Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B1T5 KSSM

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

• Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957

• Pembentukan Malaysia 1963


Maklumat yang berikut mempunyai kaitan dengan

a)

Perlembagaan

b)

Kedaulatan

c)

Demokrasi

d)

Pentadbiran

2.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Melayu ?

a)

Kuasa tertinggi negara

b)

Kuasa pemerintahan

c)

Kebebasan negara

d)

Keagungan

3.

Apakah tafsiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terhadap kedaulatan ?

a)

Semangat kekitaan

b)

Kuasa tidak terbatas

c)

Kebebasan dan keadilan

d)

Pengaruh undang-undang

4.

• Revolusi Keagungan di England

• Revolusi Perancis


Penyataan berikut mempunyai perkaitan dengan kemunculan kedaulatan sesebuah negara.

Apakah jenis kedaulatan tersebut ?

a)

Kedaulatan tradisional

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kedaulatan antarabangsa

d)

Kedaulatan moden

5.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab ?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

6.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara ?

a)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

7.

Kedaulatan sesebuah negara dikaitkan dengan kebebasan dan kemerdekaan.

Apakah DUA ciri yang menentukan kedaulatan sesebuah negara ?

a)

Mempunyai pengaruh

b)

Mempunyai ideologi

c)

Mempunyai sempadan

d)

Mempunyai perundangan

8.

• Demokrasi Berparlimen

• Raja Berperlembagaan


Maklumat berikut berkaitan sistem pemerintahan negara kita.

Siapakah ketua utama negara ?

a)

Gabenor

b)

Presiden

c)

Perdana Menteri

d)

Yang DiPertuan Agong

9.

Apakah maksud Demokrasi Berparlimen ?

a)

Pemerintahan melalui perwakilan

b)

Pemerintahan secara mutlak

c)

Pemerintahan secara warisan

d)

Pemerintahan secara realpolitik

10.

Kedaulatan memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan luar.

Bagaimanakah sistem pentadbiran negara diperkukuhkan berdasarkan penyataan di atas?

a)

Pengagihan kuasa

b)

Kerjasama politik

c)

Hubungan antarabangsa

d)

Memantapkan kedudukan sultan

11.

Sistem perundangan menjadi asas kepada pemerintahan negara.

Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara ?

a)

Mengukuhkan parti memerintah

b)

Menjamin kebebasan rakyat

c)

Menjamin keadilan rakyat

d)

Mengukuhkan kuasa raja

12.

Apakah faedah daripada pengamalan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Kemasukan imigran

c)

Politik tidak stabil

d)

Huru hara berlaku

13.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat selepas negara mencapai kemerdekaan.

a)

Membangunkan kawasan bandar

b)

Memperkenalkan teknologi baharu

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Memperkenalkan dasar pembangunan ekonomi

14.

Mengapa kita perlu mengekalkan kedaulatan negara ?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Menarik pelaburan asing

c)

Mewujudkan kesejahteraan

d)

Menghapuskan identiti kaum

15.

• Mewujudkan kestabilan politik

• Mewujudkan kemakmuran ekonomi


Apakah usaha pemerintah bagi mencapai matlamat tersebut?

a)

Memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan

b)

Melaksanakan undang-undang negara

c)

Mewujudkan intergrasi nasional

d)

Menghormati sesama kaum

16.

Patriotisme ialah perasaan cinta mendalam terhadap negara dan sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara.

Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat tersebut ?

a)

Peka terhadap keselamatan negara

b)

Mengukuhkan pasukan keselamatan

c)

Menghormati lambang–lambang negara

d)

Menggalakkan kolaborasi dengan pihak luar

17.

Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab bersama untuk mempertahankan negara daripada musuh.

Mengapakah kerjasama ini penting ?

a)

Memajukan taraf hidup rakyat

b)

Menaikkan imej negara

c)

Mengawal kemasukan imigran

d)

Mengekalkan kedaulatan negara

18.

Kedaulatan diiktirafkan sebagai ________________ dan _______________ sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

a)

kekuasaan

b)

kewibawaan

c)

kebebasan

d)

keamanan

19.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Inggeris

c)

Bahasa Arab

d)

Bahasa Melayu

20.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Inggeris

c)

Bahasa Arab

d)

Bahasa Melayu

21.

Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.

a)

Aristotle

b)

Ibn Khaldun

c)

Jean Bodin

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

22.

Badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Pelaksana

d)

Badan Pemerintahan

23.

Ketua Kerajaan di Malaysia.

a)

Perdana Menteri

b)

Jemaah Menteri

c)

Yang di-Pertuan Besar

d)

Yang di-Pertuan Agong

24.

Badan bebas dan berwibawa yang diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Pelaksana

d)

Badan Pemerintahan

25.

Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh

a)

taat setia rakyat

b)

sokongan pembesar

c)

hubungan diplomatik

d)

penaklukan dan penjajahan

26.

Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun ______________ dan _______________ untuk membentuk negara bangsa masing-masing.

a)

bangsa

b)

bahasa

c)

agama

d)

ideologi

27.

Sistem pentadbiran negara diperkukuh melalui peruntukan dalam

a)

Kanun Keseksaan

b)

Ordinan Darurat

c)

Perlembagaan Merdeka

d)

Perlembagaan Persekutuan

28.

Mengapakah sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan diadakan di Malaysia?

a)

Menghargai adat dan warisan negara

b)

Menimbulkan kecintaan terhadap negara

c)

Mengukuhkan pasukan pertahanan negara

d)

Menghormati kepelbagaian dan perpaduan

29.

Mengapakah Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 ?

a)

Menyemai semangat cinta akan negara

b)

Memastikan keadilan dan keseimbangan ekonomi

c)

Menjadi negara yang unggul di peringkat antarabangsa

d)

Memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan

30.

Pilih DUA dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan sosial rakyat.

a)

Rukun Negara

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Dasar Ekonomi Baru

d)

Wawasan 2020