Font size
WorksheetsKuiz Sejarah KSSM T4 (Siri 1)
Total questions: 40
Worksheet time: 39mins
Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?
Kerajaan Funan
Kerajaan Champa
Kerajaan Srivijaya
Kesultanan Melayu Melaka
Apakah undang-undang yang dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Undang undang Manu
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang laut Melaka
Undang-undang 99 Melaka
Apakah yang dimaksudkan “Kawasan pegangan” dalam pemerintahan Kesultanan Melaka?
Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada putera raja untuk ditadbir
Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada keluarga diraja untuk ditadbir
Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada pembesar berempat untuk ditadbir
Kawasan pemerintahan raja berdaulat
Dalam undang-undang laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran.
Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?
Dibuang daerah
Dihukum bunuh
Digantung kerja
Dipenjara
Kerajaan manakah yang dapat dikaitkan dengan
Sistem Pembesar Empat Lipatan?
Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Johor Riau
Apakah peranan laksamana dalam sistem
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
Ketua pentadbir
Ketua angkatan laut
Pengurus kewangan
Penjaga Kota Melaka
Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di
atas?
Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak
setiap bangsa
Perjuangan menentang penjajahan melalui
persatuan dan perpaduan yang kuat
Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman
terhadap kepentingan orang Melayu
Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan
hanya kepada bangsa dan negaranya
Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776
merupakan reaksi orang Amerika menentang
penjajahan British. Mengapakah revolusi tersebut tercetus?
Menegakkan kedaulatan parlimen
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai
British tidak melindungi hak penduduk
Mempertahankan pemerintahan autokratik
Antara berikut, pertubuhan yang manakah
ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme
berlaku di Filipina?
Katipunan
Liga Filipina
Sarekat Islam
Parti Komunis Filipina
Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan
Belia Buddha di Burma?
Isu kasut
Isu bangsa Burma
Isu pemisahan Burma dan India
Isu pengenalan pelbagai jenis cukai
Apakah bukti kejayaan perjuangan Kaum Muda
dalam bidang ekonomi?
Dasar Desentralisasi diperkenalkan
Berkurangnya pengaruh golongan radikal
Penglibatan orang Melayu dalam Malayan
Civil Service
Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah
ditubuhkan
Perjuangan tokoh-tokoh tempatan patut dicontohi
oleh generasi masa kini. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pemimpin yang menetang British?
Semangat membela diri
Semangat setia negara
Semangat kerjasama
Setia kepada raja
Kesultanan Melayu Melaka mengandungi dua undang – undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang – undang Laut Melaka. Kedua – dua undang ini berasaskan…
Undang syariah
Undang sivil
Hukum karma
Hukum adat
Perjuangan Tok Janggut menentang British di
Tanah Melayu merupakan hasil kesedaran politik
antarabangsa. Di manakah lokasi penentangannya?
Perak
Pahang
Kelantan
Terengganu
Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?
Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
Kegagalan perjanjian Versailles
Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat
Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa
pada 22 Jun 1941. Apakah tujuan operasi tersebut?
Menguasai Rusia
Menguasai Perancis
Menguasai Negara Balkan
Menguasai seluruh Eropah
Apakah punca meletus Perang Dunia Kedua di Eropah?
Pengeboman Jepun
Pengeboman Britain
Serangan Jerman ke atas Poland
Kemunculan empayar Uthmaniyah
Mengapakah Amerika Syarikat melakukan pengeboman di kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945?
Menamatkan perang dunia
Kekuatan Kuasa Paksi bertambah
Keadaan ekonomi semakin merosot
Kekuatan Kuasa Bersekutu bertambah
Apakah tujuan akhbar Semangat Asia diterbitkan?
Menyebarkan semangat antipenjajah Asia
Menyebarkan semangat antipenjajah Barat
Menyebarkan semangat antipenjajah Jepun
Menyebarkan semangat antipenjajah komunis
Bintang Tiga telah melakukan kemusnahan setelah menguasai Tanah Melayu hampir 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British. Bagaimanakah penguasaan tersebut dilakukan
oleh Bintang Tiga ?
Menguasai balai polis
Membunuh pegawai daerah
Membuat kad catuan makanan
Memaksa pembinaan landasan kereta api
Apakah matlamat penubuhan Force 136?
Menubuhkan pasukan gerila
Menentang penjajahan British
Menyebarkan propaganda Jepun
Mendapatkan sokongan orang Melayu
Apakah matlamat penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)?
Memberi sokongan untuk terus dijajah oleh Jepun
Memberi sokongan untuk menentang tentera Bersekutu
Mencapai kata sepakat untuk menentang tentera Kuasa Paksi
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia
Semasa pentadbiran Malayan Union, Tanah Melayu berubah taraf menjadi
Tanah Bebas
Tanah Jajahan
Negeri Lindungan
Negeri Naungan
Apakah ciri-ciri pentadbiran Malayan Union?
Diketuai oleh Gabenor British
Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Syarat kerakyatan diperketatkan
Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran
Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946
menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang
Melayu. Bagaimanakah orang Melayu menentang
penubuhan tersebut?
Mendapatkan sokongan negara luar
Menubuhkan gerakan bersenjata
Menghidupkan persatuan Melayu
Mengadakan Kongres Melayu
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union. Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Bantahan orang Melayu
Sokongan pentadbir British
Bantahan golongan Imigran
Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf
Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
Mewujudkan kerjasama kaum ke arah perpaduan
Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia?
Kewarganegaraan dilonggarkan
Melahirkan identiti bangsa Malayan Union
Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat
Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan
Pemimpin-pemimpin seperti Rosli Dhobi, Morshidi Sidek dan Awan Rambli telah dihukum gantung oleh British kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak kedua di Sibu. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?
Sanggup berkorban untuk negara
Perlu berhati-hati ketika berjuang
Hendaklah berbakti kepada negara
Mesti bertolak ansur dengan penjajah
Dalam kalangan Pembesar Berempat, Bendahara memainkan peranan paling penting dalam pentadbiran.
Antara berikut, yang manakah bidang tugas bendahara?
Ketua turus polis
Menjaga keharmonian rakyat
Menguruskan hal ehwal kewangan
Pemangku sultan
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat. Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
Membuktikan keturunan raja
Menunjukkan kedaulatan raja
Menggambarkan kemewahan raja
Menandakan kawasan pemerintahan
Pendudukan Jepun telah membawa kepada kemelesetan ekonomi. Bagaimanakah tentera Jepun menangani keadaan ini?
Mengimport makanan dan barangan pengguna dari Jepun
Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan
Mencetak wang kertas sendiri
Memperkenalkan kad catuan makanan
Apakah tujuan Jepun mewujudkan institut “Koa Kunrenjo” di Tanah Melayu?
Mengatasi masalah kekurangan pegawai kerajaan
Menyokong cita-cita politik Jepun di Tanah Melayu
Melatih tentera sukarela untuk menentang penjajah British
Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di bawah sebuah pertubuhan
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan memperkenalkan sistem birokrasi Barat?
Menyaingi kuasa bcsar
Mengukuhkan kuasa rakyat
Mengekalkan kedaulatan negara
Memantapkan kedr-rclukan parlimen
Bagaimanakah tokoh seperti Benito Mussolini
di Itali dan Adolf Hitler di Jerman mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Mengadakan referendum
Memulihkan sistem monarki
Mengukuhkan angkatan tentera
Membangunkan industri baharu
British telah melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union. Bagaimanakah beliau mendapatkan persetujuan tersebut?
Membuat desakan
Mewujudkan imuniti
Mengekalkan gelaran
Menggunakan ugutan
Mengapakah British menubuhkan British Military Administration (BMA)?
Mewujudkan keamanan
Menjirnatkan perbelanjaan
Memberikan latihan kepimpinan
Melaksanakan ekonomi kawalan
Pantun yang berikut menggambarkan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Dari Bentan ke Kuala Sedili,
Singgah berjaja di Batu Pahat,
Syarat kewarganegaraan secara jus soli,
Kuasa raja turut tergugat.
Bagaimanakah orang Melayu menangani isu tersebut?
Membentuk jawatankuasa perundingan
Mengukuhkan pertahanan negeri
Memajukan ekonomi peribumi
Mengadakan demonstrasi aman
Katipunan di Filipina
Parti Komunis di Indonesia
Viet Nam Quoc Dang Dang
Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti politik berikut?
Bertindak secara revolusi
Pertubuhan bersifat radikal
Bekerjasama dengan penjajah
Pemimpinnya berhaluan sederhana
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
