wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 01_Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Wei Han sedang mencuci pinggang mangkuk di dapur. ___________________ selalu membantu ibunya di rumah.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Kami

d)

Saya

2.

Murid-murid perlu belajar di sekolah secara formal. __________________ perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran yang efektif.

a)

Kita

b)

Mereka

c)

Dia

d)

Kami

3.

Guan Hong dan adiknya menolong ayah mencuci kereta di halaman rumah. ___________________ mencuci sambil bermain air.

a)

Kami

b)

Dia

c)

Kita

d)

Mereka

4.

Murid-murid prasekolah sedang beratur untuk menaiki bas sekolah. ____________________ akan bertolak ke Legoland sebentar lagi.

a)

Tuanku

b)

Kalian

c)

Kami

d)

Mereka

5.

Encik Kok Soon berada di dalam bengkel untuk membaiki kereta pelanggannya yang rosak. __________________ bekerja sebagai mekanik profesional selama 7 tahun.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Kalian

d)

Tuanku

6.

Xiao Rou membaca surat yang baru diterimanya dengan perasaan yang berdebar-debar. __________________ mengagak surat itu dari sahabatnya yang berada di Kota London.

a)

Engkau

b)

Aku

c)

Dia

d)

Saya

7.

Sultan Muzaffar Shah merupakan seorang sultan yang amat dihormati oleh rakyat jelata kerana ___________________ seorang ketua negara yang adil lagi bijaksana.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

tuan hamba

8.

“Boleh ____________________ tumpang bertanya?” kata Chan Yi En dan Shinnie Sharon kepada lelaki tua itu.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

saya

9.

“Ampun _________________, bolehkah __________________ mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

tuan hamba…hamba

b)

tuan hamba…beta

c)

tuanku…beta

d)

tuanku…patik

10.

“Pukul berapa ____________________ akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Encik Taha.

a)

kami

b)

awak

c)

mereka

d)

saya

11.

"___________________ berikrar akan melakukan apa sahaja yang engkau suruh," kata Zain, Ah Jay dan Ganeshan.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kalian

12.

Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah _________________ akan dimakamkan di kawasan makam diraja pada petang ini.

a)

beliau

b)

baginda

c)

dia

d)

nya

13.

"___________________ hendak ke mana?" tanya Ah Hau kepada Oviya Ong, sahabat karibnya itu.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Baginda

d)

Saya

14.

"Saya harap __________________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Miss Shikin, kerani pustakawan sekolah.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

15.

Elisha Amani dan Zi Yien berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Kini __________________ sudah dewasa dan mempunyai kerjaya yang baik.

a)

mereka

b)

engkau

c)

dia

d)

beliau

16.

"Sebagai murid, ___________________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita," kata Cikgu Lee kepada Ahmad Asrul.

a)

kamu

b)

kita

c)

kami

d)

kalian

17.

"Ampun ___________________, patik akan menjunjung titah tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja Ahmad.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

hamba

18.

Pei Ming memarahi adik__________________ kerana menconteng buku sekolah.

a)

kamu

b)

dia

c)

nya

d)

saya

19.

Cikgu Tan sudah sepuluh tahun bertugas di sekolah ini. ___________________ akan bersara pada tahun hadapan.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Kami

d)

Awak

20.

"__________________ belum mandi lagi, Khairul?” tanya Mak Leha kepada anak bujangnya itu.

a)

Engkau

b)

Aku

c)

Kalian

d)

Tuanku