Font size
WorksheetsKUIZ MEKATRONIK TINGKATAN 3 MA / UT
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Istilah mekatronik terhasil daripada gabungan "meka" dan "tronik" yang merujuk kepada perkataan
mekanik dan elektrik
mekanikal dan elektrik
mekanikal dan elektronik
mekatronik dan hidroponik
Reka bentuk mekatronik bermaksud reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu..... untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.
elektrik, mekanikal, pembuatan dan elektronik
elektronik, mekanikal, akuaponik, kawalan dan pengaturcaraan.
kawalan dan pengaturcaraan, mekanikal, elektrik dan elektronik
mekanikal, elektrik, kawalan dan pengaturcaraan
Bermula dengan penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti yang lebih besar.
Pernyataan di atas merujuk kepada Revolusi Industri...
1.0
2.0
3.0
4.0
Fungsi elemen mekanikal dalam sistem mekatronik ialah
Sebagai sumber tenaga elektrik
sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain
Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik
Menerima dan menukarkan isyarat input kepada isyarat elektrik
Maksud sistem elektrik dalam reka bentuk mekatronik ialah..
sistem yang menggunakan arus elektrik sama ada Arus Ulang alik atau Arus Terus sebagai sumber bekalan kuasa.
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar memindahkan suatu sumber gerakan(motor) kepada yang lain.
susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem.
Sistem kawalan dan Pengaturcaraan
Nyatakan fungsi sistem kawalan
Menjalankan operasi sistem
Mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik
Bergerak atau berputar apabila menerima arahan
Apakah pengaturcaraan ?
Senarai elemen asas kejuruteraan yang terdapat dalam mekatronik
Ia berbeza denga sistem kawalan
Merupakan proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan
Maklumat berikut berkaitan dengan elemen mekatronik
- Berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk memindahkan gerakan
- Contoh : Tali sawat, gear, takal
Apakah elemen tersebut ?
Sistem elektrik
Sistem kawalan
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Antara berikut, yang manakah elemen mekatronik yang terdapat pada mesin basuh automatik?
I Motor AU
II Motor AT
III Sistem Kawalan
IV Papan mikropengawal
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Sumber bekalan kuasa bagi sistem elektrik yang digunakan dalam elemen mekatronik ialah
Arus siri
Arus ulang alik
Arus terus
Arus selari
Gambarajah di atas menunjukkan satu reka bentuk produk mekatronik, apakah elemen mekatronik yang terdapat pada alat tersebut
Mekanikal
Perintang
Kawalan
Automatik
Berikut adalah produk mekatronik
kecuali
Komponen mekanikal ialah
Antara berikut yang manakah bukan komponen elektronik?
transistor
perintang
kapasitor
motor AT
Berikut merupakan komponen mekanikal yang terdapat pada mesin basuh automatik, kecuali?
tuas
takal
tali sawat
galas bebola
Gambarajah blok (blok diagram) produk mekatronik dibuat bertujuan untuk
Memudahkan kerja penghasilan produk mekatronik
Menerangkan fungsi elemen pada produk mekatronik
Panduan memilih bahan pembinaan produk mekatronik
Merancang bersama pelanggan dalam penghasilan produk mekatronik
Suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok. Apakah takrifan ini?
Proses
Gambar rajah blok
Sistem Elektronik
Motor
Gambarajah di atas menunjukkan satu gambarajah blok produk mekatronik, apakah produk yang sesuai dengan gambarajah blok di atas?
Kereta kawalan jauh
Mesin basuh
Pintu gelanggsar automatik
Peti ais
Antara berikut yang manakah merupakan komponen mekanikal pada pintu gelangsar automatik?
penderia gerakan
tali sawat
motor AT
litar pemacu motor
Peranti masukan yang digunakan dalam pintu gelangsar automatik adalah..
Panel kawalan tanpa wayar
Penderia
Mod pilihan
Pilih 3 Komponen pengeluaran (output) yang digunakan pada mesin basuh automatik.
motor AU
motor AT
Pemacu motor
Takal dan tali sawat
Yang manakah merupakan komponen elektrik pada kereta kawalan jauh?
mikropengawal
bateri kadmium-nikel
pemacu motor
gear
Fungsi gear dalam kereta kawalan jauh ialah_________
Mengurang dan meningkatkan halaju dan menambah daya kilas
Menukar isyarat input kepada output
Mengawal arah putaran motor AT
Peranti manakah yang berfungsi sebagai input pada gambarajah blok kereta kawalan jauh?
mikropengawal
pemacu motor
panel kawalan
motor AT
Yang berikut merupakan cadangan penambahbaikan untuk menjadikan produk lebih menarik KECUALI
Apakah fungsi LDR?
Mengesan halangan pada jarak yang ditetapkan
Mengesan tahap pencahayaan yang ditetapkan
Menambah daya tarikan terhadap reka bentuk produk yang dihasilkan
Menyukat cahaya yang diterima
Apakah tujuan LDR dan lampu LED dipasang pada kereta kawalan jauh sebagai satu proses penambahbaikan dan pengubahsuaian?.
Mengesan halangan pada jarak yang ditetapkan.
Lampu LED menyala apabila tahap pencahayaan berada diluar julat.
Pembaz berbunyi apabila ada halangan dihadapan.
Lampu LED menyala apabila ada halangan di hadapan.
Apakah tujuan penderia inframerah dan pembaz dipasang pada kereta kawalan jauh bagi tujuan penambahbaikan dan pengubahsuaian?.
Kereta kawalan jauh akan berhenti serta merta bila ada halangan di hadapan.
Penderia inframerah akan menghantar isyarat input kepada mikropengawal supaya LED menyala.
Kereta kawalan jauh akan mengundur ke belakang bila ada halangan di hadapan.
Penderia inframerah akan menghantar isyarat input kepada mikropengawal supaya pembz berbunyi.
Pilih langkah -langkah proses penambahbaikan pada kereta kawalan jauh mengikut urutan langkah yang betul.
Membuat lakaran - memilih bahan - membuat pengaturcaraan - produk akhir - produk akhir
Membuat lakaran - memilih bahan - membuat pengaturcaraan - membina dan memasang. - membuat kemasan - produk akhir.
Membuat lakaran - memilih bahan - membuat kemasan - membuat pengaturcaraan - membina dan memasang - produk akhir.
Memilih bahan - Membuat lakaran - membuat kemasan - membuat pengaturcaraan - produk akhir - membina dan memasang.
Nyatakan ujian yang akan dilakukan untuk menilai kefungsian sesuatu produk.
Ujian Makmal
Ujian parameter
Ujian kefungsian
Ujian Pengawalan
