tabung uji tersebut jatuh lalu pecah. Apakah yang patut mereka buat?

a)

Terus mengemas dan membuang tabung uji tersebut ke dalam tong sampah

b)

Melaporkan kepada guru tentang kejadian tersebut dengan segera

c)

Melarikan diri dan keluar dari Bilik Sains

d)

Meneruskan eksperimen dengan membiarkan tabung uji yang pecah di atas meja

7.

Mengapakah murid-murid perlu mendengar arahan daripada guru terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang eksperimen?

a)

Supaya keputusan dapat diperhatikan dengan tepat

b)

Supaya tiada pembaziran bahan sains semasa eksperimen dijalankan

c)

Supaya murid-murid tidak perlu meniru keputusan eksperimen daripada rakan mereka

d)

Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan

8.

Dimanakah peti pertolongan cemas harus diletakkan di dalam Bilik Sains?

a)

Di dalam laci

b)

Di dalam almari berkunci

c)

Di atas meja guru

d)

Di tempat yang mudah dilihat

9.

Dimanakah sisa bahan buangan yang berbara harus dibuang selepas melakukan aktiviti di Bilik Sains?

a)

Dibuang ke dalam beg plastik

b)

Dipadamkan dan dibungkus dengan kertas

c)

Dibuang terus ke dalam bakul sampah

d)

Dibasahkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah

10.

Mila dan Anna membuang kertas litmus di dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang berlaku akibat tindakan mereka?

a)

Kertas litmus akan habis dengan cepat

b)

Singki akan tersumbat

c)

Bilik sains akan berbau busuk

d)

Banyak air akan dibazirkan