WorksheetsEmosi
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Perubahan-perubahan yang dialami oleh remaja merangkumi aspek-aspek berikut
Fizikal
Emosi
Mental
Sosial
Menurut WHO (World Health Organisation), peringkat remaja adalah di antara umur
11-24 tahun
12 – 24 tahun.
13 – 24 tahun.
14 – 24 tahun.
Berikut adalah emosi negatif KECUALI
Takut
Keliru
Tenang
Marah
Apakah yang dimaksudkan dengan emosi
Suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat
Suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran
Bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial)
Perasaan yang ada pada manusia hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku
Emosi yang neutral juga dikenali sebagai
Dwiemosional
Noemosional
Nonemosional
Monoemosional
Apakah kepentingan emosi kepada manusia?
Menentukan batasan
Membuat Keputusan
Kelangsungan Hidup (Survival)
Membuat Jangkaan / Meramal Tingkahlaku
Salah satu kepentingan emosi ialah penyatuan. Apakah yang dimaksudkan dengan penyatuan?
Emosi menjadi perkara penting dalam membawa penafsiran perasaan gembira dan suka
Ekspresi wajah yang dapat menyampaikan maklumat tentang perasaan kita pada waktu itu
Bersifat menyeluruh (universal) yang mana merangkumi empati, belas kasihan, kerjasama dan kemaafan.
Emosi menjadi punca maklumat berharga iaitu dengan membantu manusia membuat keputusan
Apakah faktor yang menyebabkan perubahan emosi remaja
Perubahan hormon
Perubahan sosial
Perubahan rakan sebaya
Perubahan persekitan
Frasa 'mula tertarik dan meminati kepada individu berlainan jantina khususnya kaum lelaki' merujuk kepada proses
Sosialisasi
Kematangan
Pertumbuhan
Perkembangan
Persoalan seperti “Siapa aku sebenarnya?”, “Selepas persekolahan apa yang aku boleh buat?” merujuk kepada
Perubahan hormon
Mengalami krisis identiti diri
Penerimaan rakan sebaya
Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
Terdapat dua tahap perkembangan emosi iaitu
Emosi idea
Emosi sosial
Emosi pemikiran
Emosi tingkahlaku
'Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal,. Frasa ini merujuk kepada emosi
Emosi Idea
Emosi fizikal
Emosi sosial
Emosi perkembangan
Terdapat beberapa cara untuk mengurus emosi iaitu
Mengurus emosi sendiri
Mengenal emosi diri sendiri
Memotivasikan emosi yang negatif
Membiarkan emosi mengawal tingkahlaku
Pencemaran adalah salah satu daripada jenis-jenis pengaruh persekitaran yang memberi kesan negatif terhadap emosi. Berikut ialah jenis-jenis pencemaran atau persekitaran ekologi yang mempengaruhi emosi manusia KECUALI
Buli
Bunyi
Bencana alam
Cuaca dan suhu
Apakah yang dimaksudkan dengan mental sihat ?
Keupayaan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki.
Pengalaman yang diterima daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi
Lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.
Manusia mempunyai kemampuan terhad untuk memproses rangsangan dan hanya boleh menyumbangkan usaha terhad untuk menerima input dalam satu masa.
Sewaktu bersenam, otak dan sistem saraf akan menghasilkan sejenis kimia yang dinamakan _________________ yang mampu menceriakan mood seseorang. Apakah jenis kimia tersebut?
Estrogen
Endorfin
Endrogen
Glukogen
Terlalu beremosi boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan disamping mengarahkan diri kepada penyakit-penyakit. Berikut adalah penyakit yang dimaksudkan KECUALI
Sopak
Penyakit hati
Kemurungan
Penyakit jantung
Seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam _______________, ___________ dan __________________ sebarang masalah.
berkumpul, berbincang dan menyelesaikan
berfikir, merancang dan melaksanakan
berfikir, merancang dan menyelesaikan
berkumpul, berfikir dan melaksanakan
Berikut adalah cara-cara untuk mengawal perasaan marah
Rehatkan diri
Berfikir sebelum anda bercakap
Jangan simpan dendam
Luahkan perasaan setelah bertenang
Berikut adalah faktor perkembangan emosi KECUALI
Faktor jantina
Faktor genetik
Faktor kepintaran
Status sosioekonomi
