NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN - SEMESTER 3 (2020) - KESELURUHAN
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Pernyataan tentang wacana yang manakah yang benar?
I -- Maklumatnya bertentangan
II -- Memiliki satuan bahasa yang lengkap
III -- Ideanya bersusunan lengkap dalam satu ayat
IV -- Fikiran disusun secara berturutan lebih daripada satu ayat
I dan III
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Wacana yang manakah mengandungi penanda penggantian?
Haji Romli baru pulang. Beliau dihantar oleh pemandunya.
Banyak kuih dibelinya. Semua juadah itu untuk berbuka puasa.
Dani terkesima. Tidak berkata apa-apa. Terduduk di situ seketika.
Mereka bersembang sebentar. Kemudian, mereka beredar dengan kereta masing-masing.
Yang manakah yang berkaitan dengan pengulangan sinonim dan pengulangan hiponim?
I -- Penanda elipsis
II -- Penanda leksikal
III -- Penanda penghubung
IV -- Penanda penggantian
I
II
III
IV
Kesinambungan idea yang manakah yang memperlihatkan hubungan syarat dan hasil?
Ahmad mahu pulang awal. Emaknya mahu dia ke kedai runcit.
Hujan sudah berhenti. Cuaca yang gelap bertukar menjadi cerah.
Dia sangat suka akan baju merah itu. Baju itu hadiah daripada kakak angkatnya.
Kita perlu selalu bersenam. Dengan bersenam kita dapat mengekalkan kesihatan.
Emak terpijak paku di halaman rumah. Paku itu sudah berkarat tetapi tajam.
Apakah jenis hubungan yang ditunjukkan dalam wacana di atas?
Hubungan aditif
Hubungan perbandingan
Hubungan memperkuat isi
Hubungan sebab dan akibat.
Yang manakah ciri retorik pemerian?
I -- Menghujahkan pendapat orang lain
II -- Tiada penilaian atau ulasan peribadi
III -- Ketepatan dalam memperincikan sesuatu
IV -- Mengisahkan sesuatu peristiwa secara kreatif
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Itulah sebabnya kita perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan. Jika tidak, wabak itu tidak dapat dihapuskan dengan segera.
Apakah jenis retorik yang digunakan dalam wacana di atas?
Pemerian
Pendedahan
Penghujahan
Pemujukan
-- Bermula dengan ayat induk
-- Diikuti oleh huraian dan contoh
-- Diakhiri oleh pernyataan kesimpulan
Ciri di atas berkaitan dengan
teknik deduksi
teknik induksi
teknik eklektik
teknik analogi
Laras bahasa yang manakah yang biasanya tidak mengutamakan penggunaan tatabahasa yang betul tetapi mementingkan pemilihan kosa kata yang tepat?
Laras ekonomi dan laras sukan
Laras sukan dan laras sastera
Laras agama dan laras sains
Laras sastera dan laras iklan
Tendangan penjuru kali kelima memberi tuah kepada pelawat. Bola menerjah jaring gol tuan rumah. Sorakan penyokong mengiringi jaringan penyamaan itu.
Apakah ciri yang terdapat dalam petikan di atas?
Mementingkan kesan emotif
Menitikberatkan aspek tatabahasa
Mengutamakan penggunaan kosa kata kreatif
Memperlihatkan kesinambungan dari segi turutan
Laras undang-undang dan laras agama mempunyai perbezaan dari aspek
susuk binaan ayat
keperluan mentafsir
tujuan penggunaannya
menggunakan kata pinjaman
Yang manakah berkaitan dengan dialek daerah?
I -- Variasi pengucapan berdasarkan geografi
II -- Mempunyai kelainan dari segi sebutan dan kosa kata
III -- Digunakan semasa perjumpaan dengan peserta dari kawasan lain
IV -- Berkembang disebabkan wujudnya proses perancangan yang berterusan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
-- Penggunaan kosa kata khusus
-- Bersifat rutin dan tidak berubah
-- Digunakan oleh golongan tertentu sahaja
Ciri-ciri di atas berkaitan dengan
bahasa slanga
bahasa istana
bahasa baku
bahasa kreol
Yang manakah contoh ayat bahasa pasar?
Cun melecun benar awek baru bro.
Dia punya tunang banyak lawa.
Tunggu beta bersiram dahulu.
Diamlah, budak bahlul!
Bahasa baku dan bahasa dalam berbeza dari segi
panggilan
tatabahasa
binaan ayat
situasi penggunaan
-- Terjadinya percampuran kod
-- Mempunyai pengaruh dialek daerah
-- Kadang-kadang terdapat perkataan kasar
Hal-hal di atas merujuk kapada
bahasa kasar
bahasa basahan
bahasa tak formal
bahasa pasar
Yang manakah padanan yang TIDAK tepat?
Bahasa pijin -- Mengutamakan bahasa yang lebih dominan
Bahasa mesra -- Menggunakan kata dan intonasi yang sopan
Bahasa pasar -- Tidak wujudnya pertukaran kod dalam komunikasi
Bahasa istana -- Penggunaan kata ganti nama yang khusus
pPasangan Perkataan yang manakah yang kedua-duanya mempunyai makna homograf?
Organ - selak
Raut - daki
Bela - rendang
Dekat - hampir
Frasa yang manakah yang dapat membawa makna konotatif dan denotatif?
Panjang tangan
Kambing hitam
Kaki botol
Hati batu
-- Daun
-- Bunga
-- Ranting
Dalam konteks perkaitan makna dari segi leksikal, senarai di atas dikenali sebagai
Holonim
Meronim
Hiponim
Superordinat
Peluasan makna terjadi apabila sesuatu kata
mengalami pengkhususan makna
mengalami pengurangan dari segi maksud
memperoleh makna lain yang berbeza aspeknya
menggunakan makna yang lebih baik daripada makna sebelumnya
Yang manakah jenis peribahasa yang mempunyai makna dua lapis?
Bidalan
Pepatah
Perumpamaan
Kata-kata hikmat
(I) Sambil menyelam minum air
(II) Bagai tikus membaiki labu
Peribahasa (I) di atas mempunyai ciri
memiliki makna selapis
menggunakan kata penyambut
makna tersurat dan makna tersirat
menggunakan kata perbandingan
Yang manakah contoh yang betul bagi kiasan sandar?
Gali telaga
Anak bertuah
Mati katak
Makan suap
Yang manakah BUKAN contoh yang betul bagi kiasan pemanis?
Sang Bedal
Batu loncatan
Berbadan dua
Orang kelainan upaya
Yang manakah contoh bagi kiasan melarat?
Tubuh melidi
Api sengketa
Diam-diam ubi
Harimau berantai
Yang manakah ciri bahasa sindiran?
Ungkapan tanpa kiasan untuk bergurau
Ungkapan untuk mengungkit hal yang telah lama terjadi
Ungkapan untuk mengata seseorang yang disertai dengan aksi
Ungkapan yang tidak berterus terang, dikiaskan kepada benda atau perkara lain
Apakah persamaan antara ragam bahasa bukan dengan bahasa terbalik?
Maksud yang bertentangan
Menggunakan kata nafi "bukan"
Memperlihatkan dua pemikiran yang dekat-dekat
Menggambarkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku
Yang manakah contoh bahasa mengejek?
Hai, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita, kan?
Kalau tak tahu nak buat yang betul, lain kali tanyalah dulu!
Lihatlah tuan-tuan, begini rupanya sikap orang yang hendak menjadi pemimpin kita!
Adakah jalan lain untuk kita mencapai kejayaan yang diimpikan, sekiranya kita tidak mahu berusaha?
Maaflah, bukan saya tak mahu ke sana.
Ungkapan di atas merupakan
bahasa kecil
bahasa bukan
bahasa merajuk
bahasa terbalik
Isteri atau suami kepada mana-mana wakil rakyat akan diberikan rujukan hormat sebagai
Yang Berusaha
Yang Berhormat
Yang Berbahagia
Yang Berhormat Senator
Tan Sri Haji Che Wan Iskandar bin Che Wan Hamdan.
Apakah jenis gelaran yang tidak dimiliki oleh individu di atas?
Gelaran ikhtisas
Gelaran kurniaan
Gelaran keturunan
Gelaran keagamaan
Ketua jabatan kerajaan yang tidak mempunyai gelaran kurniaan dirujuk sebagai
Yang Berusaha
Yang Berhormat
Yang Berbahagia
Yang Berhormat Mulia
Azran telah menunaikan haji empat tahun lalu. Beliau bertugas sebagai Pengetua di sebuah sekolah. Beliau berketurunan raja dengan gelaran Tengku.
Apakah rujukan kehormat untuk beliau?
Yang Berbahagia Haji Tengku Azran
Yang Berusaha Haji Tengku Azran
Yang Berhormat Haji Tengku Azran
Yang Mulia Haji Tengku Azran
Yang manakah panggilan bersahaja?
Encik Abdullah
Tuan Haji Hamid
Tok Penghulu Mamat
Puan Hajah Junaidah
